zihkir@yahoo.com
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, November 06, 2009
Belajar Mengenal [9]

Langkah diatur perlahan menuruni tangga. Keinginan untuk melangkah lebih laju terbatas hanya kerana kasut tumit tinggi yang dipakai.

   Pasal ni la aku tak nak pakai kasut macam ni. Mana la aku reti. Kalau mak kat kampung tahu hari ni aku pakai benda ni, sungguh aku cakap dia akan terkejut tahap andromeda. Mana ada dalam sejarah aku pernah pakai kasut tumit tinggi. Kira hari ni aku mencipta sejarah yang paling terulung sekali. Kalau la Syaza tahu, mati aku kena gelak dengan dia sampai putus urat.

   Ramainya orang… Matanya melilau mencari Tengku Addin. Hmm…, tengah borak dengan partner business la tu. Malas aku nak join.

  Ain menyusup di celah-celah orang ramai. Kat bahagian orang perempuan je. Hampir terjojol keluar biji mata tengok sana sini orang pakai baju yang tak cukup kain. Ye la sangat orang pakai evening dress, ni dah macam bikini pula aku tengok. Memang aku tak faham kenapa harga dress macam ni mahal-mahal padahal bukannya guna banyak kain pun. Eh, ada orang pakai baju kurung juga la. Ni yang boleh buat kroni ni.

   Ain berjalan laju mendekati seorang perempuan yang memakai baju kurung berwarna peach. Lepak budak tu duduk minum air sorang-sorang.

   “Assalamualaikum.” Dengan muka selambanya, dia memberi salam kepada budak perempuan itu.

   “Waalaikumsalam.” Dia meletakkan gelasnya di atas meja. Terkejut juga bila ada orang yang tak kenal tegur kita secara tiba-tiba.

   “Saya Ain. Awak?” Ain menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dia menayangkan sengihannya. Tak apa la pakai nama Ain ni. Bukannya orang tahu. Karang pakai nama Tengku Sabrina, terlebih-lebih pula orang lain.

   “Isabella.” Jawabnya sepatah. Dia menyambut huluran tangan Ain kemudian dilepaskannya perlahan.

Isabella adalah
kisah cinta dua dunia 
mengapa kita berjumpa,
namun akhirnya terpisah

    Boleh pula ternyanyi kat dalam hati. Betul ke nama budak ni Isabella. Kut telinga aku termasuk air waktu mandi tadi. “Pardon?” Eceh Ain, speaking pula.

    Isabella buat muka malas. Ni mesti dah nyanyi lagu Isabella budak ni. “Isabella. Just call me Bella.”

    “Eh, Bella Twilight ke?” Terpacul soalan itu dari bibir Ain. Apa kau ni Ain? Ada nampak muka budak ni macam Kristen Stewart ke? Iras-iras pun tak ada.

    Bella tersenyum. Ada pulak budak ni cakap macam tu. Dia menggeleng laju. “Raja Isabella.” Dia menyebut nama penuhnya. “Awak staff Tengku Addin ke?”

    Ain menelan liur. Nak cakap apa ye? Takkan nak cakap ‘oh saya cucu Tengku Addin’. Nampak sangat macam poyo je. “A’ah.” Ain mengangguk perlahan.

    “Hey, boleh tak ambilkan air untuk I?” Suara yang entah dari mana menyergah dari belakang mencecah deria pendengarannya. Ain memusingkan badannya ke belakang.

    “Apa dia, cik?” Muka aku ni ada macam mak Indon ke nak suruh aku ambil untuk dia pula?

    “Kau ni pekak ke? Kan aku suruh kau ambil air untuk aku!” Suara perempuan itu meninggi.

    “Kak, pergi la ambil sendiri. Takkan kaki dah tak ada kut sampai tak boleh nak berjalan pergi ambil air sendiri.” Bella yang tadi memerhati terasa sakit hati dengan kelakuan kakaknya.

    Ain berpaling memandang Bella dengan mata yang membulat. Mak oi, biar benar ni kakak kau, Bella. Kontra sungguh. Sorang pakai baju kurung datang sini, sorang lagi pakai baju tak cukup kain. Dah la sendat, pendek pula tu. Tambah-tambah, macam jadi spot light je kat sini. Merah terang semacam.

    “Kau diam!” Muka perempuan itu merah padam. Mungkin malu kerana disindir oleh adiknya. “Kau pula, sekarang pergi ambil air untuk aku. Tekak aku dah kering ni!”

    “Kak, dia bukan orang gaji kat sini. Dia staf syarikat Tengku Addin.” Bella cuba mempertahankan Ain.

    “Staf syarikat tu bukan macam orang gaji juga ke?” Dia tersenyum sinis. Matanya memandang wajah Ain yang tidak tercalit sebarang mekap pun. Macam perempuan kampung! “Lagipun, aku kan bakal menjadi salah seorang penghuni rumah ni. Maksudnya semua orang kena practice dengar arahan aku.”

     Ain mencebik. Eleh, kahwin la dengan mana-mana budak malaun empat ekor tu. Aku tak hairan pun. Yang ketua kat rumah banglo ni Tengku Addin, bukannya budak empat ekor yang tak cukup akal tu.

     “Sekarang saya nak memperkenalkan cucu saya, Tengku Sabrina!” Suara Tengku Addin dari atas pentas mengejutkan Ain. Mati la aku! Tiba-tiba terasa ada spot light kat atas kepala aku. Adoi, aku dah agak atuk buat macam ni. Kalau mata dia tak dapat cari aku, mesti suruh anak buah dia cari aku pakai spot light. Tak ada idea lain ke?

     Bella tekejut. Dia menarik lengan Ain. “Awak Tengku Sabrina? Cucu Tengku Addin?” Dia meminta kepastian. Mana tahu kalau lampu kat atas kepala ni silap orang.

     Ain mengangguk lambat-lambat. “Saya minta maaf.” Terpancar riak bersalah di wajah Ain.

    “Eh, tak apa.” Bella tersenyum. First time aku jumpa orang yang tak nak mengaku waris orang kaya.

    “Sabrina, naik atas pentas ni.” Tengku Addin memanggil dari atas pentas. Tangannya memegang mikrofon.

    “Saya minta maaf sekali lagi.” Ain menunduk sedikit. Pegangan Bella di lengan dileraikan. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pentas.

    Bella tersenyum senang. Dia mengalih pandang memandang kakaknya, Insyirah di sebelah. “Dia cucu Tengku Addin. Bakal pemilik rumah banglo ni. Remember that.” Kakinya terus melangkah meninggalkan Insyirah di belakang.

***

Tengku Addin memeluk bahu Ain. “Ini la cucu saya yang selama ni hilang tanpa jejak, Tengku Sabrina.”

   Ain melemparkan senyuman tidak ikhlas. Tangan Tengku Addin yang memeluk bahunya terasa mahu ditepis. Mana pernah lelaki pegang aku. Abah tak pernah buat macam ni pun. Tak apa la Ain, ni muhrim kau. Dia menyabarkan hatinya.

   “Saya ada lagi satu pengumuman yang nak dibuat.” Tengku Addin tersenyum.

   Ain buat muka bosan. Apa lagi atuk ni? Dia menoleh memandang Tengku Addin di sebelah. Dekat sangat ni… Kepalanya kembali dipalingkan ke hadapan.

   “Saya umumkan yang Tengku Sabrina bakal berkahwin dengan Tengku Adam!”

   Hah?! Atuk melalut apa ni? Aku baru 18 tahun dah disuruh kahwin.

  “Saya mempersilakan wakil Tengku Adam untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari Tengku Sabrina.” Sambung Tengku Addin.

   Tell me that it’s just a nightmare!

Posted at Friday, November 06, 2009 by zeekay

bulanhijau
November 10, 2009   04:00 AM PST
 
waaaaaaaaaaaaaaa....
ain kne tunang dgn adam??
zatie
November 7, 2009   06:33 AM PST
 
whoaaaa..
unexpectable..
haha..
oouu..pasnieh mesty adam bru belajar mengenal kan..
hehee..
angel@september
November 7, 2009   04:51 AM PST
 
waa.....adam ngan ain? menarik..hehe
sambung lagi...=)
syah
November 6, 2009   08:11 AM PST
 
n3 nih mmg besh r..
xsesia ak tgu+terjah msuk cni ari2..haha..
zihkir
November 6, 2009   07:24 AM PST
 
hah..
ni panjang pe..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry