zihkir@yahoo.com
   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, June 16, 2009
Syukur [2]

"Hari tu ibu pergi pinang Dania anak Haji Ramli untuk kamu."Ujar Puan Hafizah yang hampir membuatkannya terguling jatuh dari kerusi.

     "Ibu pergi pinang Dania anak Haji Ramli tu?"Tutur Hafiz satu-satu.Dia masih lagi terkejut dengan kenyataan ibunya tadi.Dania Haji Ramli?Apa kemende pinang budak tu pulak?

     Puan Hafizah mengangguk. "Dan diorang dah setuju.Lagi lima bulan kamu nikah,tak payah tunang."Sambung Puan Hafizah lagi.

      Huh?Setuju pulak budak tu?And apsal aku dengar plan ni macam masak kacang goreng?Macam senang je ibu plan semua ni?Nikah terus?Tak payah tunang?

    "Bukan ke bertunang tu nak bagi keluarga kedua-dua pihak kenal antara satu sama lain?"Tanya Hafiz.Redah je la pakai ayat skema ke apa.Gelas di tangan dipusing-pusingkan.

    "Bukan kamu dah kenal Dania tu sejak high school lagi ke?Nak kenal apa lagi?Lagipun ibu dengan ayah dah kenal sangat Haji Ramli dengan isteri dia tu."Puan Hafizah berhenti sejenak sebelum menyambung. "So,okey ke tak ni?"

     "On."Tanpa sedar Hafiz menuturkannya terus.Tangan menunjukkan sign okey.Puan Hafizah terus menyungging senyuman lega.

***

"Assalamualaikum."Dania memberi salam selepas membuka pintu utama rumahnya dengan kunci pendua.Kepalanya ditinjaukan mencari isi rumah.Mana papa dengan mama ni?Lesap bawa dek angin ke?

      "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."Kali ini Dania sengaja memberi salam dengan penuh.Suaranya dilaungkan.Beg pakaian diangkat masuk sebelum menutup pintu.

      "Waalaikumsalam!"Salamnya dijawab dengan sergahan berserta satu tepukan kuat di bahunya dari belakang.Spontan sahaja Dania menyiku kuat orang yang berada di belakangnya kerana terkejut.

      "Aduh!"Dania pantas berpusing ke belakang melihat siapa yang mengejutkannya tadi.Dia tersenyum sambil mengangkat kening.Padan muka! Lain kali buatlah lagi.Boleh dapat flying kick pulak nanti.

     "Padan muka.Lain kali buat lagi!"Dania menarik tangan Damian lalu dikucup sebelum mengangkat beg pakaiannya menuju ke tingkat atas. Damian masih memegang perutnya.Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.Kakinya mengekori langkah Dania ke tingkat atas.

     "Kuatnya Nia siku!Macam nak terkeluar dah isi perut abang."Rungut Damian.Sampai di tingkat atas,Dania masuk ke dalam biliknya menukar baju terlebih dahulu.

       Damian melabuhkan punggung di atas sofa di ruang menonton keluarga.Rambutnya ditolak ke belakang dan mukanya diraup dengan tangan kirinya.

       "Lain kali abang buat macam tu,Nia bagi flying kick je."Dania sudah keluar dari biliknya.Rambutnya yang belum mencecah bahu diikat dua seperti telinga arnab.Dia berpakaian ringkas.Baju lengan pendek yang berwarna hijau dipadankan dengan seluar paras lutut berwarna merah jambu.

       Dania duduk di sebelah Damian.Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur. "Buruklah sengih macam tu !"Damian menolak muka adiknya.Dania pantas memukul peha abangnya dengan kuat.Ternyata tidak sia-sia tangannya memukul kuat kerana Damian mengaduh kesakitan.Selama ni,apabila dia memukul Damian tiada reaksi ditunjukkan oleh abangnya.

     Mereka berdua ketawa sebelum kedua-duanya senyap menonton televisyen.Dania mencapai alat kawalan jauh menukar siaran.Dia membuka channel Cartoon Network.Tom dan Jerry sedang bermain kejar-kejar di kaca televisyen.

     "Nia,abang nak tanya sikit boleh tak?"Damian mengalih cara duduk.Kini wajahnya mengadap badan Dania.Kepalanya ditongkatkan dengan tangan.

     Dania mengangguk perlahan.Mata tidak berganjak dari televisyen.Tom dan Jerry masih tidak berhenti berkejaran.Tom,Tom.Sibuknya je kau nak tangkap Jerry tu.Biar je la dia duduk aman sikit.

     "Mama cakap hari tu ada rombongan meminang dari keluarga Hafiz.Betul ke?"Tanya Damian.Dia memandang wajah Dania dengan tepat.Tiada sebarang reaksi di wajah itu.

     "Entah."Jawab Dania.Dia malas hendak memikirkan perkara itu pada saat ini.Yang dia hanya mahu memikirkannya hanyalah rancangan untuk membatalkan majlis perkahwinannya.Aih,sebut majlis pun aku dah seram.Lagilah kalau betul-betul,gumam Dania sendirian.

      "Abang."Dania menarik kakinya ke atas kerusi.Kini dia mengalih cara duduk seperti Damian tadi.

      "Ada tak cara nak batalkan majlis tu?"Dania bertanya selamba.Hampir tersembul mata Damian mendengar pertanyaan adiknya yang amat selamba itu.

      "Nia demam ke ni?"Damian meletakkan tangannya di dahi Dania.Adiknya itu menepisnya dengan lembut.

       "Abang,Nia tanya betul-betul ni."Suara Dania bergetar seperti orang yang ingin marah.Dia membuat muka memandang Damian. "Cakap je la tak tahu."omelnya sendirian.Tubuh terus dipusingkan menghadap televisyen.

       "Nia jangan nak buat kerja gila."Ujar Damian perlahan sebelum kembali menghadap ke televisyen yang masih menyiarkan Tom and Jerry.

Posted at Tuesday, June 16, 2009 by zeekay

luna
December 3, 2009   08:31 PM PST
 
knp cm cite addin n benz aliff ..aish...tp layan jela.
zatie
June 16, 2009   06:42 AM PDT
 
waahh..
besh2..
biala dorang kawen..
dorang cm ade smething memories je at skola..hehe..smbung2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry