Your Ad Here


zihkir@yahoo.com
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah


Cerpen : Missing Piece

|Part 1| |Part 2|



Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end| the end=)|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Berubah

"Orang bercinta pun tak adalah angau teruk macam ni."

"Sebab dia bukan orang biasa macam kau fikir."

Part 1

|Intro| 1| 2| 3|


Silence Pain

'Luka yang disimpan lebih sakit daripada yang dihebahkan'

|1| 2| 3| 4| end|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, May 16, 2012
Belajar Mengenal 27

Adam menolak pintu dengan kakinya setelah pintu dibuka oleh pekerja hotel. Dia menyuruh pekerja hotel itu masuk dahulu untuk memasang lampu dan penghawa dingin. Kakinya melangkah ke katil yang bersaiz queen. Perlahan-lahan dan dengan cermat dia menurunkan Insyirah ke atas katil. Dah rasa macam dalam cerita Runaway Bride walaupun the bride is drunk.

Apa kau merepek ni, Adam? Bila pula Insyirah ni jadi pengantin perempuan pula? Adam perhati Insyirah yang dah mengigau. Sekejap-sekejap tangannya digawangkan macam nak pegang orang. Aku menyampah betul orang yang macam ni. Yang duk nak cling kat orang lain. Dia ingat kita ni pembantu rumah dia agaknya. Tenaga dia pun dah kehabisan sebab tolong angkatkan Insyirah ni. Ingat nak biarkan je mana-mana pekerja hotel yang bawa dia naik atas tapi bila fikir tak eloklah kalau macam tu. Nanti apa-apa jadi, kat akhirat nanti dia juga yang kena tanya.

Dia melangkah mahu meninggalkan bilik Insyirah. Nak balik hotel. Dia tak duduk satu hotel dengan Insyirah. Harapnya masih ada teksi waktu malam macam ni. Kalau tak ada pun, dia boleh jalan kaki. Hotel yang dia menginap tak jauh pun dari sini.

Dia dah berdiri di hadapan pintu. Tiba-tiba, terasa ada tangan yang melingkar di badannya. Adam terkejut. Refleks badannya menegak. Perlahan-lahan, dia menoleh ke belakang. Insyirah!

"Awak buat apa ni?!" Sedikit keras suara Adam bertanya. Dia merungkaikan pelukan Insyirah. Dia berpusing ke belakang dan menolak Insyirah sehingga perempuan itu terduduk di atas lantai.

Insyirah ketawa. "I dah cakap yang I nak you kan?" Dia bangun dari duduk. Cepat-cepat dia berlari ke arah Adam dan memeluk Adam semula.

"Awak buat apa ni?!" Sekali lagi soalan yang sama keluar dari mulut Adam dengan nada yang sama.

Semakin kuat pelukan Insyirah. Dia tak nak terjatuh duduk atas lantai macam tadi. Badannya ditegakkan dan bibirnya didekatkan ke telinga Adam. "Spend your night me." Dia berbisik perlahan.

Adam terkejut. Gila ke apa dia ni? Demi Allah, sebelum dia berubah pun dia tak pernah berzina apatah lagi bila dah belajar hukum agama. Dia cuba rungkaikan pelukan Insyirah tapi tak boleh pula. Ni jantan ke apa budak perempuan ni? Kata mabuk tapi tenaga banyak lagi. Dia cuba sekali lagi. Negatif.

"Lepaskan saya, Insyirah!" Adam mula rimas.

"Tak nak!" Suara Insyirah naik. "I've said before. I really need you. I takkan lepaskan you macam tu." Suara Insyirah dah perlahan dan cukup menggoda.

Adam memejamkan mata. Tipu kalau cakap iman dia tak tergoyah bila dah sampai jadi macam ni. Ya Allah, selamatkan hamba-Mu ini!

***

Ya Allah, terangkanlah hatiku. Permudahkanlah urusanku, Ya Allah.

Ain meraup wajahnya berkali-kali. Setelah yakin sudah tenang, dia mula menulis di atas kertas jawapan.

Semoga Allah memperkenankan doanya dan memberikan kecemerlangan kepadanya.

***

Ain mengemaskan begnya. Sudah habis Semester 1 di matrikulasi. Kejap lagi, driver atuk sampai. Tapi awal-awal lagi dia dah pesan, jangan masuk kawasan kolej dan tolong datang lambat. Tunggu je kat luar. Kalau datang awal pun, belum tentu dapat keluar. Kawasan kolej bila dah sampai waktu cuti boleh jadi macam tin sardin. Pack gila! Walaupun scan card tu sekejap je tapi entah la, kawasan kolej akan tetap penuh.

"Lambat balik?" Budak sama aras dengannya, Hanun menegur.

Ain mengangguk. Dia senyum sebaris. "Awak pun lambat?"

Hanun membalas senyuman Ain. "Ha'ah. Ayah saya kerja. Tu yang lambat sikit."

"Okey, selamat bercuti!" Entah kenapa tiba-tiba riang semacam dengan budak aras.

"Selamat bercuti untuk awak juga!" Balas Hanun.

***

Baru je Ain scan kad matriksnya, terasa luggage beroda yang dia pegang ditarik perlahan. Cepat dia menoleh. "Pak cik!" Ala, rindunya Pak Cik Mikael ni…

"Tengku!" Mike tersengih. "Saya simpan beg dalam bonet dulu."

Kad matriks disimpan di dalam beg. Laju dia melangkah ke kereta BMW. Nasib baik aku suruh datang lambat. Kalau tak, apa pula kata orang aku naik kereta besar macam ni. Nanti dia orang cakap aku ada sugar daddy.

"Pak cik…"

Mike menoleh ke belakang. Merenung cucu majikannya sebelum menoleh ke depan kembali. Seat belt dibetulkan.

Ain menggigit bibir. Nak tanya ke tak? Tanya ke tak… "Adam balik dah?" Sedikit perlahan suara dia bertanya.

Mike tidak mengesyaki apa-apa. Normallah kalau tunang bertanya. "Belum lagi." Dia memulakan pemanduan.

Dah nak dekat tiga minggu Adam kat NY. Lamanya… "Lama kan Adam kat sana?"

"Tengku Adam memang macam tu. Kalau ke luar negara atas urusan bisnes, biasanya memang lama macam ni. Pernah sekali sampai lapan bulan kat dia luar negara sebab nak tengok sendiri progress kat sana."

Ain kecewa bila dengar ayat Mike. Ingatkan balik boleh jumpa Adam. Lepaskan rindu, mungkin? Tapi yang pasti memang dia terasa nak tengok muka Adam juga. "Tak apalah. Tak ada rezeki nak jumpa dia la tu."

Posted at Wednesday, May 16, 2012 by zeekay
Make a comment  

Tuesday, November 15, 2011
Belajar Mengenal 26

Pencil case yang baru diangkat dari atas meja terjatuh tiba-tiba. Terasa tangan berdenyut. Kenapa ni? Otaknya terus menghantar isyarat. Dia memandang sekeliling dewan kuliah. Nasib baik semua dah beransur pulang. Yalah, last period. Mesti la semua orang nak cepat-cepat balik bilik. Orang macam dia yang suka keluar lambat je selalu tertinggal.

“Your pencil case.”

Pandangan Ain beralih ke hadapannya. Azman.

Azman mengangkat kening apabila hulurannya tak bersambut. Dia letakkan di atas meja kuliah. Cepat-cepat Ain simpan dalam beg. Sebenarnya dia tak ada topik nak cakap dengan Azman. Memang. Ain mana pernah cakap dengan budak lelaki. Lagilah budak kuliah.

“Jawapannya masih tak ke?”

Eh? Dia pandang Azman dengan pandangan yang pelik. Jawapan apa yang tak? “Apa yang tak?”

“Fatin cakap awak tak nak ber…”

“Ah, faham.” Cepat-cepat Ain memotong. Tolong la jangan nak sebut perkataan yang menggelikan tu. “Jawapan saya tetap sama.” Ain menjawab dengan nada beku.

“Berkawan pun tak nak?”

“Lepas tu nak tukar jadi bercinta pula?” Sinis Ain bertanya. Dia tak suka lepas lelaki tu ajak bercinta, nak berkawan pula bila kena reject. “Saya tak berkawan dengan lelaki, Azman.” Awak pernah nampak ke saya duk bercakap dengan budak lelaki?

Azman terdiam. Tidak tahu nak membalas apa. Memang selama ni dia tak pernah nampak Ain bercakap dengan budak lelaki lain. Malah, Fatin sendiri cakap Ain jarang bercakap dengan budak lelaki dalam praktikum dia. Pasal tu lah dia boleh jatuh suka kat Ain ni. Mana nak cari perempuan macam ni lagi? Tiap-tiap hari mata dia duk menjamu kelakuan lepas budak-budak matriks ni.

“Saya nak balik bilik.” Ain menyangkutkan beg di bahu.

“Saya temankan awak?” Azman mencuba. Mana tahu lampu hijau.

Ain tersenyum sinis. “Saya tak suka jalan dengan lelaki.” Laju dia melangkah ke pintu keluar.

Hampa. Hanya pandangan yang menghantar.

***

Kalau nak cakap otak letak kat lutut, tak adalah dapat pointer 3.8 masa UPS hari tu. Tapi nak kata tak letak kat lutut, kenapa tak faham-faham yang dia tak suka? Kenapa tak boleh faham dari nada dia yang dia tak suka lelaki sembarangan approach dia? Kenapa?

“Kenapa kawan kau tu eh? Tak faham bahasa ye?” Soal Ain sambil tangannya menarik tuala dari ampaian.
Fatin yang tengah berkerut dahinya membuat soalan parametric lagi berkerut dengar soalan Ain. “Apa kau cakap ni?” Dia angkat kepala dari buku tutor di hadapan.

“Azman. Kau tak beritahu dia ke?”

Cermin mata ditanggalkan. “Aku dah beritahu hari tu. Kenapa? Dia kacau kau ke?”

“Nak kata kacau tu, tak adalah. Tapi dia buat kepala aku serabut. Dah lah nak final. Boleh pula dia tanya benda entah apa-apa tu. Seriously, aku tak suka.” Bebel Ain. Baju di dalam almari ditarik.

“Kau nak aku cakap dengan dia ke?”

Baju dicampak ke atas katil. “Tak payahlah. Nanti dia ingat aku ni sikit-sikit nak ngadu dengan kau.”

Fatin ketawa. “Bukan memang macam tu ke?”

Ain buat muka.

***

“What happen?” Adam memandang Insyirah yang dah tertidur di atas meja bar dengan pandangan yang beku. Dia beralih pandang pada pelayan bar di hadapannya.

“I told her to stop. But she kept saying someone hurt her heart.”

Berkerut dahi Adam. Apa lah dia ni cakap? Kalau dah mabuk, semua benda merepek keluar. “How did you get my number?”

“Her phone. The last number she called, it was you.” Pelayan bar itu menjawab tenang. “Could you please take her home? I’m afraid something bad would happen to my bar if she’s still right here.”

“Alright. Thanks for calling.” Tapi dalam hati dah menjerit, apahal la kau telefon aku? Teragak-agak Adam merapati Insyirah. Bahu Insyirah ditolak lembut. “Insyirah.”

Tiada reaksi.

“Insyirah.” Sekali lagi dia mencuba.

Ada reaksi. Insyirah angkat kepala. Berpinar-pinar rasanya sewaktu memandang figura di hadapan. “Adam!” Dia senyum excited. “Nak minum?”

“No, thanks.” Adam terdiam seketika. “You dah mabuk, Insyirah.”

“No! Mana ada I mabuk.” Insyirah bangun dari duduk. “Cuba you tengok stabil je kan I berdiri?” Lantai dah terasa macam dialun ombak. Dia terasa mahu terbalik.

Cepat Adam menyambut tubuh badan yang hampir berlanggar dengan pelanggan lelaki di belakang. Kalau tak fikirkan ada orang kat sini, dah lama dia biarkan Insyirah terbalik kat atas lantai. Dia pun pernah rasa effect lepas minum.

“I want you!” Insyirah berbisik di telinga Adam.

Datang dah merepek dia. Lebih baik hantar balik cepat-cepat sebelum dia merepek banyak-banyak. Beg tangan dan kot Insyirah dicapai pantas. Tangannya yang tadi memegang tubuh badan Insyirah terpaksa dialih ke pinggang Insyirah. Terpaksa!

Kalau Sabrina tahu, habislah aku!

Posted at Tuesday, November 15, 2011 by zeekay
Comments (6)  

Saturday, November 12, 2011
Minta Maaf

Assalamualaikum Saya dah tak tahu apa jadi pada blogdrive I'll fix it.

Posted at Saturday, November 12, 2011 by zeekay
Make a comment  

Belajar Mengenal 25

Mafela dililit di keliling leher. Snowcap ditarik menutup telinga. Tangan digosok-gosok bagi mengumpul haba. Argh, kenapa aku gatal sangat nak keluar malam ni? Minta-minta janganlah hidung aku berair kejap lagi.

Bagpack dipusing ke hadapan. Samsung Galaxy Tab ditarik keluar dan beg dizip lalu dipusing ke belakang semula. Ikon Google disentuh dengan jari telunjuk. Kemudian, dia menaip Manhattan. Kalau nak pergi muzium pun, mesti dah tutup. Shopping mall, lagilah. Sekarang dah pukul 9 malam, pukul 11 dah tutup. Tak nak dia keluar ikut pintu belakang.

Kita cari view yang best. Manhattan Bridge. Dulu pernah tengok London Bridge. Wonder if the night view from Manhattan Bridge is superb than London Bridge. Samsung Galaxy Tab tidak disimpan di dalam beg dan digenggam kemas dengan tangan.

***
Peperiksaan Semestem Program Matrikulasi (PSPM) ada lagi dua minggu. Ain dah mula menanda pada kalendar. Degup jantung tak usah kira lah. Dah lebih dari biasa bila pandang kalendar ni. Semua orang dah sibuk menyerang bilik sana-sini untuk bertanya. Bilik ni pun tak terkecuali. Nasib baik dia tak kena tanya.

Kalau nak buka balik lembaran Ain kat matrikulasi ni, dia sebenarnya taklah mesra macam orang lain kat dalam bilik ni. Kalau jalan pergi mana-mana pun menunduk je. Entah macam mana Azman tu boleh pula tersuka kat dia. Kalau suka Fatin tu, faham lah. Sebab Fatin tu jenis yang memang suka beramah mesra dengan orang lain. Walaupun tak kenal, Fatin sanggup senyum dengan sesiapa yang berpapasan dengan dia orang waktu berjalan. Dahsyat kan?

Nasib baiklah Fatin tu satu praktikum dengan dia. Kalau tak, tak tahulah macam mana dia hidup kat matrikulasi ni. Tutorial, lab semua kena harung sendiri. Tak dapat bayangkan kalau benda macam tu jadi.

Fikiran tiba-tiba teringat pada Adam di New York. Dah dua hari dia kat sana. Tak pernah pun Adam menghubunginya. Mungkin sibuk. Lagipun, dia dah pesan dengan Adam jangan telefon melainkan ada hal penting sebelum ni. Jadi, tak payah nak terasa ke apa. Cepat-cepat dia memujuk hati.

Ah, lebih baik fokus kat PSPM ni. Kalau flop, keluar dari matrikulasi ni dengan pointer rendah meaningless tau. Walaupun atuk tu kaya raya, rasa tak syok kalau duk bergantung dengan atuk.
***
"Adam!!!"

Serentak itu, terasa lengannya dipeluk erat. Adam yang masa tu baru je lepas bersalam dengan Encik Lee Jung Min, klien dari Korea terkejut. Dia menoleh ke sebelah. Matanya hampir nak terkeluar bila sedar Insyirah yang memeluk lengannnya. Pantas tangannya ditarik.

Laju dia berjalan meninggalkan Insyirah. Apa yang jadi sebenarnya ni? Macam mana perempuan ni boleh ada kat sini? Kalau dia ada meeting kat sini pun, kenapa dalam bandar New York, Manhattan juga yang dia pilih?

"Adam."

Hampir sahaja dia melanggar Insyirah yang entah tiba-tiba dah boleh ada kat depan dia dengan tangan yang didepangkan. Insyirah menurunkan tangannya. Matanya dikecilkan merenung Adam. "Mesti you pelik kan macam mana I boleh ada kat sini."

Adam menelan liur.

"I was chasing you until here. You tak faham-faham lagi ke?"

"I ada hutang dengan you ke?" Itu je jawapan yang Adam boleh bagi saat ni. Dah lah sejuk, dia nak suruh aku berteka-teki pula. Bila memandang blazer yang dipakai, baru dia teringat yang kotnya dah tertinggal. Patutlah sejuk semacam. Insyirah ni pun. She should be with one of my brother and what the hell is she doing right now?

Insyirah buat muka. "Yes, you are. You hutang dinner dengan I, lepak dengan I, teman I shopping."

"Okay, now I don't get it. What the heck do you want?!" Suara Adam naik. Betul-betul mencabar kesabarannya. Orang yang lalu lalang memandang mereka berdua dah tak diendahkan.

"I want you, Adam! I want you!" Insyirah menjerit sekuat hati.

Adam menelan liur sekali lagi. Diam tak terkata.

Posted at Saturday, November 12, 2011 by zeekay
Comment (1)  

Tuesday, August 30, 2011
minal aidin wal fa izin

Assalamualaikum. Selamat hari raya. Hope you'll get a bless Aidilfitri.

Posted at Tuesday, August 30, 2011 by zeekay
Comment (1)  

Friday, May 06, 2011
Berubah [3]

Lia dah bercekak pinggang di sebelah Nisa. Muka dah habis berpeluh selepas berjoging. Nisa lah ni. Duk sibuk nak cari dia punya prince charming, aku sekali kena tarik dengan dia. Kalau tak sebab kesian, dah lama duk mengular je depan TV. Tapi pelik juga. Macam manalah boleh kesian dan setuju terus padahal sebelum ni selalu bising-bising kat Nisa punya obses tukar-tukar pakwe ni.

"Mana dia ni?" Rungut Lia. Jam tangan ditarik keluar dari poket track suit. Astaghfirullah, dah pukul 10 ni!

"Kejaplah. Kejap lagi dia sampailah." Nisa toleh sekilas pada Lia yang dah duk kibas muka dengan tuala kecil. "Kau ni pun… sabarlah!"

"Kau tahu tak yang kita dah round tasik ni dua kali tapi sampai sekarang dia tak ada pun." Tuala kecil mengelap muka.

Muka Nisa kecewa macam budak-budak kecil yang kena tegah makan aiskrim dengan ibu. "Dia kerja kut." Perlahan Nisa menuturkannya.

"Kerja hape hari Ahad ni? Semua ofis tutuplah." Lia geleng-geleng kepala. Dah lah tak kenal pun lelaki tu. Berani je dia nak kenal-kenal. Buatnya jual kat Siam karang baru tahu menyesal. "Baliklah…"

"Ala, kejaplah…"

Lia jegilkan mata besar-besar. "Aku cakap balik, baliklah." Tangan Nisa terus ditarik agar berjalan seiringan dengan dirinya.

***

"Dah lah tak payah buat muka monyok macam tu. Nanti tak ada orang nak, baru tahu." Lia duduk di sebelah Nisa. "Nah." Mangkuk kaca yang berisi aiskrim vanila dihulurkan.

Nisa tarik mangkuk aiskrim tu laju-laju. Cepat-cepat dia sudukan aiskrim ke dalam mulut. Geramnya! Aiskrim disudu dan disumbat sekali lagi ke dalam mulut.

"Eih, janganlah makan laju-laju macam ni!" Lia tahan tangan Nisa yang baru nak sudukan aiskrim lagi. Tangan Nisa dilepas. "Kau ni apa hal?"

"Kau la punya pasal. Kalau kita stay lagi lama, mesti dapat kenal lelaki tu."

Laaa… tak habis lagi. "Dah tak ada jodoh nak buat macam mana." Lia diam berfikir. "Ha, ni… yang boyfriend baru ni nak campak ke mana? Dalam Loch Ness?"

Nisa menjeling. "Mentang-mentang dulu duduk Scotland, semua benda kau nak kaitkan dengan Scotland tu." Lia ni dulu lepas umur dia tiga tahun, dia duduk kat Scotland tu sampai dia grad. Lepas tu balik dan terus tinggal kat Malaysia sebab Tok Wan dia dah meninggal. Katanya rumah pusaka kat kampung tu arwah Tok Wan dia wasiatkan kat ayah dia. Kalau keluar dengan Nisa, mesti ada aje orang dari macam-macam bangsa tegur dia. Iran, Egypt, Maldives… semua ada. Lepas korek-korek tanya, mesti jawapannya sama ada kawan dari high school atau satu universiti.

Nisa diam kejap. Azmi tu nak campak kat mana pula? "Putus lah."

Mata Lia membesar. Refleks tapak tangan dia melekap di dahi Nisa. "Kau sihat ke tak ni?" Tiba-tiba nak putus. Sebab lelaki yang belum tentu okey ke tak kat Titiwangsa tu?

Tangan Lia ditepis perlahan. "Putus je la. Aku pun bukannya suka dia betul-betul."

Lia menggeleng-gelengkan kepala. Badan disandarkan ke sofa. "Dah tu, kau suka sangat kat budak lelaki Titiwangsa tu?"

Nisa hanya mengangkat bahu.

Posted at Friday, May 06, 2011 by zeekay
Comments (2)  

Wednesday, April 06, 2011
Belajar Mengenal 24

Tangan yang laju menulis tadi berhenti tiba-tiba. Terasa poket bergegar kuat. Allah! Siapalah pula yang call waktu aku tengah kat dalam kelas ni? Potong betullah! Pen dilepaskan dan cepat-cepat dia bangun. Dia berlari keluar dari kelas tanpa pedulikan orang lain yang dah pandang semacam. Lantaklah! Buat je macam nak terdesak sangat pergi tandas.

Cepat-cepat dia lari nak pergi tandas tapi apakan daya dengan baju kurung yang dipakai memang membataskan langkahnya. Astaghfirullah! Mencabar sungguh kena hidup sorok-sorok ni. Minta-mintalah jangan pihak hospital pula yang telefon suruh aku balik KL.

Ain serbu tandas. Dia keluarkan telefon bimbit dari poket baju kurung. Dia melepaskan lelah sambil memandang nama yang tertera di skrin. Aduhai, lagi bertambahlah degup jantung ni! Tangannya menepuk-nepuk dada sebelah kiri. Nafasnya ditarik panjang dengan laju nak bagi stabil.

“Hello.” Dia tarik nafas dalam-dalam. Kenapa pulalah Adam telefon waktu macam ni? Takkan ada benda yang jadi kat atuk pula. “Kenapa telefon?”

“Assalamualaikum.”

Terasa kepala bagai disimbah dengan air panas. Terlupa pula. “Waalaikumsalam.” Nafasnya sudah stabil tapi jantung berdegup-degup macam nak terkeluar. Tangan pun dah terketar-ketar nak pegang telefon. Jangan jatuh sudah. Bukannya beli pakai duit aku, pakai duit atuk tu.

“Saya nak pergi NY ni. Nak order apa-apa ke?”

Hah?! NY = New York. Yang ambil masa 23 jam masa flight tu? NY yang beribu-ribu kilometer jauhnya tu? Yang ada Statue of Liberty tu? “Awak nak buat apa kat situ?” Perlahan suaranya bertanya.

“Tengku Addin hantar saya pergi sana. Urusan kerja.”

“Bila flight?”

“Satu jam lagi.”

Masa tu, dah terasa nak menangis. Lagi satu jam nak pergi, baru nak telefon? Terasa gila dah hati ni. Macam jadi tak penting dalam hidup Adam lagi dah. Dia menelan liur. “Okey. Take care.” Dia memesan dengan suara yang perlahan. Rasa macam lutut ni pun dah lembik. Macam dah tak nak berdiri lagi.

“Awak nak order apa-apa tak?” Adam bertanya soalan yang sama lagi.

Dia ni… telefon sebab nak tanya tu je ke? Tak nak ke tanya sihat ke tak, dah makan ke belum, hari ni belajar apa. Isk, saja je Adam nak buat dia lagi terasa hati. Kalau tahu macam ni, lebih baik aku tak payah lari ke toilet macam orang terdesak nak buang air. Aku pun ni lah… Tiba-tiba nak sensitive buat apa? “Tak ada apa-apa.” Aku nak order apa pun? Semua benda dah jual kat Malaysia pun kalau nak minta apa-apa.

“Betul ni?”

“Yalah. Kalau awak nak beli apa-apa untuk saya, beli aje lah. Saya tak kisah.” Rembat je apa-apa yang dia beli bila dia balik Malaysia nanti. Nak tengok juga bengang dia tu.

“Okey.”

Seketika tiada suara yang keluar. Ain dah pelik. Ni senyap kenapa pula? Putus ke?

“Awak…”

Nasib baik tak putus. “Ya.” Dia menjawab tanpa nada.

“I’m gonna miss you.”

Eh? Terasa macam kena simbah dengan minyak angin. Telinga pun dah panas semacam. “Okey, saya kena masuk kelas balik ni. Take care. Bye. Assalamualaikum.” Panggilan terus dimatikan. Tangannya melekap di dada kiri. Jantung dah dup-dap-dup-dap menggila.

***

“Tengku Adam pergi New York hari ni.”

Insyirah mengangkat kepala, mendongak memandang pembantunya. “Bila flight?”

Tiffany menilik jam di tangan. “Lagi 10 minit.”

Serta-merta, Insyirah bangun dari duduk. “What?!” Suaranya meninggi. “Kenapa I baru tahu sekarang ni?!” Kalau nak berkejar ke airport, dah ambil 45 minit. “You ni bangang ke apa inform I lambat?”

Tiffany menggigit bibir. Sudah maklum kalau bosnya mengamuk macam mana.

Insyirah mengurut dahi. “You book flight untuk esok dan cari kat mana dia duduk. I nak you inform I lagi dua jam. Kalau you lambat, I pecat you!”

Pantas Tiffany melangkah keluar dari bilik Insyirah.

“Apa hal bising?”

Insyirah mengalih pandang ke muka pintu. Isabella berdiri tegak di situ. “Apa hal pula kau kat sini?” Suaranya dingin.

“Eh, syarikat bapak aku. Suka hatilah aku nak datang ke tak.” Isabella menjawab keras. Tadi sampai di tingkat pejabat kakaknya, terdengar jeritan kakaknya saat dia membuka pintu hadapan. Memang macam kawasan kubur terus pejabat tu, tak ada sesiapa yang berani nak berborak lagi dah.

Insyirah duduk. Tidak mengendahkan Isabella yang dah belek-belek fail di rak.

“Kau nak buat apa pergi NY?”

“Bukan urusan kau.”

“Kau nak pergi kejar tunang orang tu ke?”

Insyirah melepaskan pen. “Kalau aku nak kejar dia sekalipun, itu urusan kau ke?”

Fail yang dibelek tadi disusun kembali ke rak. “C’mon la. Kau dah desperate sangat ke sampai tunang orang pun kau nak rampas?” Dia duduk di hadapan Insyirah. “Aku tak tahu pula kau dah desperate sangat. Mana kau punya boyfriend yang adik dia tu? Dah break?”

Insyirah menarik nafas dalam-dalam. Kalau tak difikirkan tengah ada dalam pejabat, dah lama aku lempang je Bella ni. “Aku nak rampas tunang orang ke, suami orang ke, tu bukan urusan kau. Ni hidup aku. Kau pergi uruskan butik kau tu je.”

Isabella bangun dari duduk. Dia berjalan ke pintu sebelum berpaling ke arah kakaknya. “Tak tahu pula kau dah terdesak sangat nak cari laki.” Dia tersenyum sinis sebelum keluar dari pejabat.

Posted at Wednesday, April 06, 2011 by zeekay
Comments (8)  

Friday, March 25, 2011
Belajar Mengenal 23

Lepas dua hari dia beritahu Adam pasal benda tu, Adam tak pernah call. Text pun dah tak ada macam selalu. Walaupun hati dia terasa meronta-ronta nak Adam telefon macam dulu tapi cepat-cepat dia berfikir mungkin ada hikmah kat semua benda yang jadi ni. Dia dah tak lalai macam dulu lagi. Semua kerja dapat disiapkan dengan cepat. Dah tak ada feeling lebih-lebih macam dulu.

“Ain…”

“Hmm…” Matanya memandang ke arah Fatin yang berdiri di  pintu. Fatin masih lengkap berbaju kurung yang dipakai pagi tadi. Masih tidak bertukar.

“Azman nak jumpa kau.”

“Hmmm…?” Dia angkat kening kat Fatin suruh ulang balik soalan dia. Tak berapa dengar atau telinga ni pura-pura tak nak dengar? Jelas-jelas Fatin cakap Azman nak jumpa tapi dia nak kepastian takut-takut masih berangan lagi.

Fatin letak buku dengan beg kat atas katil. Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Azman…nak…jumpa…kau… dengar tak?” Sepatah-sepatah dia menyebut. “Nak aku sebut lagi ke?”

“Tak apa. Tak apa. Dia nak jumpa kat mana?” Ain menyarung tudung ke kepala. Kotak bersaiz sederhana kecil dicapai dari atas meja belajar dan beg telekung disangkutkan ke bahu.

“Kat koperasi. Eh, nak buat apa dengan tudung yang dia bagi tu?”

“Ni?” Dia angkat kotak tu. “Nak pulangkan.” Terus dia melangkah keluar selepas menyarungkan sandal.

Fatin tidak sempat menahan.

***

“Fatin cakap awak nak jumpa saya? Kenapa?” Ain angkat kening. Koperasi tak ramai orang. Ye lah, dah petang. Nak dekat maghrib dah pun. Lebih baik pergi mandi lepas tu bersiap-siap nak pergi surau. Ni pun aku rasa lagi bagus cepat-cepat Azman beritahu kenapa dia panggil. Kalau tak, memang lama lagilah kat sini. Lepas tu, solat berjemaah pun terbabas.

Ain angkat kening dengan lebih tinggi bila tengok Azman masih tak bersuara. Tiba-tiba terasa seram sejuk. Dah lah nak maghrib. Ish, depan ni orang betul ke tak? Cepatlah cakap apa pun. Aku dah tak kisah, janji orang depan ni memang makhluk betul.

“Kita…” Ain sedikit lega bila akhirnya Azman bersuara. Nasib baik… “…bercinta, nak tak?”

“Hah?!” Mata Ain membesar. Apa dia cakap tadi? Bercinta…? Bercinta dengan apa? Dengan kucing?

Muka Azman masih lagi tenang. “Saya tahu benda ni boleh awak terkejut sebab tiba-tiba aje kan? Saya tak paksa awak. Saya harap awak boleh fikir soalan saya ni.”

Ain menelan liur. Apa hal budak ni? Dah lah tak ada angin, pokok pun tak bergoyang. Tiba-tiba aje jadi macam ni. Azan maghrib yang berkumandang dari surau menyedarkan Ain. Ingatan mula terarah pada kotak di tangan. “Nah.” Dia menghulurkan kotak itu kepada Azman tanpa perasaan. Selepas huluran disambut, dia terus berlalu pergi dari situ. Harap-harap Azman faham apa yang dia buat tu. Yang bawa makna awal-awal lagi dia dah tolak.

Aku dah ada Adam!

***

Ain duduk bersila di hadapan Fatin dengan wajah yang serius. Terasa nak lepaskan kemarahan macam tu aje. Biar terang bersuluh yang dia tak suka dengan benda macam ni. Ingat suka sangatlah dengan benda-benda macam ni? Orang lain bolehlah, sebab bawa makna yang diri sendiri laku kat pasaran. Tapi dia terkecuali sebab dia dah bertunang. Bertunang tu maksudnya berjanji tahu tak? Kalau mungkir janji sebab pasal Azman tu, memang kena dengan mak dan abah kat kampunglah.

“Kau dah tahu lama kan yang Azman tu nak buat macam tu?” Dingin suara Ain bertanya.

“Buat apa?” Fatin pura-pura tak faham. Azman ni pun satu. Pilihlah masa yang betul sikit. Aku ingat nak jumpa kat koperasi tadi sebab nak tanya khabar, ni boleh pula ajak anak dara seorang ni bercinta. Macam manalah dia tak mengamuk?

“Kau dah tahu kan…” Erghh!!! Aku nak sebut perkataan ‘ajak bercinta’ tu pun dah geli-geleman. “…dia ajak aku bercinta?” Muka ditahan daripada berubah riak. Ish, rasa nak muntah sebaldi je bila sebut.

Bibir Fatin mengukir senyuman walaupun dipaksa tahan bila tengok muka tertahan-tahan Ain. “Kalau dia ajak pun, bukannya salah pun kan? Kau pun bukannya bercinta dengan orang lain.”

Ya Allah! Ain dah pegang dahi sendiri. Pening pula aku dengan Fatin seorang ni. Tadi kepala rasa nak meletup dengan soalan Azman, ni otak dalam kepala macam nak cair dengar statement Fatin.

“Aku tak sukalah. Aku datang sini nak belajar bukannya nak bercinta.”

“Ain, kita ni dah besarlah.”

Ish, susah betullah nak terangkan kat Fatin ni. Orang cakap sikit je berdas-das dia nak melawan. “Fatin…” Ain tarik nafas dalam-dalam nak redakan kemarahan tapi macam tak boleh aje sebab Fatin berkomplot dengan Azman pasal hal ni. “… aku dah bertunang.” Senada je dia memberitahu.

Mata Fatin membulat. “Hah?!” Fatin tarik kedua-dua belah tangan Ain. Dia belek-belek. “Betul ke ni?”

Ain tarik tangan dia dan bangun dari duduk. Cincin yang dia simpan dalam poket kecil beg baju dikeluarkan dan terus disarungkan di jari. Dia duduk semula di hadapan Fatin. “Ni bukti…” Tak percaya sangat, terus tunjuk cincin aje.

Fatin pandang cincin dan wajah Ain bersilih ganti. “Ya Allah! Minta maaflah, Ain. Aku tak tahu.” Terasa bersalah sebab buat Ain macam ni. Manalah tahu yang Ain ni dah bertunang. Senyap aje. “Habis tu, yang call kau tiap-tiap hari tu tunang kaulah?”

Ain mengangguk. Dia bermain-main dengan cincin di jari. “Tapi… kau tak payahlah beritahu orang yang aku dah bertunang.”

Dahi Fatin berkerut. “Kenapa?”

“Kau kan tahu mentaliti masyarakat kita ni. Kalau bertunang atau kahwin awal, tu maksudnya dah gatal sangat. Aku tak sukalah kalau aku tiba-tiba popular kat kolej ni pasal hal ni. Roommate kita yang lain pun tak boleh beritahu tau.”

“Yalah, aku janji.” Fatin tersenyum berjanji. “Tapi bagilah aku tengok gambar tunang kau, nak tahu juga rupa dia macam mana.”

Ain tanggalkan cincin di jari. “Aku tak adalah gambar dia.” Memang tak pernah pun ada gambar Adam. Gila ke apa tiba-tiba nak minta gambar dia? Nanti dia ingat aku punya otak dah senget. Gambar tunang pun aku tak tahu simpan kat mana. Yalah, kena paksa bertunang kan?

“Apa punya tunanglah kau ni.”

***

“Er… hello?” Teragak-agak dia menjawab panggilan. Nombor siapa pula yang tak naik ni? Karang aku banned je.

“Adam…!”

Alahai, perempuan ni pula. “Ya, saya.”

“Teman I dinner hari ni.” Insyirah bertanya manja.

Dah keluar pula aura kucing gatal dia. Sabrina pun tak pernah buat suara macam ni. Lagilah nak ajak dinner sama-sama. Perempuan ni je yang lebih-lebih. Dia ni pun buat-buat tak faham yang aku ni tunang orang padahal aku nampak je dia kat majlis tunang tu. “Saya sibuk.”

“Ala, temanlah I dinner. Boringlah kalau makan sorang-sorang je.”

“Awak cakap apa tadi? Tak dengarlah. Ish, tak ada line ke ni? Saya kena letak telefon dululah. Bye.” Panggilan terus dimatikan dan juga telefon. Bateri ditarik keluar. Tahu sangatlah budak perempuan ni akan telefon sampailah mengalah dengan permintaan dia. Aku nak mengalah dengan perempuan macam tu? Ish, minta dijauhkan.

Dia memandang luggage di tepi pintu. Esok dah kena bertolak ke NY. Ada urusan bisnes. Tengku Addin ni pun kalau nak hantar jauh-jauh, hantarlah untuk dua-tiga hari. Ni sampai dua-tiga minggu pula. Minggu depan dahlah Sabrina balik rumah.

Esok sebelum flight, call dia dululah.

 

 

 

Posted at Friday, March 25, 2011 by zeekay
Comments (2)  

Monday, March 14, 2011
Oh My! Sorry!

Assalamualaikum..

Saya minta maaf kalau blog ni tak ber'update'.. sebenarnya tak adalah sibuk sangat saya ni! cuma saya suka hibernate. lagipun, saya pun dah tak ada idea nak menyambung cerita.. buat sesiapa yang nak berhubung dengan saya, bolehlah emel saya kat zihkir@yahoo.com . Tak pun boleh juga follow kat Twitter, http://twitter.com/zihkir1 . Saya tak ada facebook, kalau rajin saya buat ;D

Posted at Monday, March 14, 2011 by zeekay
Make a comment  

Saturday, January 15, 2011
Belajar Mengenal 22

Adam masih telefon macam biasa. Setiap hari. Macam benda hari tu tak pernah jadi. Ain pun dah malas nak sentuh cerita pasal gambar tu. Nanti ‘termenangis’ pula. Buat malu je. Kerja kat matrikulasi pun semakin lama semakin lama bertambah macam nak seksa orang. Tapi sabar aje lah. Dah diri sendiri nak macam ni juga. Karang kalau mengadu kat atuk, dia suruh berhenti belajar kat matrikulasi dan sambung belajar business tu. Tak naklah macam tu! Kena tunjuk kat atuk dia ni kuat, tak mengalah macam orang lain.

“Ain…”

“Hmmm…” Dia memandang Fatin yang duduk di atas katil. Habis penuh katil tu dengan macam-macam kertas. Kadang-kadang terfikir juga macam manalah budak sorang ni boleh belajar dengan benda-benda sesak dan sepah macam ni.

“Kau dah siap report hari tu? Aku nak pinjam boleh tak?”

Dahi Ain berkerut. Yang mana satu pula ni? Kerja-kerja report ni memang dapat setiap hari. Kadang-kadang, lupa dah pasal apa benda dengan bila deadline. “Yang mana satu?”

“Ala, yang pasal eksperimen kita buat hari Selasa lepas. Esok dia punya deadline. Aku nak pinjam sebab ada part yang aku tak dapat lagi ni.”

Muka Ain berubah. Selasa lepas? Ya Allah, aku tak siap lagi! “Fatin, aku tak siap lagi.” Terus dia cari report tu dalam fail dan bawah timbunan kertas yang ada atas meja tu. Lalainya aku! Asyik fikir benda lain je sampai kerja pun tak siap lagi.

***

“Zina ni boleh terjadi dalam pelbagai perkara.”

Suasana surau senyap sangat. Tiada siapa yang nak menyampuk atau menyangkal. Hanya diam dan mendengar sahaja.

“Contohnya, zina mata boleh terjadi bila kita tengok orang yang berlainan jantina dengan maksud lain.” Ustaz di hadapan diam dan menarik nafas dalam-dalam. “Macam yang terjadi kat laman sosial Myspace dan Facebook. Orang sibuk letak gambar sampai tak ingat yang gambar tu lah semua orang akan tengok dengan pelbagai maksud dan di situlah zina mata itu terjadi.”

Ustaz berhenti lagi. “Memang dalam surah An-Nur ada perintah suruh menundukkan pandangan tapi berapa orang sangat yang iman dia kuat nak turunkan pandangan?” Suara ustaz betul-betul tegas. “Jadi orang yang ada laman sosial tu, tolonglah fikir banyak kali kalau nak letak gambar. Tak salah kalau nak letak gambar tapi letaklah gambar yang ditangkap beramai-ramai. Tak payahlah nak letak muka sorang-sorang lepas tu buat muka comel macam kucing.”

Suasana surau yang tadi senyap bertukar riuh apabila mereka yang mendengar tadi ketawa dengan ayat ustaz.

“Contoh lain lagi, zina telinga. Awak ingat kalau orang yang berlainan jantina telefon awak tu bukan zina juga ke?”

“Habis tu, kalau nak tanya pasal belajar pula macam mana tu ustaz?” Suara budak lelaki di hadapan bertanya.

Ain pandang muka ustaz. Ustaz tersenyum nipis. Dia juga menunggu jawapan ustaz.

“Saya tertanya-tanya kenapa sibuk sangat nak telefon orang yang berlainan jantina padahal orang yang sama jantina dengan kamu pun boleh beri penerangan yang sama.” Ustaz pandang budak lelaki yang bagi soalan tadi. “Tak macam tu?”

“Satu benda lain juga yang saya perasan. Orang bercinta ni suka sangat bergayut telefon. Bila ditegur, mula naik darah dan cakap tak buat apa-apa. Mereka tak sedar yang mereka tu dah mendekati zina. Ayat al-Quran juga berbunyi ‘jangan mendekati zina’ yang bermaksud kalau kamu dah mendekati punca-punca awal zina itu pun sudah berdosa.”

Dush! Ain tundukkan kepala. Memang terkena tepat-tepat pada batang hidung sendiri. Selama ni, duk layan je bila Adam telefon. Memanglah tak declare apa-apa tapi bila Adam dah mula guna ayat sweet dia, takkanlah diri sendiri tak terkesan? Mestilah terkesan, kan? Astaghfirullah! Selama ni duk larang orang lain bercinta sebab tak nak diorang dekat dengan zina tapi diri sendiri pun buat benda yang sama. Dah lah suruh orang kat rumah tu berubah tapi dia sendiri pun tak berubah.

Ya Allah, ampunkan Ain!

***

Ain teragak-agak nak menjawab panggilan dari Adam. Rasanya dah lima kali Adam telefon tapi dia yang tak jawab. Otak dah tak boleh nak buat keputusan sama ada nak jawab ke tidak.

“Angkat je lah, Ain. Bisinglah. Dari tadi bzzz je. Kau ingat kalau kau silent tu tak bising ke?” Fatin tiba-tiba bersuara.

“Yalah. Yalah.” Ain jawab panggilan Adam. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Awak ni pergi mana? Lima kali saya telefon tapi tak angkat-angkat. Awak ingat saya tak risau ke?” Terus terhambur ayat Adam lepas jawab panggilan dia.

Tiba-tiba rasa terharu pula ada orang lain yang risaukan dia. Ish, tak boleh jadi ni! Ni baru dia cakap dia risau. Karang kalau dia ajak kahwin lain pula cerita. “Saya pergi toilet tadi.” Ain menjawab perlahan.

“Oh… saya ingatkan awak sakit ke apa. Awak sihat?”

“Sihat. Kalau tak, tak adalah saya jawab telefon awak ni.”

Adam ketawa.

“Adam…”

“Ya…”

“Saya rasa lepas ni tak payahlah awak telefon saya tiap-tiap hari lagi dah.”

Suara di talian sana senyap sekejap. “Kenapa?”

“Saya sibuklah lately ni. Susahlah kalau awak asyik call saja.” Ain tidak sampaikan ayat sebenar. Sebenarnya, nak cakap ‘awak tak rasa apa yang kita buat ni dah termasuk kategori zina telinga, belum campur lagi tiba-tiba rasa jantung ni berdebar lebih bila awak guna ayat sweet awak tu, tu dah masuk zina hati pula.’

“Tapi awak boleh call saya bila ada benda penting macam pasal atuk ke, pasal rumah ke, pasal budak tiga orang tu ke.” Ain teruskan ayat dia.

“Habis tu, pasal kita?”

Ain terus tak jadi nak sambung ayat dia bila dengar ayat Adam tu. Dia telan air liur nak buang debar. “Saya tak bolehlah kalau asyik terfikirkan awak. Saya pun nak kena belajar juga.”

“Awak asyik terfikirkan saya ke?”

Aisehman, apa yang aku cakap tadi ni? Mulut tempayan betul aku ni. Ain pura-pura ketawa. “Awak ni tiba-tiba jadi mat romeo ni kenapa?”

Adam senyap. Terasa kecewa berbakul-bakul. “Tak apalah, saya faham. Awak nak belajar kan? Lepas ni saya akan telefon awak pasal apa yang awak cakap tadi tu je.”

“Adam…”

“Hmmm…”

“Awak okey je kan?”

“Saya okey. Awak pergilah sambung belajar balik.” Adam diam sekejap. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Posted at Saturday, January 15, 2011 by zeekay
Comments (2)  

Next Page