Fikri membuka kasutnya di hadapan rumah lalu disusun elok di tepi pintu. Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Tubuh wanita di hadapannya dipeluk erat. Tangan lembut itu dicapai lalu dikucup penuh hormat.
"Dah lama tak jumpa ibu." Fikri berkata lembut kepada ibunya. Mana tak rindu kalau hampir tiga bulan tidak datang menjenguk. Mereka berdua duduk di sofa di ruang tamu.
"Yela, kan kamu sibuk." Puan Sri Aini bersuara memujuk. Dia tahu anaknya sering ingin sesekali pulang menjenguk ke rumah banglo ini tetapi tidak berkesempatan kerana tugasnya sebagai guru di sekolah menengah menuntut masanya untuk berada lebih lama di tempatnya.
"Em…" Fikri tersenyum hambar. Dia penat sangat! Dari KL terus ke Perak tanpa berhenti kat mana-mana. Dah la tadi terus dari sekolah. Laptop dengan buku latihan budak-budak tu pun masih tersadai kat dalam kereta.
"Ibu buatkan air ye." Puan Sri Aini bangun dari sofa lalu berjalan ke dapur. Fikri hanya membiarkan. Biarlah. Sesekali balik Perak boleh juga merasa air tangan ibu. Kalau kat KL jangan haraplah dapat macam ni. Gila apa nak manja dengan budak-budak bujang kat rumah sewa tu? Senang-senang kahwinlah, Fikri.
***
Hazwani melantunkan bola di tangannya dan kaki sedang berdiri di luar D. Beberapa orang yang menghalangnya mendepangkan tangan tidak membenarkan Hazwani bergerak. Peluh mula memercik di dahi. Boleh pass ke tak ni? Redah je la. Kang aku main format street basketball, habis budak-budak ni terbang melayang pulak. Cool down, Hazwani.
Bola di tangan dilantun di track dengan kuat. Melayang tinggi bola itu di udara melepasi kepala pihak lawan. Seketika mata mereka semua tertumpu pada bola yang tinggi di udara. Hazwani mengambil kesempatan itu dengan melepasi halangan pihak lawan yang berada di hadapannya yang agak tinggi jugalah dan dia melompat tinggi mencapai bola keranjang lalu disumbat ke dalam net. Wisel ditiup.
Tepukan gemuruh mula kedengaran di tepi track. Hazwani menyeka peluh di dahi. Gila la! Susah betul nak lepas budak-budak ni. Botol air di atas rumput dicapai lalu diteguk dengan rakus.
"Agak-agaklah nak minum air mineral tu macam bunyi air turun masuk tong." Suara di sebelah menegur. Tersedak Hazwani mendengar suara orang yang menegurnya. Dia kenal suara itu. Lambat-lambat dia menoleh.
Arif? La, apa dia buat kat sini? Tak tahu ke ni perlawanan tertutup? Yang datang ni pun bukannya Hazwani kenal. Asal dapat main pun cukuplah.
"Mana kau dapat skill macam tu tadi?" Arif bertanya. Matanya dihalakan ke basketball track. Beberapa orang duduk mencangkung di situ melepaskan lelah.
"Hot Shot. Taiwanese drama." Aku main redah je tengok cerita apa. Cina ke, Tamil ke, Melayu ke. Janji ada basketball. Aku pun layan High School Musical sebab Troy Bolton tu main basketball. Kalau tak, jangan haraplah aku nak tengok menatang tu.
"Gila. Kau ni tengok drama ke kaji drama tu?" Arif bertanya sambil keningnya terangkat sebelah. Pelik.
"Entah. Aku kaji kot." Jawab Hazwani malas. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. "Arif, kau ada awek ke?" Dengan direct, Hazwani bertanya.
Arif tersentak. Tetapi akhirnya dia menghamburkan ketawa. "Apa kes kau tanya soalan macam ni?"
Hazwani dah malas nak tanya apabila mendegar tawa Arif. Dia buat muka. "Dah la. Malas aku nak tanya kau. Game dah nak start dah. Kau nak tengok, silakan. Kalau tak nak, pergi blah." Hazwani terus berlalu meninggalkan Arif.