zihkir@yahoo.com
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, July 16, 2009
syukur [7]

Segala kaum kerabat mama dengan papa ada kat dalam rumah ni. Balik dari kerja je tadi, dah penuh orang kat dalam rumah ni. Sempat dia bersalaman dengan beberapa orang dia kenal di bawah tadi sebelum badannya kini sudah ada dalam bilik. Esok hari nikah dia dengan Hafiz dan esok juga pertama kali dia akan bergelar Puan Dania. Dania menghela nafas berat.

     Kenapa benda ni jadi kat aku?

     Terasa mahu menangis sahaja. Dania memandang sekeliling biliknya yang sudah dihiasi. Lumrah orang yang bergelar pengantin, memang semua dihias cantik. Tubir mata sudah mula terasa panas.

      Tapi bukan ni yang aku nak. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Tabahkan hati hamba-Mu ini seperti mana Rasulullah tabah dalam menghadapi ujian.

      Perlahan-lahan air mata mula jatuh ke pipi.

***

“Aku terima nikahnya Nur Dania binti Muhammad Ramli dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Hafiz menuturkannya

    “Sah?” Haji Ramli bertanya pada saksi.

    “Sah.” Tiga orang saksi yang melihatnya mengangguk.

    “Alhamdulillah.” Serentak itu Haji Ramli, Hafiz dan tiga orang saksi itu menadah tangan membaca doa.

***

“Mana la pengantin lelaki ni? Tak masuk-masuk lagi.” Nyna sudah merungut di sebelahnya. Dania tersenyum. Hambar. Nyna ni memanglah. Macam dia pulak yang kahwin.

     Saudara-mara perempuan ramai yang dah duduk atas lantai keliling katil yang diduduki oleh Dania. Rasa macam tak senang pulak tengok orang lain duduk kat bawah, kita pulak kat atas.

     “Assalamualaikum.” Suara seseorang di balik pintu mengejutkannya. Dania berpaling mengadap pintu.

     Hafiz.

    Dania membetulkan duduknya dan selendang yang dipakai. Nyna di bawah sudah tersenyum-senyum excited. Nyna ni kan. Aku memang tak fahamlah.

     Saudara-mara yang mulanya tadi duduk macam berpuak-puak terus kena ke tepi. Dah macam tin sardin pulak berhimpit-himpit. Rasa bersalah pula tengok saudara sendiri macam tu. Yela, bilik ni bukannya besar sangat macam orang lain. Sekali masuk dah berpuluh-puluh orang. Dania menoleh memandang mamanya yang berdiri di sudut bilik. Mamanya tersenyum tenang.

     “Dania.” Nyna yang duduk di bawah memukul kaki Dania perlahan. Terus Dania menoleh memandang ke depan.

     Hafiz sudah memegang cincin. Dia mengangkat kening memandang Dania. Teragak-agak Dania mengangkat tangannya. Hafiz menyarungkan cincin emas putih bertatatah berlian di jari manis tangan kanan Dania. Serentak itu, flash light dari kamera mula menerangi bilik.

      Sejuk tangan dia.

      “Dania, salam tangan dia.” Arah Nyna.

      Dania menurut malas. Tangan yang dihulurkan oleh Hafiz disambut lalu dikucup dan dibalas dengan kucupan di dahi Dania oleh Hafiz.

       Dania terus freeze!

       

Posted at Thursday, July 16, 2009 by zeekay

zatie
July 16, 2009   10:39 PM PDT
 
haha..
kawen gak..
ske2..
smbung2..
bulanhjau
July 16, 2009   08:58 AM PDT
 
waaaaaaaaaaaaaaa~

smbg2
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry