zihkir@yahoo.com
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, October 23, 2009
syukur 25

Dania mengelap meja makan dengan kain basah memandangkan ada kuah yang tertumpah melekat di atas meja itu. Sama ada hasil daripada tetamunya atau hasil daripadanya yang mengangkat kari daging tadi. Ah, nasiblah.. Dah tumpah, lap je la. Banyak bunyi pulak.

    Habis mengelap, dia berjalan ke singki untuk membasuh kain yang digunakan tadi. Lengan baju ditarik sehingga ke siku. Tinggal sikit je lagi.. Habis lap ni, kau nak terbongkang pun tak apa.

     "Dania." Panggil Puan Hafizah sambil tangannya ligat menyapu ruang dapur.

     "Hmmm…" Dania menjawab tanpa mengalih pandang dari kain di tangannya. Dia memerah kuat kain itu untuk mengeringkannya kemudian disidaikannya di tepi singki.

      "Tak nak tidur ke? Dah pukul dua pagi." Puan Hafizah merenung menantunya.

      Dania mendongakkan kepalanya sedikit memandang ke jam dinding yang tergantung di dapur. Ye la, dah pukul dua pagi… Dia menggigit bibir. Tapi Hafiz dah conquer katil. Mana aku nak tidur?

      "Ibu, Nek Wan tak datang ke?" Terkeluar soalan itu dari bibir Dania. Adus… Terlepas.

      Wajah Puan Hafizah berubah riak menjadi terkejut. Tangan berhenti menyapu. "Nek Wan mana?" Jantung dah berdebar-debar.

      "Eh, tak ada apa-apa." Dania dah mula kalut. "Dania naik atas tidur dulu ye." Dia mula menapak mahu keluar dari dapur.

      "Dania…" Puan Hafizah menahan Dania. "Hari tu Dania ikut Hafiz balik kampung ye?" Soalnya sayu.

      Dania menggigit bibir. Nak jawab apa? Redah je la… Perlahan-lahan dia mengangguk.

     Puan Hafizah menarik nafas sedalam-dalamnya. Penyapu yang tadi dipegangnya diletakkan ke tepi. Kisah yang terjadi beberapa tahun lepas kembali berlayar di ingatan. Dia memegang lembut bahu Dania. "Kalau Dania jumpa Nek Wan lagi, cakap dengan dia ayah rindu kat dia. Lepas tu kirim salam bagi pihak kami dua ye." Kolam mata Puan Hafizah terasa panas.

     Dania mengangguk. Direnung wajah ibu mertuanya. Ada riak sendu di situ.

***

Dania menutup perlahan-lahan pintu biliknya. Bilik dah berubah menjadi gelap. Hanya wall light sahaja yang terpasang. Hafiz dah tidur la ni… Aku nak tidur kat mana ni? Bilik ni bukannya ada sofa panjang. Takkan nak tidur duduk kot? Aduh, masalah…

    Dia berjalan ke katil. Wajah Hafiz menjadi tatapannya. Nampak tenang… Ditekan-tekan tilam katil itu. Hafiz tak bergerak-gerak. Heh, tidur mati la. Dia memanjat katil itu perlahan-lahan dan terus merebahkan badannya agak jauh dari Hafiz. Ditarik gebar menyelimuti tubuhnya. Uih, sejuk nak mampus! Pasang suhu air cond berapa ni? Gebar yang tadi hanya menyelimuti tubuh ditarik menutup kepala.

     Aku dah rasa ala-ala duduk kat iceberg Greenland sana. Sejuknya mak oi… Aku rasa kalau kucing tidur dalam bilik ni pun sure blah. Tapi takkan aku nak kena keluar dari bilik ni? Karang esok semua tertanya-tanya apsal aku tidur luar.

      Tiba-tiba, terasa badannya di bawah gebar ditarik. Dania menarik cadar. Oi, siapa tarik aku ni? Terasa tangan seseorang melingkari pinggangnya. Diturunkan gebar dari kepala dan menoleh ke belakang.

       Hafiz!

     Masya-Allah, dekatnya! Terasa deruan nafas lelaki itu menampar lehernya. Terasa meremang bulu roma.

     "Kenapa, sayang? Sejuk?" Hafiz bersuara tetapi matanya masih terpejam.

     "Oi, lepas la weh." Dania cuba menolak tangan Hafiz. Apsal kuat sangat dia peluk ni?

     Hafiz diam tidak bersuara. Dania menoleh memandang Hafiz.

    Mengigau!

***

Puan Hafizah leka menuangkan kopi ke dalam cawan untuk suaminya apabila Dania menarik kerusi dan melabuhkan punggung di belah kanan meja makan. Encik Hamzah pula sedang membaca NST.

    "Assalamualaikum." Dania memberi salam. Senyumannya terukir apabila melihat banyak juadah di atas meja makan.

    "Waalaikumsalam. Makan la, Dania. Hafiz mana?" Puan Hafizah mengambil tempat di belah kiri meja makan.

    "Tengah mandi. Banyaknya ibu masak. Siapa nak makan ni?" Tanya Dania. Dicapai roti bakar dan diletakkan di atas pinggannya. Botol jem strawberi diambil dan dibuka.

     "Kita semua la. Siapa lagi?" Puan Hafizah ketawa. "Kalau Hafiz dengan adiknya balik sini, memang kena banyak masak. Nanti tak cukup makanannya."

      Oh… Kuat makan rupanya mamat tu. Aku mana la tau. Mana pernah masak untuk dia.

      "Assalamualaikum." Dania mendongakkan kepala memandang tuan punya suara yang dah berdiri kat sebelahnya.

      Waalaikumsalam… Dania menjawab di dalam hati. Dia mengunyah roti bakar yang disapu jem strawberi tadi.

       Hafiz duduk di sebelah Dania. "Tuangkan kopi, sayang." Dia meminta tolong Dania.

       Sayang? Meremang bulu roma aku dengar… Kejadian malam tadi kembali menjengah. Tangannya menuangkan kopi ke dalam cawan dan diberikan kepada Hafiz.

      "Thanks, sayang." Hafiz tersengih kepada isterinya. Dania buat muka.

      "Korang nak balik rumah bila ni?" Encik Hamzah bertanya kemudian tangannya menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

       "Lepas Asar." Jawab Hafiz. Cawan yang berisi kopi panas dibawa hati-hati ke mulut. Dania buat muka selamba. Dia tetap meneruskan kunyahannya.

       "Ibu nak tanya ni. Korang dah kahwin hampir setahun, kan? Bila ibu boleh timang cucu ni?" Tanya Puan Hafizah.

       Hampir tersembur kopi yang diminum. Dania di sebelah dah berhenti mengunyah. Terkejut dengan soalan maut ibu mertuanya.

      "Nanti-nanti la. Rezeki pun belum ada lagi. Kalau Allah nak bagi, bagi la." Jawab Hafiz tenang. Dapat anak kemendenya, kalau aku pun belum 'rasmikan' lagi!

      "Korang dua ni jangan merancang pulak. Biar anak ramai-ramai. Ibu boleh tolong jagakan." Bersemangat Puan Hafizah bercerita.

      "Insya-Allah, ibu. Insya-Allah." Hafiz menjeling Dania di sebelah. Mukanya berubah riak sedikit.

Posted at Friday, October 23, 2009 by zeekay

misz nana
November 6, 2009   09:44 AM PST
 
biar anak ramai2?
haha..
cicakgirl
October 27, 2009   12:48 AM PDT
 
Salam ziarah, =)
cite ni best!!!=)
sampai boleh tersengih sorang-sorang
ayat encik dalam perenggan keempat belas tu ada sambungan ke?
bulanhijau
October 26, 2009   02:04 AM PDT
 
yeah.
hafiz,
chayok2
zatie
October 23, 2009   08:15 AM PDT
 
haha..
cpt hafiz..
approach dania lagi,.
cm da lembut sket dania nieh..
makcik hafizah..
hint2 sket..
ekekeke..
btw.ade typo..
'puan hafiz'..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry