zihkir@yahoo.com
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, July 17, 2009
syukur [9]

Dania masih bersenang-lenang di meja makan. Gelas yang berisi jus dihirup sekali lagi. Hari ni Pak Cik Hafiz tu balik lambat. Heh, ingat dia cakap kat aku ke? Dia tampal kat peti sejuk je. Tulisan tahap cakar ayam. Ayam pun kalau tahu menulis, takkan sama dengan tulisan dia.

     Aku balik lambat hari ni

    -Hafiz-

    Selamat deyh! Boleh bagi rambut ni bernafas selain daripada bilik aku. Dah tiga minggu jadi bini dia, tak ada perkembangan langsung. Kira bagus la tu tak ada perkembangan. Aku pun banyak kerja lain nak kena dilayan.

   Tiba-tiba, telefon bimbit Dania bergetar dengan nada dering Yusuf Islam – Your Mother. Mama! Pantas diangkat panggilan itu.

    "Helo. Assalamualaikum." Dania memberi salam.

    "Waalaikumsalam. Dania tengah buat apa tu?"

    Senyum. "Dania tengah lepak kat dapur dengan …"

    "Hafiz?" Pantas Hajah Azalinah mencelah.

    Dania mencebik. "Taaaakk, lepak dengan air jus." Sengaja dia memanjangkan harkah perkataan tak tu.

     "Ada-ada je la kamu ni. Ni ha, mama nak cakap sikit."

     "Apa dia?" Dania menghirup air jusnya yang tinggal separuh.

     "Mama ada dua tiket honeymoon Hafiz dengan Nia ke UK." Ujar Hajah Azalinah.

     Burrr!!! Tersembur keluar jus dari mulut. Terbatuk-batuk Dania dibuatnya. What?! Aku-Hafiz honeymoon? Kah! Kah! Kah!

     "La, mama ni. Buat susah-susah je. Lagipun, Nia tak boleh dapat cutilah buat masa sekarang sebab sekarang kat office Nia tu ramai yang cuti. Cuti isteri bersalinlah, cuti kucing sakitlah." Dania sengaja mengelat.

     "Tak apa. Tiket ni boleh guna nak pergi bila-bila masa je." Hajah Azalinah menjawab di hujung talian.

     Pulak! "Nantilah Nia bincang dengan Hafiz dulu, ma."

     "Nanti bincang tau dengan Hafiz."

     "Ye… Ye… Nia bincang dengan dia." Dania menggeleng. Takkan! Buat malu je nanti. Mampus kena bantai gelak je nanti.

     "Bye, Assalamualaikum."

     "Waalaikumsalam." Jawab Dania perlahan.

     Masalah! Tak nak aku bagi tahu dia. Tambah-tambah, honeymoon. Eii, naik meremang bulu roma aku. Dania mengangkat-angkat bahu kegelian.

***

Hafiz menyelak-nyelak kertas projek di hadapannya. Banyak betul yang salah ni. Apa benda la budak-budak ni buat? Main hentam keromo je dok kira ukuran ni. Kalau tak stabil, runtuh je bangunan tu. Tangan kiri mula mengurut pelipis.

    Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Dia memang letak silent mode sebab tak nak orang lain kacau. Tapi kan nama kat skrin tu IBU. Pantas sahaja dia menolak segala kertas yang bertaburan di atas meja dan menjawab panggilan tersebut.

     "Helo."

     "Waalaikumsalam." Suara di hujung sana dah keluar aura memerli.

     Yela… Yela… "Assalamualaikum." Hafiz memberi salam. "Kenapa ibu call ni?" Terus Hafiz bertanya. Badan sudah disandarkan di kerusi. Tangan meraup rambut ke belakang.

     "Sejak bilalah ibu tak boleh call anak ibu ni?" Puan Hafizah dah buat-buat merajuk.

     La, ibu ni… "Tak, bukan macam tu. Hafiz tengah busy buat kerja ni. Tup-tup, ibu call. Jarang ibu call Hafiz. Ayah okey je kan?" Tanya Hafiz.

     Tawa meletus di hujung talian sana. "Ayah okey je. Sebenarnya, ibu ada benda nak cakap ni."

     "Apa dia?" Hafiz menarik kertas A4 di hujung meja. Pensel dicapai di dalam mug hitam. Mula melakar lukisan orang, smiley dan lukisan apa entah yang dia sendiri tak tahu.

     "Ibu ada dua tiket pergi UK untuk Hafiz dengan Dania. Tiket honeymoon."

     Skrettt… Lakaran dah bertukar menjadi satu garisan panjang.

     "Nanti Hafiz bincang dengan Nia." Cepat-cepat Hafiz menuturkannya.

     "Bincang tau dengan dia."

     Hafiz mengangguk. Ngok, mana ibu nampak. "Okey… okey."

     "Assalamualaikum."

     "Waalaikumsalam." Jawab Hafiz.

     Hafiz mengetuk-ngetuk perlahan dahinya dengan telefon bimbit. Macam mana nak cakap dengan dia ni?

 

Posted at Friday, July 17, 2009 by zeekay

peace!!
July 18, 2009   12:57 AM PDT
 
haha..
due2 x bgtaw..
honeymoon jew lakt uma 2..
huu
zatie
July 17, 2009   09:17 PM PDT
 
honeymoon..?
haha..mesty byk scene menarik nieh..
smbung2..
bulanhjau
July 17, 2009   09:15 AM PDT
 
waaaaaaaaa~
honeymoon dekat uk??
syok gle

smbg2 lg
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry