zihkir@yahoo.com
   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, June 20, 2009
Syukur [4]

Dania keluar dari dapur sambil menatang dulang jemput-jemput atau lebih senang dipanggil cekodok ikan bilis untuk tetamu yang hadir.Wajah sebolehnya dimaniskan.Pada masa yang sama,kepalanya merangka rancangan yang difikirkan dari tadi.

     “Cantik dah Dania sekarang ye.”puji Puan Hafizah dengan ikhlas semasa Dania meletakkan pinggan cekodok di atas meja.Semakin meninggi harapannya untuk bermenantukan Dania.Harap-haraplah perkara yang sudah dirancang bersama orang tua Dania tidak kecundang.

      Hafiz merenung Dania.Dari atas ke bawah.Dari bawah ke atas.Cantik! Dengan baju lengan panjang yang longgar dan track suit pun orang akan cakap Dania ni memang cantik.Tambah-tambah lagi,kepala tu ditutupi dengan tudung.Terdetik rasa kagum dalam hati Hafiz dengan penampilan Dania yang menutupi aurat.Bertuah siapa yang dapat Dania.Eh,akulah bertuah!!! Hafiz ketawa dalam hati.

      Dania tersenyum.Rona pipi masih ditahan agar tidak berubah warna.Auntie Hafizah tu saja je puji.Tak payah nak lebih-lebih la,Nia.

      Hajah Azalinah mencapai botol sos cili di dalam dulang.Dania sudah gelabah.Rancangan dia untuk mengaplikasikan teori tu kena buat jugak. “Mama,biarlah Nia yang tuangkan sos tu.”Minta Dania.Tangannya sudah memegang botol sos di tangan mamanya.

      Dahi Hajah Azalinah berkerut. “Tak apa.Mama boleh buat.”

      “Biar Nia buat.”

      Seketika adegan tarik-menarik berlaku. “Tak apa.Biar mama yang buat.”Hajah Azalinah menarikyang hampir saja beralih ke tangan Dania.Haji Ramli yang melihatnya kaget.Puan Hafizah yang sejak dari tadi memerhati menarik botol sos itu lalu dibuka penutupnya.Semua terdiam.Sos dituang ke atas piring dengan selamba.

    “Senang je nak tuang sos.”Puan Hafizah ketawa kecil.Di kala itu,mahu sahaja Dania terjelepok jatuh-bongkang di atas lantai disebabkan perkara tadi.

***

Pap!!! Aduh,pedih! Dania menoleh ke belakangnya.Cis,abang! “Abang,badan Nia bukan tempat landing tangan ye?”Rungut Dania.Skrin notebook kembali ditatap.Masa kerja aku tengah banyak macam ni la,ada orang nak kacau.Dania mencapai Nescafe di sebelah notebook dan terus dihirupnya.Damian sudah menelentangkan badan di atas katil Dania.Dia memandang adiknya yang sedang sibuk menyelesaikan beberapa kerja.

     “Nia tengah buat apa tu?”Tanya Damian.Dia bangun mengambil majalah di rak buku.Huh,semua majalah perempuan.Dia kembali meletakkan buku yang dipegangnya tadi.

      “La,abang tak tahu ke Nia buat apa?Tak Nampak Nia tengah masak bihun goreng?”Terkekek-kekek Dania ketawa.Apa da... Dah terang lagi bersuluh dengan spotlight aku tengah buat kerja office ni.Ada ke tanya aku soalan tu?

       Pap ! Sekali lagi Dania kena pukulan daripada abangnya.Kalau tadi di belakang badan,kali ni di kepalanya pula.

       “Abang!”Marah Dania.Tangannya memegang tempat Damian memukul tadi. “Sakitlah.Tak sedar tangan tu dah sama level dengan hammer?”

       Damian tidak mengendahkan kemarahan Dania sebaliknya dia bertanya perihal siang tadi.“Eh,Nia.Tadi kan papa bagi tahu mama ngan Nia rebut botol sos kat depan family Hafiz.Betul ke?”

        Dania berhenti menggosok kepala.Apa spesies punya abang aku dapat ni?Dah ketuk kepala aku lepas tu pergi tanya soalan tu pulak.Bukannya nak mintak maaf.

        “Suka hatilah.”

        “Betul la cerita abang dengar tadi?”Damian sudah ketawa besar.

        Dania terus terdiam.

       

    

 

Posted at Saturday, June 20, 2009 by zeekay

peace!!
June 28, 2009   02:08 AM PDT
 
pndai awk wt jln citer ye...,
i like it..!!
syukur msti akn jd citer yg trbaek punye..
i will waiting...
achik
June 24, 2009   09:25 AM PDT
 
hahaha..
dania...dania...
nie_nadia
June 21, 2009   03:14 AM PDT
 
msti dania bengang giler rancangan tak jadi. huhuhu...nsib la
bulanhijau
June 20, 2009   06:49 PM PDT
 
huhuhuhu

tak jadi la pulak plan dania tu
hancus harapan nak kena reject

smbg2 lagi
zatie
June 20, 2009   02:28 AM PDT
 
hahhaa..
abeh rancgn dania..
ekekee..hafiz..??
da suke dania ker..??
ekeke..nk lgi..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry