Ain mengangkat pelan yang berada di tangannya. Dia tersenyum puas.
“Apa pula nak buat bilik solat kat bilik wain tu?” Tengku Addin membantah tidak puas hati. Gila ke apa?
“Ain nak juga. Ain nak atuk robohkan bilik wain tu!” Ain melawan.
“Atuk dah cakap sebelum ni… You’re not Ain, you’re Sabrina.” Tengku Addin mengingatkan asal usul Ain.
Ain menjulingkan mata. Suka hati aku la! “Kalau atuk nak Ain pakai nama Sabrina tu, make sure yang atuk robohkan bilik wain tu dan gantikan dengan bilik solat.” Tak apa la atuk kopak sekali dua nak buat construction ni. Kebaikan untuk setiap insan. Lagipun, kaya kan? “Kalau atuk tak buat, bukan takat nama Sabrina tu Ain tak nak guna, Ain akan balik kampung tinggal dengan mak dan abah!” Ain mengugut.
Tengku Addin merengus kasar. Banyak songeh pula budak ni… “Habis tu, botol-botol wain yang banyak tu nak letak mana?”
Ain tersenyum. Dah setuju la tu. “Dermakan kat orang yang bukan Islam.”
“Derma?” Tengku Addin menelan liur.
“Yes, derma and it’s free.” Ain mengangkat kening sambil tersenyum nakal.
Nasib baik la atuk tak kena heart attack bila aku buat macam tu. Dia menggulungkan pelan yang tadi terbuka.
Kedengaran pintu bilik tidur yang tertidur tadi dirempuh. Ain mula gelabah. Tudung aku! Cepat-cepat dia menyarung tuala di atas kepala apabila menyedari tiada tudung yang berada dekat dengannya. Jari telunjuk dan ibu jari mengepit tuala di bawah dagu.
“Kau nak buat apa dengan bilik wain tu?” Tak ada salam, Hazim terus bertanya sambil mencekak pinggang. Balik je tadi, ingat nak minum sekejap. Sekali kat depan pintu ada sign ‘Dilarang Masuk’. Pintu bilik tu pun terkunci sekali.
“Kau saja nak dajalkan kitorang kan?” Azri yang berada di sebelah Hazim bertanya dengan muka yang garang.
“Tak sedar diri punya budak. Baru masuk sini dah buat macam-macam.” Daniel menyerbu sekali. Pandangannya pelik. Aphal minah ni sarung tuala kat kepala?
Adam hanya berdiam diri. Badannya disandarkan ke dinding dan tangannya menyeluk saku slack. Budak ni… melampau.
Ain pandang wajah ketiga-tiga orang lelaki yang menyerbunya tadi. “Korang ni tak ada etika eh?” Matanya dikecilkan. Ingat bilik aku ni gudang anggur basi tu ke? Boleh main-main serbu je.
Mata Daniel terbuntang. “Apsal pulak?” Main sedap je mulut kau cakap kitorang tak ada etika.
“Korang ingat masuk bilik anak dara orang malam-malam macam ni ada etika ke? Serupa macam beruk.” Ain berkata selamba.
Daniel rasa macam nak angkat tangan tampar budak perempuan di hadapannya. Pertama kali kena penangan macam ni dengan orang perempuan. Selama ni semua jenis perempuan selalu cair dengan dia. Hazim dan Azri di sebelah dah berubah muka. Beruk dipanggilnya kitorang?
“Sekarang dipersilakan keluar.” Ain menunjukkan arah pintu masuk biliknya.
***
Ain bercekak pinggang memandang bilik wain yang dah diubah menjadi bilik solat. Dia tersenyum gembira. Pertama kali dia melihat bilik solat sebesar ni. Kat sekolah punya surau pun tak sebesar ni. Dah la kemudahan pun bagus. Bilik solat yang ada air-cond, rak Al-Quran yang berukiran indah, tempat ambil wudhu’ pun pakai sensor je. Letak tangan kat bawah tu, keluar air. Lepas tu, almari besar untuk menempatkan pakain solat.
“Puas hati Sabrina?” Tengku Addin tiba-tiba muncul di sebelah Ain. Dia tergamam melihat bilik solat yang amat cantik dan tersusun.
Ain mengangguk pantas. Sejak hari gaduh dengan atuk pasal bilik ni, jadual tutorial hari tu akan digantikan dengan jadual lain atas permintaan dia sendiri, kena pakai nama Sabrina, dah tak boleh pakai nama Ain, dan dapat bilik solat. Wah, gembiranya!
“Nanti kita solat sama-sama ye, atuk.” Dia cuba memancing atuknya dengan pernyataan itu.
“Hmm… Tengok dulu la.” Tengku Addin hanya menjawab nak tak nak dan selepas itu Ain terus senyap.
***
Adam duduk termenung di dapur. Sejak tempat lepak tu under construction, ni je la kerja dia bila pembantu rumah dah tak jejak dapur. Dan minuman utamanya di rumah besar sekarang ini hanyalah air kosong bukan wain merah seperti biasa. Macam mana nak minum kalau semua wain tu dah didermakan kat orang lain?
Teringat balik masa kat bilik Tengku Sabrina. First time dia jumpa perempuan yang tak cair dengan mana-mana adik beradiknya. Biasanya, memang diorang ni romeo tak cukup tanah. Ke hulu hilir bawa perempuan di kolej. Sekarang baru dah bertemu buku dengan ruas. Aku? Sampai sekarang happy je sorang. Entah kenapa tak berani nak dekat dengan perempuan zaman sekarang. Semuanya materialistik. Asal nampak orang kaya, orang tu juga la yang akan disambar. Macam Hazim, Azri dan Daniel tu memang padanlah buaya masuk sangkar. Sangkar yang orang perempuan cipta untuk lelaki kaya.
Dia menggeleng sendiri. Perumpamaan apalah buaya masuk sangkar tu?
Hari tu masa first time jumpa Tengku Sabrina…
“Apa pandang-pandang?”
Dan first time juga la aku jumpa perempuan yang akan marah bila kita tengok dia lama-lama. Selama ni, kalau perempuan lain akan tersipu-sipu malu lepas tu akan tanya pendapat orang lelaki pasal penampilan dia. Haila… Orang lelaki mana la reti. Cakap okey je la. Sekadar nak ambil hati.
Tengku Sabrina… She’s special?
Apa aku melalut ni? Ni mesti badan terlebih air sampai nerve kat badan tak dapat bertindakbalas dengan otak.