zihkir@yahoo.com
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, August 05, 2009
Untitled [2]

Hazwani mengunyah biskut Chipsmore sambil membaca buku Pengajian Am yang diletakkan di atas ribanya. Kasut yang dipakai telah dibuka dan diletakkan di atas rumput. Kaki disilakan di atas bangku yang diperbuat daripada simen. Satu-satu biskut dicapai dari paketnya akibat terlalu khusyuk membaca.

    "Hai hai." Sapa satu suara. Refleks Hazwani mengangkat wajah daripada buku kerana terkejut.

     Di depannya, Arif berdiri bersama senyuman di bibirnya. Hazwani menjeling geram. "Kalau dah namanya Islam, patutunya bagi salam. Ni tak, hai hai. Kalau aku bye, bye la." Gumam Hazwani. Mata terus beralih ke buku.

     Tambah melebar senyuman Arif mendengar ayat Hazwani tadi. "Assalamualaikum." Arif memberi salam dan melabuhkan duduk di atas bangku di hadapan Hazwani.

      Baru tahu nak bagi salam? "Waalaikumsalam."Mulut tetap menjawab salam. Muka surat buku diselak.

      "Kau baca apa tu?" Arif cuba menarik buku Hazwani tetapi tangan Hazwani lebih pantas memegang kuat bukunya.

       "Komik." Jawab Hazwani selamba.

       "Kau ni kan. Kalau satu hari tak loyar buruk memang tak boleh kan?" Arif mendengus melepaskan geram.

       "Tak boleh."

     Daripada kecil sampai besar, Arif memang dah boleh baca tindakan Hazwani. Dari tadika sampailah tingkatan 6 atas ni. Memang dah boleh baca perangai Hazwani macam buka buku ceritayang kita sendiri boleh predict ending dia. Hazwani mengaku Arif ni lagi terror daripada abang yang sedarah daging daripada dia. Yela, abang sibuk. Mana cukup masa nak layan adik dia yang sorang ni.

     "Kau ready STPM ni?" Tanya Arif. Paket Chipsmore di sebelah Hazwani dicapai. Disua biskut coklat itu ke dalam mulutnya.

     "Weh, biskut aku!" Jerit Hazwani apabila menyedari paket Chipsmorenya dah lesap.

     Arif hanya ketawa dengan telatah Hazwani. Macam budak-budak.

     Nun jauh di sana, seseorang memerhati telatah mereka berdua tanpa disedari.

***

"Aku rasa macam nak pengsan."

    "Aku pun." Sambut suara satu lagi.

    "Me three." Sambung lagi.

    "Cikgu tak cakap pun cikgu nak buat test. Ni tup-tup, esok pula ada test. Aku dah la tak habis study lagi." Hazwani mengurut-ngurut pelipisnya. Jadual di board kelas dipandang. Gila tak gila  bila tengok semua subjek masuk. Kalau setakat cikgu nak buat kuiz satu-dua subjek tak apalah jugak. Ni semua pulak. Namanya nak membunuh ni.

    "Aku cadangkan kita buat study group petang ni." Suara Najwa memecah kesunyian.

    "Sempat ke cik kak oi nak kejar semua benda? Esok dah start test." Hazwani memandang wajah Najwa.

   "Sempatlah daripada study sorang-sorang. Habuk pun tarak." Bantah Najwa.

   "Okey. Okey. Kita study sama-sama." Hazwani mengalah.

**Still tak dapat tajuk untuk cerita ni. Insya-Allah dalam masa terdekat ni, tajuk ni tersangkut dalam kepala ni and saya akan terus update.

Posted at Wednesday, August 05, 2009 by zeekay

bulanhijau
August 6, 2009   10:52 PM PDT
 
uuuuu~

spe yg usha dr jauh tu??
ckgu tu ek??
Name
August 5, 2009   09:50 PM PDT
 
nope,,bkn la,,
kwn jer,,
zatie
August 5, 2009   08:23 AM PDT
 
arif neih abg wani nieh ker??
spe yg perhati tuh..?
huhu..sambung2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry