Dania menolak semua fail di atas mejanya. Badan diregangkan perlahan. Dia menyandarkan tubuh di kerusi besar itu. Kalau empuk tak apalah jugak, ni keras semacam. Badan dah penat tak terkata macam baru lepas merewang tiga hari tiga malam. Fikiran mula menerawang.
Bahunya dilanggar kuat. Dania menyeringai kesakitan. Tangan yang memegang pinggan nasi ayam tadi dah terjatuh. Dah selamat jadi nasi ayam+lantai. Dania memegang bahunya yang dilanggar tadi. Cibai betul! Sakit gila bahu aku. Dia merenung pinggan nasi ayam di lantai dan orang yang melanggarnya tadi sudah berjalan meninggalkannya tanpa kata maaf. Dania mengetap bibir menahan geram.
“Woi!!!” Jerit Dania. Suasana yang hingar-bingar dengan bunyi gelak ketawa, sudu dan garpu berlaga dengan pinggan, nyanyian sumbang dan perborakan terus berhenti. Semua mata memusat ke arah Dania.
Lelaki yang melanggarnya tadi berhenti juga. Dia menoleh ke belakang. Dia mengangkat kening bertanya. “Aku ke?”
Memanglah kau, mangkuk. Dah kau langgar aku sampai pinggan nasi ayam ni jatuh. Takkan orang lain kot? “Ni siapa yang nak bayar?” Dania menunjukkan nasi ayam yang sudah mencium lantai dengan jari telunjuknya. Kau ingat kalau mak bapak kau tu orang besar, aku takutlah ye? Weh, sebesar kuman aku tak gerun la.
Kantin masih lagi senyap.
Muka ice-cold heartless + blooded. “Kau yang jatuhkan, kaulah yang bayar.” Terus lelaki itu pergi.
Argghhh!!! Mamat cipan ni. Rasa mahu ditumbuk-tumbuk sahaja muka lelaki itu. Biar jadi macam bontot babun.
Penonton yang menonton drama swasta percuma tadi mula berbisik-bisik. Lagilah kepala otak Dania mula serabut.
“Apa tengok-tengok?! Makan je la!” Terus Dania melepaskan kemarahannya yang tertahan-tahan tadi.
Semua penonton tadi terus menyambung aktiviti mereka.
Patutlah macam ingat-ingat lupa je muka Hafiz tu. Dia budak yang langgar aku kat kantin masa form 3 dulu. Memang mengamuk sakanlah aku hari tu. Satu hari tu aku diam tak bercakap dengan sesiapa. Bayangkan duit tu terbuang macam tu je. Em, aku tahu Hafiz ni budak sekolah aku pun sebab mama yang beritahu hari tu.
Tangannya dah mencapai telefon bimbit yang memang diletakkan di atas meja kerjanya. Terus ditekan punat telefon bimbitnya sebanyak sepuluh kali dan ditekan butang hijau. Dia memasang loudspeaker. “Nyna, petang ni jumpa aku. Kat tempat biasa.”
“Kenapa?” Bergema bilik itu dengan suara Nyna di hujung talian.
“Ada la. Boleh ke tak ni?”
“ Ar.. Okey. Aku on je. Kau belanjalah.”