Adam hanya memerhati dengan riak wajah yang tenang. Dia memandang ke arah pentas di mana wakil yang dicipta sendiri oleh Tengku Addin menyarungkan cincin ke jari Ain.
"Aku dah jumpa Tengku Sabrina." Tengku Addin melemparkan fail ke atas meja yang berhadapan dengan Adam.
Adam mencapai fail itu dan terus dibuka. Ada gambar Tengku Sabrina. Banyak. "Congrats, Tengku." Adam menutup fail tersebut dan diletakkan di atas meja.
Tengku Addin bangun dari duduk. Tangan disilangkan ke belakang. "Aku nak kau setuju satu benda dengan aku. Kau tahu kan selama ni aku yang tanggung kamu semua adik-beradik dari kecil lagi?"
Adam mengerutkan dahi. Ni macam dah masuk kes mengugut pula. "Setuju apanya?"
"Aku nak kau berkahwin dengan Tengku Sabrina sebab aku rasa kau sorang je yang layak jadi pewaris syarikat aku." Tengku Addin memandang serius wajah Adam.
Satu tepukan hinggap di atas bahunya. Dia berpaling ke sebelah. "Wei, bro. Tak bagi tahu aku pun kau nak kahwin?" Daniel tersenyum sinis. Hazim dan Azri juga memberikan reaksi yang sama.
Adam mengangkat bahu. Mulutnya tidak mengeluarkan sebarang suara. Pandangan kembali ditala ke hadapan. Ke arah pentas. Sekarang ni kena fikir macam mana nak putuskan pertunangan ni.
"Adam, come here." Tengku Addin memanggil dari atas pentas. Adam terus berjalan meninggalkan Daniel, Hazim dan Azri.
***
Semua tetamu mula beransur pulang. Terdengar juga bisikan sumbang yang mengatakan majlis kali ni low-class sebab tiada wain seperti yang selalu disediakan di majlis Tengku Addin. Hello… orang sediakan air pun dah kira okey. Kalau tak, dah mati kering kat sini sebab dehydration.
Ain bersalam dengan tetamu-tetamu yang mula menapak keluar. Suara-suara yang mengucap tahniah hanya dibalas dengan terima kasih dan senyuman di bibir.
"Tahniah." Ucap Bella sambil bersalam dengan Ain.
Ain tersenyum nipis. Dah naik kebas pipi aku sebab senyum je. Heh, macam badut je aku hari ni. "Terima kasih. Datang la lagi kat sini. Saya selalu ada." Ain ketawa kecil.
"I will." Bella memeluk Ain sebelum dia melangkah keluar.
Ain memandang ke arah tetamu lelaki yang dah menonong keluar. Tadi ada juga yang hulurkan tangan untuk bersalam. Ingat aku ni nak sambut tangan tu ke? Tak kisah kalau diorang nak cakap aku sombong ke, kepala dah tak cukup wayar ke, janji aku tahu apa yang halal dan haram.
Kakinya mula melangkah laju meninggalkan ruang lobi. Nak jumpa atuk dan selesaikan hal ni sekarang juga. Apa dia ingat aku ni dah besar sangat ke nak disuruh kahwin? Baru je jejak 18 tahun kalau ikut tarikh hari lahir Tengku Sabrina. Ish, serabut aku!
"Atuk!" Ain menolak pintu bilik tidur Tengku Addin dengan kuat. Fuh, nasib baik tak kunci. Dia berjalan laju mendekati Tengku Addin yang sedang membutangkan baju tidurnya. "Ain… er Sabrina nak putuskan pertunangan ni!" Meremang bulu roma aku pakai nama Sabrina. Sikit punya girlish nama tu. Burr!!!
"Tak boleh." Tengku Addin membutangkan butang baju yang terakhir. Mukanya beriak selamba.
Telinga dah terasa keluar asap. "Atuk, Sabrina tak nak kurang ajar dengan atuk. Atuk tak tahu apa akan jadi kalau atuk cakap macam tu."
Tengku Addin berpaling memandang wajah cucunya. "Sabrina dah patut tahu saat kaki Sabrina tu jejak kat sini, setiap keputusan yang atuk buat, tak ada sesiapa boleh bantah."
"Bukan Sabrina yang nak terhegeh-hegeh ke sini. Atuk yang suruh! Atuk yang paksa!"Ain meninggikan suaranya.
"Sabrina, get out." Perlahan suara Tengku Addin menuturkannya. "Now!" Suaranya naik oktaf apabila Ain masih tercegat di situ.
Ain terus berjalan keluar dari bilik itu dengan hati yang terasa nak menangis. Perlahan-lahan air mata mengalir di pipinya tapi diseka pantas. Sampai hati atuk buat macam ni kat Ain.
"Ala you. Tak ada orang nampak la apa kita buat. I teman you dalam bilik ye."
Ain berhenti melangkah. Macam kenal suara ni…
"Tak boleh la. Nanti Tengku Sabrina nampak, habis la I." Azri bersuara memujuk.
Mata Ain menangkap kelibat Azri dan Insyirah yang berpelukan. Ni yang aku hangin ni. Dalam rumah ni orang boleh buat maksiat. Depan aku pula tu. Siap la korang. Alang-alang aku dah berasap dengan atuk, biar aku lepaskan asap tu kat korang.
"You ni pengecut la. Takut dengan perempuan. Dia bukannya boleh buat apa-apa pun." Insyirah masih cuba menggoda.
"Woi, apa korang buat ni?" Ain terus menyergah. Heh, maaf la tak ada salam ye sebab aku tak yakin korang dua ni boleh jawab salam aku.
Azri pantas meleraikan pelukannya di pinggang Insyirah. Kan aku dah agak minah ni mesti nampak.
"Hei, yang kau sibuk ni aphal pulak? Suka hati la apa kitorang nak buat. Kan sayang?" Insyirah mengusap pipi Azri dengan lembut.
Lagi berasap Ain dibuatnya. "Kau keluar dari rumah ni sekarang juga."
Muka Insyirah bertukar menjadi merah padam. "Kau jangan ingat yang kau ni cucu Tengku Addin, kau boleh buat apa-apa je."
"Azri…" Ain memandang wajah Azri dengan pandangan yang tajam. "Tarik minah ni keluar or unless I'm gonna kick you out from this house. Do it now!" Dia bersuara seperti memberi amaran. Kemudian matanya memandang wajah Insyirah. "By the way, you look really great with your red evening dress." Ucapnya berserta senyuman yang sengaja dimaniskan.
"Ah, tell me something that I don't know." Insyirah mula bangga diri. Dia memandang atas-bawah penampilan Ain yang hanya memakai baju kurung dengan kening yang terangkat. Nampak sangat menyindir.
"But at the same time, you totally look like a BITCH." Dia memandang Azri kemudian jam di pergelangan tangannya. "Hantar dia balik sekarang. By 12:30, awak kena ada kat sini. Go!"
Azri menarik Insyirah yang dah mula nak bergaduh dengan Ain. Dan Ain hanya tersenyum puas.
Habis satu kerja aku.
***
Ain menolak flip telefon bimbitnya sebelum ditekup ke telinga. Telefon bimbit ni atuk kasi bulan lepas sebab dia baru perasan yang aku tak ada telefon. Sekali bagi yang mahal punya pula.
"Assalamualaikum." Dia memberikan salam kepada pemanggil.
"Waalaikumsalam." Syaza menjawab laju. " Aku nak tanya ni. Kau pernah tak sign up for matrikulasi?"
Berkerut dahi Ain cuba mengingat. "Ada. Kenapa?"
"Tadi Mak Andak call aku. Dia cakap kau dapat Perlis punya."
"Eh ye ke? Alhamdulillah." Ain mengucap syukur. Nak balik kampung jumpa mak!
"Lagi satu, aku nak balik kampung boleh tak? Dah lama tak jumpa mak aku. Lagi pun aku selalu duduk hotel ni. Macam bazirkan duit atuk kau je." Ujar Syaza.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Tepat je kau cakap ye, Syaza. "Aku nak ikut sekali la macam tu."
"Atuk kau bagi?"
Ain senyap. Sejak dari hari gaduh dengan atuk hari tu, memang dah tak bertegur sapa. Cincin tunang pun dah masuk kotak dia balik. "Tengok la dulu. Nanti aku tanya dia. Wei, aku ada kerja ni. Bye, Assalamualaikum." Telefon bimbit terus dimatikan.