Ruang tamu itu kelihatan terang benderang diterangi dengan lampu. Air cond juga sudah diturunkan sehingga suhu yang minimum tapi bahangnya tetap terasa. Dania memeluk tubuh di sudut ruang tamu. Mukanya kelat.
"Siapa cakap aku nak pergi UK dengan kau?" Jerkah Dania selepas mendapat panggilan telefon daripada mamanya. Hampir terbalik dari kerusi dibuatnya bila Hafiz beritahu mamanya yang mereka berdua setuju hendak pergi ke UK. Bila masa pulak aku bagi tahu yang aku nak pergi?
Hafiz masih tenang menonton di ruang tamu. Sedikit pun tidak terusik dengan jerkahan yang dilemparkan oleh Dania. "Bukan ke hari tu kau cakap ikut je? Maksudnya kau ikut je apa aku cakap kan? So, ikut je la." Hafiz tersenyum sinis.
Arrggghh!!! Rasa macam nak lempang je mamat ni. Kenapalah ada lelaki macam ni kat dunia? Tudungnya diramas. Ish! Benda ni yang buat aku seram sejuk. Honeymoon? Brr… tak naklah.
"Kau pergilah dengan mak kau." Marah Dania. Kan kena nama mak kau. Habis berkata, dia terus melangkah ke tangga untuk naik ke bilik.
"Kejap." Tiba-tiba, tangannya ditarik. Terbelakang Dania dibuatnya.
Serentak itu, tangan Hafiz memusingkan badan Dania dan beralih ke pinggangnya. Ditarik rapat ke badannya. Kini Dania tersepit dengan badan Hafiz. Senyuman keji dah menghiasi bibir Hafiz. Dania mula gelabah. Hafiz mendekatkan mukanya ke telinga Dania.
Ya Allah! Apa benda dia nak buat ni?
"Kau nak honeymoon kat rumah ke?" Hafiz berbisik perlahan di telinga Dania.
Dania mengetap bibir menahan marah. Dia ingat aku ni apa? Dengan sekuat tenaga, Dania menolak badan Hafiz sehingga terduduk semula di atas sofa. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berlari pantas memanjat tangga.
***
Pintu dihempas dengan kuat. Nasib baik bingkai gambar yang tergantung di dinding tak terjatuh. Dania berjalan ke katilnya lalu melompat baring. Tudung ditarik terus dari kepala. Matanya memandang siling. Bibirnya merengus marah.
"Nia dah prepare barang nak pergi honeymoon?" Tanya Hajah Azalinah di hujung talian sana.
Huh? "Honeymoon?" Dahinya berkerut pelik.
"Yela, honeymoon. Hafiz tak beritahu Nia ke?"
Apa pulak ni? "Ada… ada. Dia beritahu Nia semalam. Nia terlupalah ni." Dania berpura-pura ketawa menutup kesalahannya.
"Nanti bila nak pergi sana, bawak sweater, baju lengan panjang …" Selepas itu, Dania sudah tidak mendengar butir perbualan mamanya.
Ni pasal kau la, mulut. Hari tu yang kau cakap ikut je keputusan dia buat apa? Kan dah padah. Alang-alang mama pun dah suruh, ikut je la. Ibu pun dah suruh. Tengoklah kat sana apa jadi nanti. Time for revenge!