zihkir@yahoo.com
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, July 23, 2009
syukur [11]

Dania senyap di KLIA. Tadi kat dalam kereta pun dia senyap. Entahlah, bila fikir-fikir balik. Macam tengah buat kerja bodoh je sekarang ni. Pergi berbulan madu? Nak sebut bulan madu tu pun nak termuntah dah, nak pergi pulak. Lagipun, bukannya pernah pergi UK tu. Sah-sah kena selalu berkepit dengan mamat mereng tu sebab tadi ibu cakap dulu Hafiz ni belajar kat UK. Gila la tu aku kena selalu berkepit dengan dia. Dania mencebik.

     “Ha, kenapa mencebik-cebik tu?” Sergahan mamanya di sebelah mengejutkannya. Nasib baik tak luruh jantung ni.

     Dania tersengih. “Saja.” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

     “Ala, mama ni tak tahu ke? Sebenarnya dia ni nak cepat-cepat pergi UK tu. Dah tak sabar. Pasal tu dia mencebik sebab waktu flight lambat sangat. Betul tak?” Hafiz menundukkan sikit kepalanya memandang Dania sambil tersengih.

     Hajah Azalinah ketawa. Muka Dania dah masam. Diamlah kau, laki. Pandai-pandai je kau buat cerita. Ingat aku ni nak sangat ke pergi UK tu? Dengan sweater yang dipegang di tangan, dia menolak wajah Hafiz yang terasa dekat. Gila apa dekat-dekat ni?

     Hafiz memeluk bahu Dania. Eh, dia buat apa ni? Dia menoleh memandang Hafiz dan tangan Hafiz di bahunya silih berganti. Muka Hafiz selamba je. Rasa nak je siku perut Hafiz tapi disabarkan hatinya. Tunggulah kau! Hajah Azalinah tersenyum melihat gelagat Dania dan Hafiz yang amat mesra. Dia berlalu pergi menyertai suaminya dan besannya.

    Hafiz masih tidak melepaskan bahu Dania. Dia tersenyum sendiri. Matanya memandang sekeliling.

    Dania geram kerana tangan Hafiz masih tidak beralih daripada bahunya. Terus dia memijak kaki Hafiz dan menyiku perut Hafiz dengan kuat. Terbelakang Hafiz dibuatnya. Dania memusingkan badannya mengadap Hafiz. Dia tersenyum sinis dan menjelirkan lidah. Terus dia berjalan laju meninggalkan Hafiz di belakang.

***

United Kingdom!! Here we come! We? Silap. Silap. Aku sorang je yang disambut. Budak sebelah ni tak. Here I come! Heathrow Airport memang sesak. Dania menggeliatkan badannya. Perjalanan ke UK ni membuatkan badannya macam tak pernah diguna. Yela, dalam kapal terbang tadi pun tak boleh pusing sesuka hati. Pandang belah kanan je. Pandang luar tingkap. Takkan nak pandang belah kiri? Gila la tu nak pandang muka lelaki tu.

     “Weh, ambik kau punya beg ni? Dah la berat. Bawak batu ke?” Hafiz menolak beg Dania. Dania mencebik tapi tangannya tetap mencapai.

     “Suka hatilah. Kau bising pulak aphal?” Dania mendengus.

     “Lantaklah.” Hafiz menjawab.

     Ei, baru dua jam kat sini. Budak ni dah memekak. Aku lempang naya je kang. Nanti ada yang balik Malaysia berbungkus dengan kain kapan.

     Dania berjalan laju menarik luggagenya. Tak kisahlah kalau luggage tu dah langgar kaki orang ke apa. Mat saleh yang memandangnya pelik pun dah tak dihiraukan. Dah ala-ala scene orang kena cerai je.

      “Woi, Dania!” Panggilan Hafiz di belakang dibuat tidak endah. Siapa suruh cari pasal?

      “Nur Dania binti Muhammad Ramli!!!” Ambik kau. Sekali nama penuh kau aku panggil.

      Dania berhenti. Luggage yang tadi ditarik laju melanggar kakinya. Dia berpaling ke belakang dengan muka masam. “Apa?” Dia menunggu perkataan yang ingin dikeluarkan oleh Hafiz.

      “Pintu keluar kat sana.” Hafiz menunjuk arah kiri dengan jari telunjuknya.

      Dush~ Buat malu je. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Hafiz. Lupa pulak. Ni Heathrow Airport bukan KLIA.

***

Buk!!! Luggage yang tadi dipegang terjatuh menyentuh lantai. Mulut dah terlopong. Biar benar. Dania merenung Hafiz. Hafiz merenung Dania. Dia mengangkat kening sambil tersengih selamba. Tangannya melurutkan tali beg sandang. Dua-dua bahu digerak-gerakkan. Selepas itu, tangannya menarik langsir putih yang menutupi sliding door.

    Are we gonna share bedroom?” Dania bertanya selepas beberapa saat disampuk senyap. Katil Queen size. Dia memandang sekeliling. No couch? Oh my~

    “Yup.” Jawab Hafiz sepatah. Mata ralit memandang di luar sana. Cantik!

    Dania mengangkat begnya dan berkira-kira mahu keluar dari bilik itu. “I’m out.” Tombol pintu diputar.

    Hafiz menarik tangan Dania. “Where are you going?” Matanya memandang luggage yang tadi di tangan Dania terjelopok sekali lagi ke lantai akibat ditarik olehnya dan wajah Dania. Ada nada serius di situ.

    Dah tahu, nak tanya lagi. “Nak pergi ambik bilik lain.” Matanya memberi isyarat pada katil. “And boleh tak jangan pegang tangan aku?” Spontan tangannya dilepaskan.

     “Semua bilik penuh. This is the last one.” Jawab Hafiz selamba. Dia berjalan ke begnya lalu mengeluarkan beberapa pakaian yang dibawa.

     What? “Kenapa pulak?” Tangan sudah melepaskan tombol.

     “La, manalah aku tahu. Diorang cakap ni je yang last.”

     Dania dah terkedu.

**sorry, gambar tak boleh upload pulak..

Posted at Thursday, July 23, 2009 by zeekay

bulanhijau
July 24, 2009   07:59 AM PDT
 
hahahaha
bgs2
len kali bagi pjg lg
=]
bulanhijau
July 23, 2009   04:37 AM PDT
 
huhuhu
so funny la diorang ni

makcik~
sambung lagi2 tau
:D
zatie
July 23, 2009   03:05 AM PDT
 
wawaaaaaaaa...
mesty byk adegan sweet pasnieh..hehe..
comey2..
smbung2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry