zihkir@yahoo.com
   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, June 16, 2009
[1]

Angin sore yang bertiup perlahan lembut menyapa wajahnya.Rambutnya yang sedikit panjang hampir mencecah bahu juga bergerak kerana ditiup angin.Dia memandang ke hadapan.Memandang ke arah matahari yang hampir terbenam di laut sana.Sekumpulan burung yang terbang pulang juga dipandang.

       Dania melepaskan nafas berat.Keputusan yang dibuat oleh mama dengan papa tanpa pengetahuannya amat mengejutkan.Dia masih belum mahu terikat dengan apa-apa komitmen terutamanya perkahwinan!Bukankah melecehkan bila sudah berkeluarga?Lagipun,dia masih belum puas hidup bebas.Hasilnya dia membawa diri ke Port Dickson ini apabila mendengar keputusan papanya.

       "Minggu lepas ada rombongan meminang datang."Hajah Azalinah yang ketika itu sedang menatang dulang baru keluar dari dapur.Dulang itu diletakkan di atas meja.

       "Siapa punya?Abang ke?"Dia yang ketika itu sedang menonton televisyen tidak dapat mencerna perkataan yang dikeluarkan oleh mamanya ke otak.Balang kerepek di atas meja dicapai sebelum dibuka penutupnya.Kerepek dikunyah ke dalam mulut.

       Hajah Azalinah duduk di sebelahnya.Dia menampar lembut paha anak perempuannya. "Apa ke benda rombongan meminang untuk anak lelaki?Untuk kamulah."

      Kerepek yang belum habis dikunyah tersembur keluar.Dania mengurut-urut dadanya perlahan. "Air,air."Pintanya dalam terbatuk-batuk.Hajah Azalinah menghulurkan air mineral kepada Dania.Belakang Dania ditepuk-tepuk.

      Dania minum air mineral itu dengan rakus.Sesudah merasakan perit di tekak hilang,dia menoleh ke arah mama di sebelahnya. "Untuk Nia?"Tanya Dania terkejut.

      Dania menoleh memandang Haji Ramli yang sedang membaca surat khabar di hadapannya. "Papa,betul ke apa yang mama cakap?"Tanya Dania meminta kepastian.Kali ni dia hanya merasakan bumi akan terbalik jika papanya menjawab ya.

      Haji Ramli menurunkan akhbar NST lalu menutupnya.NST itu dilipat sebelum dicampak ke sofa tepi.Air teh di atas meja dicapai lalu dihirup.Dia membetulkan duduk.Dania menunggu dengan sabar.

       "A'ah.Rombongan meminang dari keluarga Hafiz anak Uncle Hamzah."Haji Ramli meletakkan cawan ke atas meja.

       "Papa cakap apa dengan diorang?"Tanya Dania.Harap-haraplah papa tak cakap apa-apa lagi dengan diorang.Dania menunggu dengan perasaan yang berdebar-debar.

       "I say yes to them."Jawab Haji Ramli selamba.

       "Allah…"Hanya itu yang terpacul dari bibir Dania.Dia tersandar ke sofa.Terasa bumi sedang diserang tsunami,gempa bumi,angin taufan dan pelbagai lagi bencana yang tidak pernah sampai ke Malaysia lagi.

       "Are you okay,dear?"Tanya Hajah Azalinah di sebelah.Wajah suaminya dipandang.Haji Ramli hanya mengangkat bahu sebelum mencapai NST semula.

       Of course I'm not okay!,bentak Dania di dalam hatinya.

       "Papa kenal baik dengan keluarga Uncle Hamzah tu lama dah.Kebetulan dulu Hafiz satu sekolah dengan Nia kan?Budaknya baik.Apa yang nak dirisaukan?"Kata Haji Ramli.

       Dania menelan liur.Baik kemendenye?Macam orang tak ada perasaan je kat sekolah tu dulu.Naik ngeri aku tengok mamat tu.Ni lagi la kalau dia jadi laki aku.Tiap-tiap hari aku tengok muka dia.Ishhh!!!

       "Tapi,pa.I'm not ready yet."Dania melepaskan ketidak puasan hatinya.Hari ni jugak kena selesaikan benda ni.

       "Semua benda nanti papa dengan mama yang sediakan."Ujar Haji Ramli selamba.Masih merenung NST di tangan.

       A..dus!Lain yang aku cakap,lain pulak papa ni dengar.Mahu sahaja Dania tersujud di karpet di kakinya. "I mean…Nia still belum ready nak jadi wife sesiapa pun."Tuturnya perlahan.Teragak-agak mahu menyampaikannya.Eh,Dania.Tadi bukan ke kau berani nak selesaikan benda ni hari ni jugak?

      Haji Ramli mengangkat wajah dari akhbar di tangannya.Hajah Azalinah yang sejak dari tadi diam memandang wajah Dania di sebelahnya.

     "Jangan malukan kitorang,Nia.Papa dah cakap setuju dengan diorang."Balas Haji Ramli.Hajah Azalinah mengangguk-angguk bersetuju.

     Tak apa.Tak apa.Ada lagi tiga bulan.Aku akan gunakan masa tiga bulan ni untuk buat macam-macam.Hancurkan majlis!Haha.Dania sengih jahat.Nia,caiyok! Otaknya mula ligat memikirkan cara untuk melakukannya.

 

Posted at Tuesday, June 16, 2009 by zeekay

zatie
June 16, 2009   03:51 AM PDT
 
wahaaaaa..
cite bru..cm besh..
smbung2...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry