zihkir@yahoo.com
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, September 14, 2009
syukur 20

Dania duduk di atas pangkin bersebelahan dengan Nek Wan yang baru lepas melabuhkan punggungnya selepas menyapu daun-daun kering di laman.

    “Dania.” Panggil Nek Wan.

    “Ye.” Dania memandang Nek Wan di sebelah. Berpeluh-peluh muka tua itu. Tadi orang dah tegah sapu tapi nak buat jugak.

    Nek Wan memandang cucu menantunya. Hafiz memang tak silap ambil budak ni jadi isterinya. Dari pagi tadi sibuk sangat nak menolong itu ini sampai kain aku pun dok dibasuhnya. Nek Wan tersenyum sendiri. Tak macam menantunya yang lain. Bangun pun tunggu matahari tegak, turun dapur pun bila nak makan je. Tapi Dania di sebelahnya lain.

    “Kenapa Dania tak nak pakai kain batik?” Nek Wan bertanya sambil bibirnya mengukir senyuman.

    Gulp! Ala… Tanya soalan ni pulak. Takkan aku nak pakai kain batik depan Hafiz tu kot? Malu la. Buatnya dok terselak sana sini, macam mana pulak?

    “Dania tak reti la.” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal yang kini dibaluti dengan tudung. Uish, apa kejadah bukak tudung kat luar rumah pulak?

     “Tak apa. Nanti Nek Wan ajar.” Nek Wan membalas sambil bangun dan terus menarik Dania masuk ke dalam rumah.

     Ala, Nek Wan!

***

Hafiz menggosok-gosok matanya beberapa kali. Betul ke aku nampak ni? Tergamam sangat. Dania masih membelakanginya. Biar betul Dania pakai kain batik dengan baju kurung kedah? Bibir mengukir senyum nakal. Perlahan-lahan, kakinya menapak ke tempat Dania berdiri.

    “Cantiknya dia.” Serentak itu, tangannya memeluk pinggang Dania dari belakang.

    “Aa…” Terangkat pisau yang dipegang oleh Dania. Tindakan refleks. Nasib baik tak tercucuk orang belakang. Orang tengah potong kek lapis, dia menyibuk pulak. Dania mendengus geram.

    “Lepas la.” Dania berbisik perlahan. Pisau yang dipegang tadi diletak ke atas papan pemotong. Tangannya berusaha melepaskan pelukan Hafiz.

    Hafiz makin merapatkan tubuhnya ke tubuh Dania. Pelukan dieratkan lagi. Kalau boleh, tak nak lepas pun.

    “Ni apa berasmaradana kat dapur pulak ni?” Suara Tok Ayah mengejutkan mereka berdua. Hafiz menoleh memandang Tok Ayah yang dah masuk ke dapur. Dia tersengih. Dania makin cuba melepaskan dirinya dari pelukan Hafiz. Malu dengan Tok Ayah. Hafiz ni!

    “Tok Ayah. Tengok la Hafiz ni. Dia tak nak lepaskan Dania.” Rengek Dania. Dia buat muka seposen meminta pertolongan daripada Tok Ayah.

    “Ha, ngadu! Nak kena cium ni!” Hafiz terus mendaratkan bibirnya ke pipi Dania. Bulat mata Dania dengan kelakuan Hafiz. Dah la kat depan Tok Ayah.

    “Orang cucuk nanti dengan pisau ni karang.” Dania dah kembali memotong kek lapis. Dah tak larat nak lepaskan diri lagi. Cuba bandingkan tangan aku ni dengan mamat belakang ni. Tangan dia punya la gedabak. Aku mana larat.

    “Dania.” Panggil Tok Ayah. Dania mengangkat muka dari kek lapis. “Nanti bawak kek lapis dengan kopi kat depan ye. Tok Ayah nak ke depan nak dating dengan Nek Wan pulak.” Tok Ayah tersengih. Dia memandang Hafiz di belakang Dania yang sudah turut tersengih.

    “Aa…Tok Ayah. Tok Ayah duduk la sini teman Dania.” Jangan la Tok Ayah tinggalkan aku dengan dia. Kang ada benda tak betul jadi. Kejadian semalam menerpa fikiran. Cepat-cepat dihapuskan apabila sengihan Tok Ayah makin melebar.

    “Hafiz kan ada boleh teman Dania. Tok Wan pergi depan dulu ye.” Mata Dania hanya mengekori langkah Tok Wan yang dah ke ruang hadapan.

    “Orang nak buat kopi. Lepas la.” Dania cuba menolak tangan Hafiz yang masih erat di pinggangnya.

    “Kejap la.” Hafiz membenamkan bibirnya ke rambut Dania. Wanginya. “Sejak bila pakai kain batik ni?” Tanya Hafiz.

     “Nek Wan suruh.” Off-handed dia membalas. Lepaslah weh. Aku nak buat kopi ni. Nak suruh orang tua kat depan tunggu lagi 12 jam ke baru kopi sampai?

     Ooo… Ingatkan dengan rela hati. “Dengan baju kurung kedah sekali?”

    “Nek Wan cakap lagi manis kalau pakai dengan baju kurung.” Malas dia menjawab. Berapa banyak soalan nak kena jawab ni?

    Manis… “Aku nampak seksi je. Malam ni tidur sama-sama ye?” Suaranya bergetar nakal. Mana taknya, malam tadi Dania sanggup tidur atas lantai beralaskan karpet daripada tidur di sebelahnya di atas katil.

     Gila apa mamat ni? Dia menjulingkan mata. “Lepas la. Orang nak buat kopi.”

     Serentak itu, tangan Hafiz terus meleraikan pelukan di pinggang Dania.

***

Tok Ayah sibuk menggalah buah langsat di depan rumah. Hafiz di sebelah diam memerhati.

    “Hafiz buat la pulak. Tok Ayah tak larat la.” Tok Ayah menyerahkan galah kepada Hafiz. Hafiz menyambutnya tanpa kata.

    “Hafiz.” Panggil Tok Ayah. Dia memandang wajah cucu lelakinya. Ni cucu lelaki yang ke berapa ye? Entah la, aku pun dah lupa. Ramai sangat cucu lelaki kat dalam keluarga ni.

    “Ye.” Buah langsat di atas pokok dipandang. Cis, lepas lagi!

    “Bila Hafiz nak ada anak?”

    Pak! Yes! Dapat! “Tunggu la kalau ada rezeki.”

    “Bukan apa. Tok Ayah tengok kamu sorang je yang belum ada anak. Cucu-cucu Tok Ayah lain semua dah ada anak sendiri.” Tok Ayah membalas.

    Mana nak dapat anak sendiri, Tok Ayah. Tidur sekatil dengan Nia pun jarang. Ada la dua-tiga kali. “Insya-Allah nanti ada la. Tu kan rezeki. Kena tunggu.” Suara Hafiz bergetar nakal tapi hatinya sayu. Siapa tak nak anak?

    Tok Ayah ketawa. “Kamu suka usik Dania ye?”

    “Dah isteri saya, Tok. Kalau tak, siapa lagi saya nak usik?” Matanya mengikut buah langsat yang jatuh dari pokok mencium tanah.

    “Ada-ada je la kamu ni.” Tok Ayah menggeleng-geleng sambil ketawa.

***

“Tak aci la. Orang yang dapat dulu.” Dania menarik kembali segugus buah langsat di tangan Hafiz. Tu je satu-satunya buahnya yang elok semua.

    “Aci tak aci. Orang yang nampak dulu.” Hafiz berdiri atas pangkin. Dia merampas kembali buah langsat itu. Nek Wan yang memerhati ketawa. Macam budak-budak cucu aku ni.

    “Ala, mana boleh.” Dania memuncung. “Nek Wan, tengok abang. Dia tak nak bagi Nia buah tu.”

     Aa? Apa dia panggil aku tadi? Abang?

    “Nek Wan tak nak campur.” Tok Ayah dan Nek Wan berkongsi ketawa.

    “Kita kongsi ye.” Hafiz memujuk. Aku pun nak ni jugak.

    “Tak nak.” Dania menggeleng-geleng kepala sambil menghentakkan kaki di pangkin kayu itu.

    Aih, nasib baik badan kecik. Kalau tak memang roboh la pangkin ni. Hafiz menarik pinggang Dania merapatkan tubuhnya ke tubuh Dania. “Kita kongsi la ye. Abang pun nak.” Rasa macam nak ketawa bila sebut perkataan abang.

    “Tak nak la peluk-peluk macam ni.” Rengek Dania.

    Hafiz tersengih. Dia menarik kepala Dania dan mendaratkan ke dadanya. Sengaja dia mengusap lembut kepala Dania yang dibaluti tudung. Nasib baik Nek Wan dengan Tok Ayah ada. Kalau tak, memang dah lama kena silat gayung Dania ni.

    Eh? Apa pulak ni tarik-tarik kepala orang?! “Yela..Yela..” Dania menolak tubuh Hafiz setelah merasakan pegangan di pinggang tadi mula longgar.

 

Posted at Monday, September 14, 2009 by zeekay

Terubuk
September 14, 2009   11:58 PM PDT
 
Suke bace cerita awk...comel je...
Nanti sambung lagi ok...
bulanhijau
September 14, 2009   08:28 AM PDT
 
yay yay!!

ske la dorg ni.
comel2 je
zatie
September 14, 2009   06:32 AM PDT
 
kg sgt bagos untuk dorang berdua..
bley manja2..
bhahaha..kalo kat uma,,perang ke..
ske2..
comey2..smbung2..
in_wired88
September 14, 2009   05:31 AM PDT
 
time kat kampung ni la ade peluang nk berputik cinta..mwahaha
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry