zihkir@yahoo.com
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, October 27, 2009
Belajar Mengenal [3]

Syaza dan Ain duduk bersila di atas lantai kayu itu. Tangan masing-masing memegang pisau dan bawang untuk dikupas.

     Hari ni kenduri kesyukuran sebab diorang dua dapat straight A’s SPM. Eh, bukan dua orang je. Tapi Andak Rabiatul dan Tok Imam Othman menawarkan diri untuk meraikan kejayaan anak-anak kampung yang dapat keputusan cemerlang. Doa selamat buat malam nanti. Memang daripada pagi tadi rumah ni asyik dengar bunyi keletung-keletang, bising mengarahkan itu ini, orang gelak-gelak. Heh, bunyi orang melatah Allahuakbar kuat-kuat pun ada. Haha.

       “Ain, mata kau tak pedih ke?” Syaza mengelap air mata yang dah berjuraian di pipi dengan lengan baju panjangnya.

        “Tak pun. Kau ni la. Kut potong bawang pun boleh menangis.” Ain galak ketawakan Syaza yang dah macam orang menangis sebab kucing mati.

         “Mak aku cakap kalau potong bawang lepas tu mata pedih, maknanya badan kita banyak angin.” Syaza menggaru hidungnya yang gatal.

          “Ye la tu kut. Aku pun bukannya tau sangat petua-petua macam kau.” Syaza ni segala petua dia tahu. Aku pun dah pening lalat bila selalu dengar petua daripada dia.

         “Ei, korang dua ni bila nak siap buat kerja ni?” Andak Rabiatul bercekak pinggang di belakang mereka berdua. Bekas yang berisi bawang tidak sampai setengah.

         Er…Eheh… Ain mendongakkan kepalanya memandang Andak Rabiatul di belakangnya. “Kejap la, mak. Tinggal sikit je lagi.” Dia menjenguk ke dalam besen dan bawang yang berterabur di atas lantai. Ye la tu. Sikit lagi…

         “Cepat sikit. Mak nak guna bawang tu. Lepas dah habis kupas, bagi kat Mak Yam. Mintak dia kisar.”

         “Okey.” Serentak Syaza dan Ain menjawab.

***

“Woi, nak melangkah tu rapat-rapat sikit. Jangan kangkang pulak.” Syaza menegur dari belakang kemudian dia ketawa.

     Ain merengus perlahan. Aku tahu la. Ingat aku tak pernah pakai baju kurung ke? Baju sekolah tu apa?

     Selesai sudah majlis doa selamat. Sekarang ni masa untuk makan. Berasak-asak orang mengambil makanan. Nasib baik tempat lelaki dan perempuan dipisahkan. Kalau tak, aku memang tak tahu la jadi apa masa tu.

     “Assalamualaikum.” Suara garau dari depan menyentak lamunan Ain. Dia pantas berlalu ke hadapan. Siapa pulak yang datang ni?

     “Waalaikumsalam.” Hampir tersembul mata Ain melihat orang yang berada di hadapannya. Eh, siapa pula yang datang ni? Matanya dah macam yo-yo melihat atas-bawah. Dia menelan liur. Kerabat mana pula mak jemput ni? Dah la sekali dress code tux and tie? Kahkahkah. Rasa macam nak gelak guling kat situ juga. Ni kenduri doa selamat, bukannya farewell party.

     “Saya nak jumpa dengan Nurul Aini binti Abdullah, boleh?”

     Huh? Ketawa di dalam hati mati. Kerabat mana nak jumpa aku ni? Sekali lagi matanya bergerak seperti yo-yo.

     “Cik?”

     “Huh?” Tersentak Ain.

     “Ain, siapa ni?” Andak Rabiatul tiba-tiba muncul dari dapur. Keluar dari dapur tadi, nampak ada lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba berada di ruang tamu. Ada juga yang dah bersok-sek masa lalu tadi bila nampak orang pelik macam ni. Ye la, takkan kenduri orang datang pakai pakaian pejabat? Lengkap pula tu.

     Sayang mak… “Tak tahulah, mak. Dia cari Nurul Aini binti Abdullah.” Dia menjawab selamba.

      Membuntang mata Andak Rabiatul memandang Aini. Amboi… Kenakan orang pula ye. Nama awak tu la Nurul Aini.

      “Nak buat apa encik cari dia?” Soal Andak Rabiatul gusar.

      “Puan ni siapa?”

      “Saya mak Nurul Aini.”

     Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari saku slack. “Puan kenal siapa dalam gambar ni?” Lelaki itu menunjukkan gambar bayi kepada Andak Rabiatul.

     Andak Rabiatul mengelap tangannya pada kain dan mengambil gambar itu. Diamatinya betul-betul. Gambar Ain… “Ni gambar Nurul Aini la, encik.” Dia menghulurkan kembali gambar itu.

     Lelaki tak dikenali itu menyambut huluran itu. “Sebenarnya, puan. Kami diarahkan untuk mengambil Nurul Aini atau nama sebenarnya Tengku Sabrina pulang ke tempat asalnya.”

     “Huh?!!!” Tanpa sengaja, suara Ain kuat sehingga membuatkan tetamu yang tadinya becok mengalahkan makanan dihurung mulut kini sunyi sepi dan memandang ke arah mereka bertiga.

     “Saya rasa encik ni salah orang!” Sekali lagi, suara Ain kuat.

***

Suasana di ruang tamu itu sunyi sepi. Semua orang dah beransur pulang. Ada juga la yang belum balik di luar rumah. Menolong apa yang patut.

    Andak Rabiatul dan Tok Imam Othman duduk di atas sofa manakala Ain duduk di atas lantai ditemani dengan Syaza.

    “Jadi, Encik…” Tok Imam Othman memulakan bicara.

    “Panggil saya Mike je la, pak cik. Saya ni pemandu Tengku je.”

    Sekali lagi rahang Ain jatuh. Driver? Pergh! Driver pun pakai macam ni ke?

    Dahi Tok Imam Othman berkerut. Dengar macam Mickey Mouse pulak… “Mike…” Dengan susah Tok Imam Othman menyebutnya.  “… betul ke Nurul Aini ni cucu Tengku Addin?” Entah siapa orangnya pun aku tak kenal.

     “Betul, pak cik.” Mike mengangguk. “Sebenarnya dah lama kami cari Tengku Sabrina ni. Dah lebih dari 10 tahun.”

     “Apa yang buat Mike yakin sangat yang anak pak cik ni Tengku Sabrina yang Mike cari tu?” Tok Imam Othman sengaja menduga. Kut-kut orang ni tipu je. Orang sekarang pun bukannya boleh percaya.

     Mike memandang wajah Ain. “Tengku Sabrina…” Cuak juga aku nak cakap dengan cucu Tengku Addin ni. Mahu kena pelangkung kalau silap cakap. “Tengku ingat tak lagi yang Tengku ada derma darah masa kat sekolah enam bulan lepas?”

     Ain mengerutkan dahi cuba mengingat. Lambat-lambat dia mengangguk.

    “Kami cuba membandingkan semua darah yang diterima dan ternyata DNA Tengku Sabrina padan dengan Tengku Addin.”

    Tiba-tiba Ain terasa nak meletup. Dia bingkas bangun. “Eh, encik. Mana boleh ambil darah orang sesuka hati je. Bercanggah dengan undang-undang!”

     “Ain!” Andak Rabiatul menegur keras. Orang dah ajar cara menghormati orang yang lebih tua. Sedar diri sikit yang awak tu baru nak masuk 18 tahun.

     Mike tidak mengendahkan kata-kata Ain. Dah lali sangat kalau kena marah dengan keturunan Tengku ni. “Lagipun wajah Tengku Sabrina amat sama dengan wajah ibunya yang sebenar.”

    Berubah wajah Andak Rabiatul mendengar ayat itu. Terasa juga. Anak yang ditatang dari kecil langsung tiada persamaan dengan dirinya.

    “Dan saya diarahkan untuk membawa pulang Tengku Sabrina ke Kuala Lumpur malam ini juga.” Mike menyambung.

     Tersentak Ain. Balik malam ni juga? Tak nak… Syaza yang bersila dipandang. Kemudian wajah Andak Rabiatul dan Tok Imam Othman. Tak nak tinggalkan diorang…

    “Saya tak nak balik!” Ain membantah.

    Mike mengangkat kening. “Kami telah diarahkan untuk membawa Tengku Sabrina juga. Sama ada secara paksa ataupun rela.” Terngiang-ngiang lagi suara Tengku Addin yang memberikan arahan.

    Ain terkedu. Takkan kena juga? “Minggu depan baru ambil saya.”

    “Tak boleh.”

    “Tahun depan?”

    Loyar buruk pula budak ni. “Tak boleh.”

    “Dua tahun depan?”

    “Fine, esok!” Mike dah bangun dari tempat duduk. “Saya balik dulu.” Dia berjalan ke pintu keluar. “Assalamualaikum.”

    “Mike…” Tok Imam Othman memanggil.

    Ain dah pandang wajah ayah angkatnya. Ayah tak nak kasi dia pergi KL ke? Alhamdulillah…

    “Sebenarnya, Mike ni orang Islam ke?” Yela, nama Mike. Tapi bagi salam.

    Mike tersenyum nipis. “Nama betul saya Mikail, pak cik.” Dia terus keluar dari rumah kayu itu.

    “Waalaikumsalam…”

    Ain rasa macam nak tepuk dahi. Boleh pula ayah tanya soalan tu…

Posted at Tuesday, October 27, 2009 by zeekay

bulanhijau
October 28, 2009   03:59 AM PDT
 
woooooooooo~

gle la
ain anak tengku

igtkan yg pakai tux tu slh umah
huhuhu
zatie
October 27, 2009   02:06 AM PDT
 
uiihh..
unexpected beb...
engtkan yg dtg pakai tux bagai tuh dak skola dye yg mereng skt ke hape..
skali,,pemandu raja..
n ain is tengku'd blood..
ngeeee..
suke2..
best la weyhh..
comey je ain nieh..
n mike sgt coolioo..
=)
smbung2..
cicakgirl
October 27, 2009   12:55 AM PDT
 
Ain ni sempoi je =)
best la perwatakan dia =)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry