zihkir@yahoo.com
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, October 27, 2009
Belajar Mengenal [5]

Dia bermain dengan gelas yang berisi wain merah. Kemudian diangkatnya dan dibawa ke bibir. Diteguk perlahan-lahan menuruni rengkung.

    "Wei, Adam. Kau nak test Château Margaux?" Danial berteriak sambil mengangkat botol wain yang gelap itu.

     Lambat-lambat dia berpaling ke arah Danial. "Sama ada kau nak kena tampar dengan Tengku Addin atau kau biarkan benda tu kat tempat dia." Datar tanpa perasaan dia menuturkan. Agak-agak kalau kitorang pulak yang habiskan wain mahal tu, macam mana pulak? Wain tu minum waktu majlis boleh la.

     Danial tersengih. "Rileks la, bro."

     "Kau ni kan, Adam. Apsal macam tak ada perasaan je aku tengok?" Hazim menyapa dari belakang. Dia menarik botol wain merah dan dituangkan ke dalam gelas.

      Apa-apa je la, Hazim. Malas aku nak cakap. Gelas yang berisi wain disua lagi ke bibir.

     "Eh, korang tau tak yang hari ni Tengku Sabrina balik?" Azri yang tiba-tiba muncul entah dari mana menyergah mereka dengan soalan itu.

     Tau, jawab hati Adam sendiri.

     Hazim dan Danial masing-masing muka terkejut. "Bila pula Tengku Addin jumpa dia?"

      Enam bulan lepas.

      "Entah, aku pun tak tahu." Azri mengangkat bahu.

      "Kita tengok sikit muka Tengku Sabrina tu macam mana." Hazim dan Danial angkat kening antara satu sama lain.

      Malas nak ambil tahu…

***

Rahang Ain dah jatuh. Terbuka berapa inci pun dah tak tahu. Dia melihat ke rumah agam di hadapannya sekarang. Ni agak-agak kalau aku pengsan, ada orang nak tolong angkatkan ke tak?

    "Tengku, selamat datang." Seorang lelaki yang dah berusia setengah abad menyapa dia.

    Ain menutup mulutnya. Dia memandang orang yang menegurnya tadi. Siapa pula ni? Dah la kat depan tadi, berkoyan-koyan pengawal aku nampak. Ni siapa pula yang tegur?

     Mike keluar dari kereta. Dia berjalan ke belakang kereta. Beg baju Ain dikeluarkan. "Saya nak hantar kawan Tengku ke hotel pula ye." Dia memberitahu sambil tersenyum. Boot kereta ditutup. Beg Ain dihulurkan kepada orang yang menegur Ain tadi. Mike menunduk hormat kepada lelaki itu.

     "Pak cik." Panggil Ain sebelum Mike masuk ke dalam kereta.

     Mike mengangkat kening bertanya.

     "Pak cik jangan buat apa-apa kat kawan saya. Dia tu ganas. Lagipun dia bawa payung." Ain tersengih kecil. Mike mengangguk sambil tersenyum. Badan diboloskan ke dalam BMW 335i.

     Ain berpaling mengadap ke arah lelaki yang tidak dikenali itu. "Pak cik ni siapa pula?" Dia bertanya teragak-agak.

      "Eh, Tengku jangan panggil saya pak cik. Nanti marah pula Tengku Addin. Saya butler di rumah ni. Panggil saya Butler Mirza." Mirza memperkenalkan dirinya.

       Muka Ain berubah riak. "Rumah ni ada bilik wain ke?" Ain bertanya tanpa bertapis. Setahu aku, rumah yang ada butler ni ketua lelaki dalam hal orang gaji dengan yang jaga bilik wain tu.

       Mirza terkejut. Pandai betul budak ni… Aku ingat orang yang duduk kampung ni otak slow. "Apa-apa nanti, Tengku akan tahu sekejap lagi." Dia menyuruh Ain berjalan dahulu.

       "Lagi satu." Ain tidak memulakan langkah lagi.

       Mirza bertanya sambil mengangkat kening. "Ada apa lagi, Tengku?"

       "Butler Mirza tu panjang sangat la. Kalau saya panggil pak cik B.M boleh?" Hantam je la B.M tu. Tak kisah la Bahasa Malaysia ke apa.

       "B.M tu boleh. Pak cik tak boleh. Sekarang dipersilakan jalan, Tengku." Mirza menyuruh Ain berjalan terlebih dahulu.

        Ain mengangkat bahu. "Okey." Dia mengangkat bahu. Dah la jauh jalan ke pintu rumah, tambah-tambah lagi aku pakai baju kurung ni. Nasib baik aku sarung selipar, bukan high heels.

***

Adam, Azri, Hazim dan Danial berdiri di belakang sofa Chesterfield yang diduduki oleh Tengku Addin.

    Adam mengeluh kasar. Lambatnya… Budak kampung ni lambat sangat aphal? Naik lenguh kaki aku berdiri.

     Ain masuk ke dalam rumah. Sekali lagi rahangnya jatuh. Mak oi! Rumah ke istana ni? Dengan chandelier yang tergantung indah, susunan perabot jenama luar negara dan… eh, apsal ada muka aku kat dalam gambar tu? Dia mengamati gambar besar yang tergantung di ruang yang dimasukinya. Muka aku… Sebelah dia siapa tu?

     "Tengku Sabrina, welcome home!" Tiba-tiba ada seorang lelaki tua meluru berjalan ke arahnya. Tangannya didepakan seolah-olah ingin memeluk Ain.

      Muka Ain berubah cemas. Siapa pula ni? Kenapa nak peluk aku ni? Dia mengangkat tangannya. Mata dipejamkan. "Stop!"

      Tengku Addin berhenti berjalan. Kenapa pula ni?

      Ain membuka matanya luas. Phew! Nasib baik stop. Tangan diturunkan. "Aa… ni siapa pula?" Dah la tak ada salam, main sergah welcome home lepas tu nak peluk aku pula.

      Tengku Addin ketawa besar. "Ni atuk la." Tongkat yang berukiran kepala singa diangkat tinggi.

       Ooo…pesanan ibu sewaktu mahu pulang ke sini terngiang-ngiang di telinga. "Tengku…" Dia menarik nafas dalam-dalam. "Saya nak bukti yang kata saya ni Tengku Sabrina."

       Seketika, rumah agam itu terus sunyi dari segala bunyi apabila mendengar ayat dari mulut Ain.

***

Haila… Ain, kenapa la kau buat macam ni? Orang dah jemput tahap grand, kau buat macam sherif masuk kasino. Mana la aku tau. Aku nak bukti je sama ada aku ni betul ke Tengku Sabrina, suara hatinya lagi satu menjawab. Buatnya tak betul, lepas tu aku peluk Tengku kerepot tu, tak ke dosa aku bertambah-tambah?

    Tengku Addin merenung Ain yang duduk di hadapannya. Apa bukti dia nak ye? "B.M.!!!" Tengku Addin memanggil Butler Mirza yang berada di luar pejabat.

    Muka Ain berubah riak. Eh, sama juga dia panggil macam aku panggil pak cik butler tu. Ni dah sampai ke bukti yang aku ni memang cucu dia ke?

    Mirza masuk dengan pantas. "Ye, Tengku. Ada apa?"

    "Kau ambil bukti yang berkaitan kat dalam laci meja kerja aku tu. Tunjuk kat budak perempuan ni." Tengku Addin memberi arahan dengan suara yang tegas. Kecut pula perut Ain yang mendengar.

     "Baik, Tengku." Mirza berjalan ke arah meja kerja Tengku Mirza dan membuka laci yang berada di atas sekali. Fail yang tertera TENGKU SABRINA ditariknya keluar. Kemudian, laci itu ditutup. "Nah, Tengku." Dia menghulurkan fail biru itu kepada Tengku Addin.

      Tengku Addin meletakkan fail itu di atas meja dan ditolak ke arah Ain. "Baca ni."

      Ain mengambilnya dengan perasaan yang bercampur baur. Perlahan-lahan, kulit fail itu dibuka. DNA test… DNA test lagi…and again. Eh, berapa kali dia nak buat DNA test ni? Semua kat luar negara. Apa Malaysia tak bagus ke? Malaysia lagi bagus la sebab bersih dan suci. Kat luar negara tu, entah macam mana dia test. Ain menyelak lagi. Gambar aku… Tapi aku pegang baby pulak? Sejak bila aku beranak pula ni?

      "Siapa ni?" Dia menunjukkan gambar seorang perempuan yang memegang bayi perempuan. Kalau tengok cara pakaian, perempuan la kot. Siap scarf ala-ala riben kat atas kepala.

      "Bonda kamu." Tengku Addin menjawab. Mukanya keruh sedikit.

      "Mana dia?" Ain bertanya. Rasa terujanya membuak-buak.

      "Bonda dengan ayahanda kamu dah meninggal sebab kemalangan. Masa tu, ada orang telefon cakap dia nampak kamu kat Perak. Bonda dengan ayahanda kamu terus memandu ke sana. Tak sangka pula kereta yang ayah kamu bawa terlanggar dengan treler." Tengku Addin menanggalkan cermin mata dan meraup mukanya.

      Ain terdiam. Innalillah… Pandangannya jatuh pada gambar itu. Bonda… Dia menyentuh wajah ibunya. Tak sempat bonda nak tengok muka Ain, kan?

      "Dan sebab itu atuk yakin yang kamu ni cucu atuk sebab muka kamu memang betul-betul sama macam dia." Tengku Addin lancar menuturkannya.

      "Sebab tu atuk bawa saya balik?" Tanpa sedar, dia menyebut perkataan atuk itu. Tengku Addin tersenyum. "Maaf, Tengku." Terkial-kial Ain membetulkan kata.

      "Tak apa, panggil atuk tu dengar sedap je."

***

Ain menuruti langkah Mirza yang sudah ke hadapan. Mak aih, lajunya orang tua ni jalan. Tadi dia kenalkan dengan orang gaji di rumah ni. Baru aku tau, berderet-deret orang gaji kat rumah ni. Pak cik B.M ni pun cakap aku je dah tiga orang pembantu. Haila… Tak nak aku dapat pembantu. Leceh!

    "Pak cik B.M!!!" Ain berhenti berjalan. Termengah-mengah dia dibuatnya. Pak cik B.M ni orang ke hulk? Jalan tak penat pun…

     Mirza berhenti berjalan. Dia berpatah balik. "Kenapa ni, Tengku?" Adoi, budak ni… Lemahnya stamina dia.

     "Maaf susahkan pak cik." Dia tersengih.

     "Kan saya dah cakap jangan panggil pak cik." Mirza membetulkan ayat Ain. Karang marah Tengku Addin.

      Apa-apa je la, pak cik oi!

      "Selamat pagi, Tengku." Mirza menunduk hormat kepada Tengku Adam yang tiba-tiba lalu.

      "Selamat pagi, Mirza." Adam mengangguk. "Well, kita ada siapa kat sini?" Sinis dia bertanya sambil memandang wajah Ain.

      Mangkuk punya mamat! Tanya pula. Kau tak nampak aku ke waktu aku baru sampai tadi? Aku nampak je kau dengan adik-beradik kau tu.

      Adam memandang atas-bawah. Dari muka turun ke kaki, dari kaki naik ke muka. Budak kampung!

      "Apa pandang-pandang?" Ain bersuara keras. Tengok aku macam nak telan je. Ei, jangan dia telan aku betul-betul sudah! Aku nak hidup lagi.

      "Ingat aku ni nak sangat tengok kau ke?" Adam membalas sinis. "Budak kampung." Sambungnya lagi.

      Ain mengetap bibir menahan geram. Kalau tak difikir orang yang berada di hadapannya sekarang ialah lelaki, dah lama dia cekik-cekik sampai putus nafas.

      "By the way…" Adam mendekatkan wajahnya ke wajah Ain. Ain ke belakang beberapa langkah. "Kau pasti ke yang kau ni keturunan Tengku? Entah-entah anak orang tepi jalan je." Dia berdiri tegak semula. "Bye." Dia terus berlalu pergi.

      Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Kalau mak bapak aku bukan keturunan Tengku pun, diorang tetap keturunan yang baik-baik. Bukan yang macam kau cakap!

      "Pak cik B.M… Kat sini ada punching bag tak?" Tanya Ain.

      Huh?! 

Posted at Tuesday, October 27, 2009 by zeekay

bulanhijau
October 28, 2009   05:13 AM PDT
 
uuuuuuuuuuuuu~
mnm wain cam mnm coke je.
dasyat2.

org ky mmg annoying ke??
pelik ak dgn org yg cmtu
sue
October 27, 2009   11:02 PM PDT
 
mmg la mendengkelkan la sume yg bergelar tengku kt umah tu...
tzaraz
October 27, 2009   04:46 PM PDT
 
ok..sorry ek..sampai eps5 nie, aku confident yg cite nie sama ngan cite taiwan 'Romantic Princess'...kan..!!?
zatie
October 27, 2009   09:11 AM PDT
 
abeh la si ain nieh..
dok satu rumah dgn orang yg rosak..
ngeeee...
nta2 orang dlam rumah akan BELAJAR MENGENAL disebabkan ain..ekekekee..

sesedap oren je si adam nieh..sekeh kang..
btw,,ade typo..
sepatotnye nme ain..ko ltk nme addin..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry