zihkir@yahoo.com
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, July 24, 2009
syukur [12]

Waa… Tower Bridge kat depan mata aku. Selama ni dengar orang cakap je. Sekarang dah ada kat depan mata aku. Yuhuu!!! Cantiknya! Dengan lampu lip-lap kat jambatan tu memang buat nampak cantiklah. Hafiz di sebelah dah buat muka bosan. Yela, dah berapa kali kaki jejak kat situ. Last-last bawak bini datang sini jugak.

     "Dah habis ke belum?" Tanya Hafiz apabila melihat Dania daripada tadi tak habis-habis tangkap gambar jambatan tu. Bukannya ada apa pun. Jamabatan je.

     "Kejaplah. Cantik tu." Dania memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Tower Bridge. Siapa yang tak excited kalau first time tengok benda cantik? Tangannya diletakkan di atas tembok rendah.

      Hafiz mengeluh entah ke berapa kali. "Jomlah." Terasa mahu sahaja dia menarik tangan Dania agar pergi dari situ tetapi mesti dapat free flying kick je nanti.

      "Nanti." Dania menggeleng-gelengkan kepala.

      "Then, aku naik London Eye sorang-sorang." Hafiz berjalan meninggalkan Dania yang masih tidak melepaskan pandangannya dari Tower Bridge.

      London Eye? Dania terpaku. "Nak ikut. Nak ikut." Dania berlari anak mengejar Hafiz.

      "Tadi nak sangat tengok jambatan tu. Pergilah tengok lagi." Tangan Hafiz diletakkan dalam poket sweater. Sejuk gila gaban. Sampai mulut pun dah berkepul-kepul keluar asap.

       Refleks Dania yang berada di sebelah menolak Hafiz dengan kuat. Nasib baik tak terhantuk kat pokok besar yang ada kat situ.

***

Mulut Dania terlopong. Melekap dia di cermin London Eye. Hafiz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kadang-kadang rasa macam ada bini yang sangat bengap. Kadang-kadang pun rasa macam kahwin dengan budak-budak sepuluh tahun.

       "Weh, malulah orang tengok."Hafiz menarik hujung sweater yang dipakai oleh Dania. Beberapa pasang mata yang sama-sama duduk kat dalam tu dah memandang mereka berdua pelik.

    Dania menolak-nolak tangan Hafiz. Dia memandang ke bawah. Waa~~ Tingginya!

    "Sir, is there something wrong?" Seorang lelaki menegur Hafiz. Yela, dari tadi tengok main tarik sweater-tolak tangan Hafiz-Dania. Spontan Dania berpusing dan memandang Hafiz. Dia tersengih apabila Hafiz memberikan jelingan maut ke arahnya.

     Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya sambil terseyum. "Everything's good." Dan lelaki itu pun tersenyum juga. Senyumannya juga dilemparkan ke Dania. Dania membalas senyuman itu. Dia menyandarkan badan pada penghadang.

      Lelaki itu dan Hafiz berjabat tangan dan terus pergi. Hafiz memandang Dania. Dania memandang Hafiz dengan sengihan di bibir.

      "Malu, siot. Lagi sekali kau buat macam tu, aku humban kau ke bawah." Hafiz memberi amaran maut.

      "Uuu, scary." Dania buat-buat takut. Dia memusingkan badan mengadap ke luar London Eye. Cantiknya malam-malam macam ni. Boleh nampak semua bangunan. Bercahaya lip-lap gitu.

      "Kau memang tak pernah datang sini ke?" Hafiz di sebelah bersuara. Matanya turut memandang ke seluruh bandar UK.

       "Tak. Dulu aku study local. Bukan macam kau, sampai ke Bristol." Mata masih tidak lagi berganjak dari setiap bangunan.

       "Kau tak nak tangkap gambar?" Hafiz bertanya pelik. Tadi gambar jambatan beria-ia nak ambik, ni dah port sikit punya cantik tak keluar pulak kamera tu.

      Dania menepuk dahi. Kamera dikeluarkan dari beg poket sweater. Dia menghulurkan kepada Hafiz. "Ambik gambar aku."

      Hafiz mengerutkan dahi tetapi tangannya tetap menyambut huluran Dania itu. Dania bersandar di penghadang sambil membelakangkan pemandangan. Hafiz dah bersedia hendak menangkap gambar.

       Di skrin kamera digital itu, Dania tersenyum gembira. Cantik! , gumam hati Hafiz.

Posted at Friday, July 24, 2009 by zeekay

peace!!
July 27, 2009   05:05 AM PDT
 
bgos2..,
troskan beb..
hHAHA
zatie
July 24, 2009   08:51 PM PDT
 
haha..tawu xper..cm pena je g..
muahahaa...comey la dania nieh..ske2..
smbung2..
bulanhjau
July 24, 2009   08:30 AM PDT
 
huhuhuhu
yeke tak pernah g uk ni??
gy cam pernah je.

smbg2
zeekay
July 24, 2009   08:15 AM PDT
 
yg paling ssh nk wt cz x prnh pon g UK,,
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry