Encik Aziz sibuk menekan-nekan punat di telefon bimbitnya. Budak-budak dah cuti. Hazwani dengan Haziq masing-masing dah ada kat rumah. Semalam beria-ia budak dua orang tu memujuk pergi bercuti sebab dah seminggu duduk terperap kat dalam rumah.
Ni mana pulak aku nak pergi bercuti ni? Mana la tahu sangat kat tempat kat Malaysia ni. Amboi, Aziz. Jalan kat luar negara tu tahu pulak. Ala..Eheh.. Encik Aziz tersengih sendiri.
“Ha, ni sengih sorang-sorang ni kenapa pulak?” Sergahan Puan Rosnah betul-betul mengejutkan Encik Aziz. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Puan Rosnah meletakkan dulang yang berisi teko dengan cawan di atas meja di hadapan suaminya.
“Ni tak tahu nak bawak budak-budak ni pergi bercuti ke mana. Kejap lagi nak telefon Helmi jap. Nak tanya tempat mana yang best.”
“Dah tu, tersengih pulak?” Puan Rosnah berkerut dahi pelik dengan gelagat suaminya.
“Oh, tu. Tak… Teringat cara Wani mintak holiday semalam. Beria-ia dok kemas rumah, sapu laman. Balik rumah tengok punya la bersih rumah. Dalam hati dah dok puji anak dara sorang ni. Sekali dia mintak holiday pulak. Ingatkan ikhlas.” Encik Aziz ketawa. Terserlah lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Puan Rosnah turut ketawa. “Dah tu, nak holiday kat mana?”
“Nak tanya Helmi la ni. Jap ye.” Tangan menekan punat telefon bimbit sebelum ditekupkan ke telinga.
“Assalamualaikum, yob.” Suara Encik Aziz mula lantang disertakan dengan ketawa.
Puan Rosnah menggeleng-gelengkan kepala. Ni yang aku tak faham. Kalau bergayut dengan member, suara lantang jantan dia tu dah keluar. Hati-hati tangan dia menuangkan the ke dalam cawan.
“Tambun-Taiping-Kuala Kangsar? Gila la kau. Ingat aku ni robot ke boleh duduk drive jauh-jauh macam tu?” Encik Aziz ketawa.
“Tengok la dulu macam mana.” Angguk. “Insya-Allah.” Encik Aziz mengganguk sekali lagi. “Assalamualaikum.” Tangan menekan butang end call.
“Esok kita pergi holiday. Habaq kat Wani dengan Haziq.” Encik Aziz memberitahu disertakan dengan senyuman di bibir.
“Yahoo!!!” Suara Haziq di tangga disertakan dengan bunyi slap hi-five hampir membuatkan teko di tangan Puan Rosnah terlepas.
“Siapa yang dok yahoo kat atas tu?!” Puan Rosnah meninggikan suara.
“Sorry.” Suara Haziq dan Hazwani bergabung meminta maaf dengan sengihan yang tidak cair.
***
“Ah, pass! Pass! Mana ada budak 22 tahun dok bergayut kat atas benda ni?” Hazwani menjegilkan matanya memandang Haziq yang dah duduk di atas Pony kat Merry-Go-Round.
“Ala, dah lama la tak rasa.” Haziq buat muka I-miss-this-thing-damn-so-much. Padahal dalam hati dah gelak bagai nak rak. Bukannya nak sangat duduk kat atas ni. Tapi kalau dah ajak naik benda macam buaian lepas tu pusing-pusing dengan kelajuan 100 km/j, ingat orang tak muntah ke?
“Ala, orang nak tu la.” Hazwani masih menunjuk ke tempat yang sama. Orang yang memandang di kawasan Lost World of Tambun itu dibuat tak endah.
Mata Haziq merenung lama ke objek yang berbentuk kapal. Dia terus turun dari Pony-Merry-Go-Round tu. Muka Hazwani dah tersenyum puas. “Kita naik Pirates tu.” Haziq terus menarik tangan Hazwani yang dah berubah kelat bila mendengar ayat Haziq.
***
Malam tu mereka terus pergi ke Night Safari. Siang tadi lepas dok berjerih kat Lost World of Tambun, abi terus drive ke Taiping. Teringat ayat kat dalam kereta tadi.
“Ala, bi. Apa kes pergi zoo ni?” Abi yang duduk di passenger seat dipandang. Abang pulak yang drive malam ni. GPS yang menunjukkan jalan dibuat tak endah.
“Heh, suka hati abi la.” Encik Aziz dah tersenyum simpul.
“Ala, kalau setakat tengok binatang je. Kucing jiran sebelah pun Wani boleh tengok.”
Sekarang dipersilakan menggelakkan cik Nur Hazwani ni ye. Kaki ni rasa macam tak nak balik dah. Boleh kata masa naik train tu, dia la paling jakun. Abang Haziq di sebelah dah puas gelak.
“Ala, kalau setakat tengok binatang je. Kucing jiran sebelah pun Wani boleh tengok.” Beria-ia Haziq mengulang balik ayat Hazwani semasa di dalam kereta tadi.
“Diam la. Wani tendang masuk kandang babi tu kang.” Hazwani menggertak abangnya.
“Yela..yela.” Haziq berhenti gelak. Kaki mereka berdua sudah melangkah masuk ke dalam Snake’s House.
Tengok cerita Singapura kat Youtube tadi. One question? Memang orang S'pore guna bahasa baku ea? Kalau orang M'sia ni cakap perkataan guna, diorang cakap gune. Orang S'pore cakap guna ea? Ni tanya je tau.. Bukannya nak sakitkan hati sape-sape