“Nia.”Laung Hajah Azalinah dari tingkat bawah.Dania baru sahaja selesai solat Zohor apabila mendengar laungan ibunya.Cepat-cepat dia menanggalkan telekung dan melipatnya ala kadar sebelum dicampak ke atas katil.Sejadah yang digunakan tadi juga dilipat dan dicampak bersama telekung yang sudah terbongkang di atas katil.Dia membetul-betulkan rambut dan baju sebelum memusingkan tombol pintu.
“Nia.”Panggil Hajah Azalinah sekali lagi.Manalah budak ni sorang?Tak menjawab pulak dia.Dia memberikan senyuman sekilas kepada tetamu yang berada di hadapannya.
“Kejap,mama.Nia turun ni.”Ujar Dania.Dia berlari perlahan.Di anak tangga yang terakhir,dia melompat.Dania memalingkan wajah ke ruang tamu.Ada dua orang tetamu yang berada di situ berhadapan dengan mamanya.Fuh,nasib baik aku tak buat aksi Superman tadi.Kalau tak,buat malu je.
“Mari sini,Dania.Mama nak kenalkan tetamu ni.”Hajah Azalinah menggamit anak perempuannya ke ruang tamu.
Dania hanya menurut sahaja.Dia memberikan senyuman kepada tetamu mamanya sebelum duduk.Keningnya terangkat bertanya kepada Hajah Azalinah.
“Kenalkan.Ini Maziah,wedding planner Nia.Maziah,kenalkan Dania.Bakal pengantin baru.”Tutur Hajah Azalinah dengan lembut.
Wedding planner?!Awat cepat sangat ma?Gulp.Dania menelan air liurnya dengan memberikan senyum terpaksa kepada Maziah.Mereka berdua bersalaman.
“Kak Yah tak nak kenalkan Nana ke?”Gadis di sebelahnya menyampuk.Dania memandangnya dengan senyuman terpaksa juga.Gadis itu turut memberikan senyuman.
“Nia,kenalkan ni Nana.Dia ni terlebih peramah.Kalau ada apa-apa soalan pedas yang dia tanya.Jawablah sendiri ye.Kak Yah tak dapat nak tolong.”Maziah ketawa perlahan disambut dengan tawa Hajah Azalinah.
Gadis yang dikenali dengan nama Nana itu menepuk bahu Maziah dengan perlahan.Dia tersenyum malu. “Apalah Kak Yah ni.Buat malu je.”Dia memberikan senyuman ikhlas kepada Dania.
Dania hanya membalasnya meskipun hambar. “Mama,kenapa cepat sangat panggil wedding planner ni?Tak boleh tunggu lagi satu ke,dua bulan lagi?”Dania separuh berbisik ke telinga mamanya.Dijeling sekilas ke arah tetamunya yang sudah mengeluarkan sebuah album gambar yang lebih tebal dari Kamus Dewan yang terdapat di tingkat atas.
Hajah Azalinah pantas memeluk bahu anaknya. “Nia,ni kan majlis untuk Nia.Mestilah kena plan awal-awal.”Rambut anaknya pula diusap lembut.
“Ma..”Rungut Dania perlahan.Dahinya berkerut menunjukkan yang dia tidak berpuas hati.
“Sudahlah.Jangan merengek lagi dah.”Hajah Azalinah memujuk.
“Jemput minum,Maziah..Nana.”Hajah Azalinah bersuara kepada tetamunya sekaligus melepaskan pelukan di bahu anaknya.Dania hanya buat muka tidak puas hati.
***
Bibik menatang dulang air keluar dari dapur untuk tetamu yang datang.Perlahan-lahan diletakkan cawan dan teko berisi kopi sebelum berlalu ke dapur semula.Tetamu yang entah bila dijemput oleh Haji Ramli berborak dengan dia dan isterinya.Sesekali ketawa pecah di kalangan mereka.
“Dania mana?Saya tak nampak pun dari tadi.”Tanya Puan Hafizah.Hafiz di sebelah dikerling untuk melihat reaksi anaknya itu.
“Ada kat dapur.Kejap,biar saya panggilkan.”Hajah Azalinah terus bangun dari sofa dan melangkah ke dapur.
“Nia,auntie Hafizah nak jumpa kamu.”Beritahu Hajah Azalinah setelah dia berada di dapur.Dania yang ketika itu sedang meneguk air terus berhenti.
“Ala,ma.Tak payahlah.”Dania meletakkan gelas yang masih berbaki air di dalamnya ke dalam singki. “Nia seganlah.”Sambung Dania lagi.
“Arh,tader…Bawak jemput-jemput ni ke depan.Jangan lupa sos.”Hajah Azalinah terus meninggalkan Dania yang terkulat-kulat di dapur.Terkebil-kebil mata Dania melihat mamanya terus berlalu pergi.
Apalah nasib aku.Benda aku tak suka aku kena buat.Benda yang aku suka,aku tak boleh buat.Dania mencapai botol sos cili di atas kaunter dan piring kaca di tempat pengering.Bila terpandangkan sos cili di tangan,Dania ketawa kecil.
Dania melihat sekeliling dewan.Ramai yang dah gugur syahid di tengah jalan.Erti kata lain,dah tidur.Ain yang berada di sebelahnya sudah terlentok.Hanya menyandarkan kepala di penyandar,sudah membuatkan mata teman kelasnya tidur.Seminar Fizik ni syok apa.Ada ke boleh tidur pulak.Dania terus menyalin nota inertia.
“Teori inertia ni senang je.Cuba bagi contoh bila berlakunya inertia?”Tanya Encik Afli,selaku tutor Fizik yang hadir ke sekolah mereka untuk mengadakan seminar ini.
“Bila nak tuang sos dari botol.”Suara budak lelaki menjawab dari depan.Dania tidak ambil pusing suara siapa yang menjawab.Nota terus disalin.
Encik Afli terus menerangkan teori inertia. “Awak ye pelajar perempuan.”Dania mengangkat kepala dari nota di tangan.
“Bila orang datang meminang,jangan buat teori inertia ni depan orang yang datang.Buatnya sekali angkat botol sos tu tinggi-tinggi sebab nak keluarkan sos…”Encik Afli mengangkat tangannya tinggi-tinggi seolah botol sos berada di tangannya.
“Sah-sah kena reject.”Gamat seketika dewan dengan gelak ketawa pelajar lelaki.Ain yang berada di sebelahnya terus terbangun. “Apa..apa?”Dia memandang kiri-kanan.Mukanya keletihan.Dania yang ketika tadi tidak memberi reaksi dengan lawak tutor itu ketawa apabila melihat Ain yang sudah terpinga-pinga.
“Kok Nia gelak sorang-sorang?”Suara bibik di sebelah mengejutkannya.Dania menoleh sebelum menyambung ketawa semula.
Aduh,kok gila anak ini?Bibik terpinga-pinga sebelum menyusun pinggan dan cawan ke dalam rak.