Ain berjalan dengan laju memasuki perkarangan sekolah. Jantung dah berdegup laju. Bukan hanya disebabkan kaki yang berjalan laju malah keputusan SPM yang akan keluar nanti juga menjadi penyebabnya.
Isk, bila aku nak sampai ke dewan ni? Amboi, Ain. Dah lima tahun sekolah sini baru hari ni merungut ke? Tau la dewan tu jauh sikit. Kan mak dah pesan banyak kali, sabar itu sebahagian daripada iman.
Ye, ye… tau.
“Ain!”
Ain menoleh ke belakang. Dia merenung Syaza yang sedang berlari anak ke arahnya. Tu la, siapa suruh lambat? Jalan macam perempuan Melayu terakhir lagi. Terkedek sana, terkedek sini. Astaghfirullah! Mengumpat dalam hati pula ye Ain?
“Apa?” Ain bersuara setelah Syaza berada di hadapannya. “Jalan terkedek-kedek!” Ain galak ketawa.
“Apa pulak aku jalan kedek-kedek. Kau tu jalan macam kena kejar dengan angsa.” Syaza mengherotkan bibir tanda tidak berpuas hati.
Ketawa Ain mati. “Perkataan angsa tu kau jangan sebut. Pantang nenek moyang aku orang sebut binatang tu.” Ain teringat balik kejadian masa Tingkatan Satu.
Masa tu baru balik dari sekolah. Tengah syok menyanyi sambil berjalan tu, tiba-tiba ada angsa ikut dari belakang lepas tu pergi patuk-patuk belakang. Hei, mana tak marah? Tapi takut jugak. Buatnya dia tarik baju sampai terkoyak macam mana pulak? Dia mula jalan laju. Angsa tu pun ikut speed dia lari jugak. Tak boleh jadi ni! Dia ketuk kepala angsa tu. Ha… tau pula stop! Tiba-tiba, angsa tu kejar dan tarik baju dia sampai koyak. Waa~ Mana tak nangis. Sampai sekarang dia fobia dengan binatang tu.
“Ye la. Aku dah tak sebut dah.”
Ain tersengih. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. “Eh, result SPM!” Terus dia menarik tangan Syaza menuju ke dewan.
***
Ain berdiri di hadapan guru kelasnya. Dup..dap..dup..dap jantungnya. Mintak la okey. Lulus pun tak apalah.
“Ain ye. Kejap, cikgu cari nama awak.” Cikgu Zalati bersuara lembut. Memang cikgu kelas aku ni lembut tahap sotong. Bukan bermakna dia lelaki lembut… dia perempuan, tapi memang lembut sangat. Suka sangat mengalah dengan budak-budak. Aku pulak rasa bersalah bila dah buat macam-macam kat cikgu ni.
“Hah ni. Result awak.” Cikgu Zalati menarik keluar kertas keputusan SPM dari celahan kertas-kertas yang lain. “Tahniah.” Ucap Cikgu Zalati sambil menyerahkan slip keputusan SPM kepada anak muridnya.
Ain mencapainya dengan perasaan yang berdebar-debar. Syaza di belakang dah terjenguk-jenguk. Haish, minah ni. Aku sekeh muka tu karang. Bersepai je gigi. Terus dimasukkan slip keputusannya ke dalam poket tanpa sempat melihatnya terlebih dahulu. Dia beralih ke tepi memberi ruang Syaza mengambil keputusannya.
“Arrgghh!!!” Syaza menjerit tiba-tiba. Budak-budak lain dah menghalakan pandangan mereka ke arah Syaza. Syaza tersengih malu. Dia mengangkat tangan tanda maaf. Dia beralih ke tepi.
“Mangkuk betul kau jerit macam tu!” Marah Ain. Kawan aku tu. Karang kena cop orang gila, aku pun kena sekali sebab berkawan dengan budak ni.
“Eheh, sorry. Excited sangat tadi.” Syaza sengih. “Aku dapat straight A’s woo…” Dia menunjukkan slip keputusannya kepada Ain.
Ain buat muka. “Kalau kau belum dapat pun aku dah tahu la kau dapat straight A’s tu.” Bukan dalam kelas kau selalu dapat straight ke?” Mahu jerit kuat-kuat lagi. Apa la…
“Eh, kau dapat berapa?” Syaza bertanya dengan riak wajah jaga-tepi-kain-orang.
“Entah la. Tak tengok. Berdebar jantung aku ni.”
“La… tengok je la. Kut-kut dapat 9A1 ke?”
“Banyak la kau. Aku punya trial physic tu pun dah semput tak naik-naik. Mahu kata aku dapat straight A’s.” Ain mengeluarkan slip keputusannya dan diserahkan kepada Syaza. “Kau tengokkan.”
Syaza membuka slip yang dah berkeronyok kerana disumbat ke dalam poket. “Arrgghh!!!” Syaza dah menjerit-jerit. Terloncat sekali.
“Apa hal? Aku gagal ke?” Mintak-mintak la tak.
“Straight A’s!!!”
“Arrgghh!!!” Bergema dewan sekolah itu dengan jeritan kedua-duanya sekali.
***
“Aku macam tak percaya kita dah habis sekolah.”
“Aku pun.” Syaza duduk bersila di atas pangkin di tengah-tengah bendang.
Ain masih berdiri bercekak pinggang. Sesekali angin meniup menyejukkan badan.
“Rasa macam sedih la pulak.” Ain tersengih sendiri mengadap padi yang dah menguning. Ni nanti pak cik bajak datang kutip padi ni. Dulu boleh la pakai kerbau, sekarang dah moden. Nak cepat guna benda moden.
“Ni la kau. Emo.” Syaza mencebik di belakang.
“Eh, aku bukannya macam kau yang terlebih emosi ye.” Ain memandang Syaza sekilas. I’m gonna miss my school’s daily life. Aku pun teremosi jugak ni.
“ Ye la… Kau menang.” Malas nak berdebat punya pasal, mengalah je la. “Kau ni kan, Ain. Kontra sungguh dengan Mak Andak. Kau ni degil-keras kepala, Mak Andak pulak cool je. Cepat mengalah.”
“Aku kan bukan anak kandung diorang.” Dia bersuara perlahan.
Berubah wajah Syaza. Alamak, silap masuk channel. “Aku minta maaf.” Laju dia mengungkapkannya. Betul-betul rasa bersalah.
“Tak apalah. Benda lama.” Ain tersenyum tawar.
Ya, dia bukan anak kandung Andak Rabiatul dan Tok Imam Othman. Dia hanyalah anak angkat. Keluarga kandung? Entah la, tak tahu dah pergi mana. Yang dia tahu, saat umurnya dah menjejak tahap akil baligh, ibu angkatnya menyuruh memakai tudung di dalam rumah. Bukan ke pelik kalau kita kena tutup aurat depan muhrim? Akhirnya, Andak Rabiatul memberitahu cerita sebenar. Dia diambil dari rumah anak yatim sejak kecil lagi oleh Andak Rabiatul dan Tok Imam Othman. Andak Rabiatul sempat la tanya asal-usul dari tuan rumah anak yatim tu. Diorang cakap aku ditinggalkan kat depan rumah anak yatim tu tanpa apa-apa pengenalan diri macam surat beranak ke, surat ke..Tak ada..Nil. Sedih aku bila jadi macam tu. Hati aku pun tak tergerak nak cari family aku tu. Entah-entah dah tak ingat aku pun.
“Ain.” Panggil Syaza.
“Huh?”
“Jom balik. Nanti Mak Andak bising pulak.” Syaza turun dari pangkin.
“Okey.”