Dua bulan kemudian
Jarum jam sudah menunjukkan ke angka sebelas. Jika pada waktu bekerja, semua orang sudah sibuk di office tapi bukan pada hari ini. Hari ni hari Ahad. Hari Ahad maksudnya kena pergi tengok baju. Baju apa ? Baju …
"Nia, cepat sikit bersiap tu. Dah pukul sebelas ni. Awak ke mama yang nak menikah ni?" Hajah Azalinah membetulkan pegangan beg tangan. Siapa yang nak kahwin ni? Aku ke budak ni? Aku pulak yang lebih pasal majlis budak ni. Budak ni pulak macam kayu. Memang betul la dapat genetik bapak dia. Tak berperasaan betul pasal benda ni.
"Kejap, ma." Jerit Dania dari atas. Dia membetulkan tudungnya. Tak kisahlah kemas ke tak, janji pakai. Dania mencapai kunci kereta dan wallet di atas meja solek. Tak payah beg tangan. Menyemak je. Macam ni lagi santai.
Dania berlari menuruni tangga. Cepat, cepat. Nanti mama membebel. "Eh?" Dania mengerut dahi kehairanan. Apsal dia ada kat sini? Tubuh lelaki yang membelakanginya di sofa ruang tamu jelas kelihatan. Lelaki itu memakai t-shirt dengan jeans. Nampak ringkas dan santai. Tapi kejap, kenapa baju dia sama colour dengan baju aku?
Kaki perlahan-lahan menugar gear reverse. "Nia."Panggil Hajah Azalinah. Spontan kaki berhenti melangkah. Wajah Hajah Azalinah dipandang. "Bila nak pergi ni?" Pergh ! Sekali kena sedas dengan mama. Kaki terus melangkah turun dari tangga.
Dania menuju ke pintu yang memang sudah sedia terbuka. Malas nak pandang muka mamat tu. Pandang kereta kat luar lagi best pandang muka budak lelaki tu. "Nia. Hafiz drive."Ujar Hajah Azalinah. Dania tersentak. La, mama ni. Apa pulak dia drive?
Wajah Hafiz dipandang sekilas. Dia senyum. Dania tidak membalas. Kaki menyarung sneakers warna biru. Cepat-cepat kaki berjalan ke kereta yang terparkir di luar rumah. Toyota Camry. Layan je la.
Hafiz mengeluarkan kunci kereta dari poket belakang jeans. "Awak nak duduk mana? Depan ke belakang?" Hafiz bertanya. Pintu bahagian pemandu dibuka. Tunggu masa je nak masuk.
Mesti la belakang, ngek. "Depan." Huh? Dania menoleh ke kirinya. Hajah Azalinah sudah tersengih-sengih kerana tolong menjawab. Matanya menyuruh Dania duduk di sebelah pemandu. Dania buat muka tetapi tangan tetap juga membuka pintu depan.
"Okey. Jom."Tanpa perasaan, Hafiz terus memboloskan diri ke dalam kereta. Hajah Azalinah membuka pintu belakang dan melakukan perkara yang sama.
Sumpah lepas ni aku tak nak naik kereta dengan dia.
***
"Dania, try baju ni. Akak dah betulkan ukuran baju ni hari tu." Maziah menghulurkan sepasang baju kebaya bersulam berwarna putih kepada Dania. Dania menurut. Dia mencapai baju kebaya tersebut lalu berjalan ke bilik persalinan yang terdapat di bahagian belakang butik.
"Hafiz, ambil baju ni. Pergi tukar. Akak nak tengok okey ke tak." Sekali lagi Maziah menghulurkan hanger yang bergantung pakaian nikah.
Hafiz mencapai lalu bergerak ke bilik persalinan. Lecehlah orang yang nak kahwin ni. Segala benda nak kena tengok. Majlis, baju, hantaran. Tak boleh ke orang kahwin pakai t-shirt biasa je? Hafiz mengeluh perlahan.