Your Ad Here


zihkir@yahoo.com
   

<< October 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah


Cerpen : Missing Piece

|Part 1| |Part 2|



Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end| the end=)|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Berubah

"Orang bercinta pun tak adalah angau teruk macam ni."

"Sebab dia bukan orang biasa macam kau fikir."

Part 1

|Intro| 1| 2| 3|


Silence Pain

'Luka yang disimpan lebih sakit daripada yang dihebahkan'

|1| 2| 3| 4| end|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, October 28, 2010
Silence Pain 1

Aku mengesat kasar pipi yang basah dengan tangan. Tangan sebelah lagi mengawal stereng. Jiwaku terasa seperti sudah hilang apabila mendengar berita yang mengejut tadi. Kenapa jadi macam ni? Seperti boleh terbayang lagi wajah doktor berambut perang itu, seperti terngiang-ngiang lagi sepatah-sepatah ayat doktor itu tadi.

“Cik disahkan menghidap kanser otak.” Dr. Ivan menerangkan dengan wajah simpati.

“Apa?!” Suara aku sedikit meninggi membalas kata-kata Dr. Ivan. Terkejut dengan berita yang baru disampaikan.

Dr. Ivan mengangguk. “Kanser ini disahkan sudah ke peringkat terakhir. Cik Iman tak pernah buat pemeriksaan sebelum ini?”

Aku menggeleng lemah. “Tapi macam mana saya boleh kena? Saya terlalu muda untuk mati.”

Dr. Ivan tersenyum tawar cuba menenangkan Iman yang sudah seperti tak tentu hala. Dia faham dengan keadaan pesakitnya. Selama dua puluh tahun bertugas sebagai doktor, dia sudah biasa dengan mana-mana reaksi yang akan diberikan jika memberitahu berita mengejut seperti ini. Cuma yang bezanya kali ini, tiada tangisan dari pesakitnya ini.

“Mungkin Cik Iman pernah terhantuk kuat pada mana-mana tempat dan tidak mendapatkan rawatan. Perkara ini boleh menyebabkan tumor tumbuh di otak Cik Iman jika tidak dirawat segera.”

Aku terdiam lama.

“Mengikut perkiraan, Cik Iman cuma tinggal enam bulan untuk bertahan.”

“Masya-Allah.” Aku sudah tersandar pada kerusi yang aku duduk.

Aku memberhentikan kereta di hadapan rumahnya. Enjin dimatikan. Aku menangis semahu-mahunya. Tadi di hospital aku tidak menangis sebab aku tidak biasa menangis di depan orang. Tapi kali ni aku seorang. Betul-betul seorang.

Mak…

Abah…

***

“Kamu ni tak habis-habis susahkan abah.” Abah memegang rotan di tangannya. Sekali lagi libasan itu terkena pada badan aku.

Aku mengetap bibir menahan kesakitan. Pandangan dilemparkan ke arah mak yang duduk memerhati.

“Dahlah belajar tak pandai. Badan pun besar macam anak gajah. Tahu nak habiskan beras je. Kamu ni memang betul-betul menyusahkan abah.” Pap! Rotan itu dilibas ke kakiku yang hanya memakai seluar paras lutut.

Aku menangis. Betul ke Iman menyusahkan abah? Keputusan SPM yang aku baru dapat pagi tadi terbayang di mata. Keputusannya tidak begitu baik. Kalau nak masuk IPTA, tak lepas gamaknya. Abah bila balik dari tempat kerja terus cari rotan nak pukul aku.

Iman ni memang suka susahkan abah ke?

Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan. Di tanganku gambar keluarga yang diambil pada tahun 1994. Masa tu umur aku lebih kurang 11 tahun. Aku anak second last. Satu-satunya anak tunggal perempuan. Abang-abang dan adik aku semuanya lelaki.

Masa abah cakap aku ni suka menyusahkan orang, aku nekad ambil STPM. Dua tahun aku struggle untuk dapatkan yang terbaik dalam STPM. Dan Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang cemerlang. Bila dapat tawaran belajar pengurusan perniagaan di London, aku tak lepaskan peluang. Dan sejak aku menjejakkan kaki di Tanah London, dari situlah bermulanya kehidupan baru. Kehidupan tanpa bantuan sesiapa.

Alamat emel ditukar, nombor telefon langsung tidak diberitahu pada keluarga di Malaysia, sehelai surat langsung tidak dilayangkan kepada mereka dan aku sempat berpesan kepada pihak yang menghantar aku ke Tanah London agar merahsiakan segala-galanya. Selepas habis belajar, terus aku bekerja di sini.

Aku tak nak susahkan abah. Aku tahu yang ada anak perempuan ni menyusahkan. Biarlah aku hidup sendiri. Tak ada sesiapa susah kalau apa-apa jadi kat aku. Tapi sekarang, berita yang baru didengari tadi seolah-olah menarik-narik aku untuk pulang ke Malaysia.

Perlu ke aku pulang ke Malaysia?

Posted at Thursday, October 28, 2010 by zeekay

azhiey
February 16, 2011   06:27 PM PST
 
tertarik ngn tajuk nya...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry