Your Ad Here


zihkir@yahoo.com
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah


Cerpen : Missing Piece

|Part 1| |Part 2|



Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end| the end=)|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Berubah

"Orang bercinta pun tak adalah angau teruk macam ni."

"Sebab dia bukan orang biasa macam kau fikir."

Part 1

|Intro| 1| 2| 3|


Silence Pain

'Luka yang disimpan lebih sakit daripada yang dihebahkan'

|1| 2| 3| 4| end|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, August 03, 2009
untitled [1]

Matahari mula mahu membenamkan dirinya. Langit yang tadi berwarna biru mula betukar warna menjadi warna oren-ungu. Di pintu pagar sekolah, seorang gadis yang masih memakai baju sekolah masih menunggu kelibat kerta ayahnya. Pegangan buku di tangannya dieratkan.

    "Mana la abi ni? Dah nak maghrib ni."Hazwani mengomel sendirian. Jam di tangan direnung sekilas. 6:45 dah ni. Huwa~ Rasa macam nak menangis je sekarang ni. Somebody help me! Mulut dah terasa nak menyanyi lagu Korn- Somebody Someone.

    "Adik, ayahnya tak sampai lagi?" Tanya Pak Mat merangkap tukang jaga di sekolah. Mungkin dah bosan tengok Hazwani yang masih tercongok di hadapan pagar sekolah.

    "Belum, Pak Mat. Kejap lagi sampailah tu." Hazwani memberi jawapan sambil tersenyum sekaligus cuba menyejukkan hatinya. Mana taknya, dah nak Maghrib ni. Seram jugak aku. Kut tiba-tiba ada benda tak patut ke? Ayah tak pernah macam ni sebelum ni.

     Tiba-tiba, pintu pagar sekolah ditolak. Hazwani menoleh ke belakang. Ooo… kereta cikgu nak keluar. Kereta Toyota Camry itu mula bergerak keluar. Pak Mat sempat memberi lambaian hormat kepada pemandunya.

     Skrett… Ngilu telinga Hazwani mendengarnya. Cikgu oh cikgu. Tak reti nak brek elok-elok ke? Hazwani memandang Toyota Camry yang kini sudah berada di hadapannya. Cermin kereta itu turun perlahan-lahan.

     "Tak balik lagi ke?" Tanya Fikri dari dalam. Hazwani mengerutkan dahi. La, cikgu nampak saya tengah bersiap-sedia nak tunggang kuda balik ke? Mestilah saya belum balik lagi.

     "Belum, cikgu. Saya tengah tunggu jet pejuang nak jemput saya." Hazwani mula loyar buruk. Cikgu Fikri yang berada di hadapannya ketawa kecil. Ish, tergugat iman aku tengok cikgu ni gelak. Dah la handsome, lagilah handsome bila tengok dia gelak.

     "Jom, saya tumpangkan awak." Ajak Cikgu Fikri. Masih dalam senyuman di bibirnya.

     Terbuntang mata Hazwani mendengar ajakan guru sekolahnya. Mana pernah aku naik kereta dengan lelaki lain kecuali ayah aku, bapa saudara aku, abang aku dengan abang saudara aku. Ni lagilah nak naik dengan cikgu ni. "Tak apa, saya still nak tunggu ayah saya." Hazwani mencipta alasan. Abi oh abi, cepatlah datang. Wani dah terketar-ketar ni.

     "Nak maghrib ni. Jomlah." Fikri masih tidak berputus asa. Hazwani menggigit bibir. Ei, nak naik ke tak ni?

     Tiba-tiba, kereta Toyota Estima melucur perlahan di tepi kereta Cikgu Fikri. Hazwani rasa macam nak menjerit je. Abi dah sampai!

     "Tak apa, ayah saya dah sampai. Assalamualaikum." Hazwani memberi salam dan tunduk hormat kepada gurunya lalu berjalan laju mendekati kereta ayahnya. Diloloskan dirinya ke dalam kereta lalu kereta itu mula perlahan-lahan meninggalkan perkarangan sekolah.

     "Waalaikumsalam." Jawab Fikri perlahan. Cermin kereta dinaikkan.

 

Posted at Monday, August 03, 2009 by zeekay

bulanhjau
August 4, 2009   01:15 AM PDT
 
yay!!

cik zk post cte baru..
huhuuhu
nice intro...

psl stud ngn ckgu ke??
interesting ni..
:D
zatie
August 3, 2009   03:55 AM PDT
 
waaaaaaaa..
cite baru..
ckgu n pelajar..?
interesting..
ekekee..cm besh..
ske2..
smbung2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry