"Nak tanya boleh?" Dania duduk bersila di atas lantai sambil matanya memandang Hafiz yang berbaring di atas katil.
"Apa dia?" Tangan kanan diletakkan ke belakang kepala manakala tangan yang sebelah lagi memeluk bantal kecil.
"Kenapa Tok Ayah dengan Nek Wan tak datang majlis hari tu?" Tak berani aku nak sebut 'majlis kahwin kita'. Rasa ngilu kalau sebut. Sebut abang tadi pun dah terasa jantung nak keluar dari mulut. Nasib baik dah biasa dengan Abang Damian.
"Majlis mana?" Berkerut-kerut dahi Hafiz cuba mengingat. Berapa kali majlis aku buat?
"Ala… majlis tu la." Dania mengetap bibir. Adui, apsal susah nak faham pulak dia ni?
"Majlis apa?" Sekali lagi soalan itu diulang. Kali ini sedikit tinggi.
"Majlis kahwin kau." Argh! Bantai je la cakap apaper pun.
"Bukan majlis kahwin kita?" Hafiz dah mengiringkan badan mengadap Dania. Dahinya berkerut pelik.
Adoi! Tak tau nak campak muka ni masuk mana dah. Tak payah la terang-terangan dia cakap macam tu. Itu pun tak faham ke? "Apaper je la. Tak kisah."
Budak ni! Hafiz bangun dari katil. Dia duduk berhadapan dengan Dania. Dania beranjak ke belakang. Hafiz terasa hendak ketawa. Ya Allah, budak ni takut dengan aku lagi ke? Kira halal apa aku buat macam tu malam semalam.
"Kau tanya apa tadi?" Hafiz menjungkitkan keningnya bertanya.
"Kenapa Tok Ayah dengan Nek Wan tak datang majlis tu?" Perasaan membuak-buak dah melepasi tahap paras bahaya. Ni kalau tak jawab, memang bakal kena flying kick.
Muka Hafiz berubah kelat. "Benda lama." Perlahan dia menuturkan. Pandangan dihalakan ke tempat lain. Rasa macam nak menangis.
Benda sebenarnya kecik je. Semua sebab tanah Tok Ayah yang luas tu. Masa tu Pak Long mintak bantuan Tok Ayah sebab syarikat dia dah gulung tikar. Memang sehelai sepinggang je la Pak Long balik Taiping masa tu. Mak Long dengan adik-adik saudaranya semua ditinggalkan di Johor.
Teringat balik macam mana mengamuknya ayah bila Tok Ayah setuju nak bagi tanah yang dekat dengan bendang tu kat Pak Long. Bukannya kecik tanah tu. Dengar-dengarnya, lebih luas daripada tanah rumah ni. Yalah, dulu kan tanah murah-murah je?
Ayah cakap ayah tak percaya dengan Pak Long. Ayah cakap Pak Long tu suka sangat joli katak. Itu la selalu sangat gulung tikar. Habis satu perniagaannya, dia bukak lagi satu perniagaan. Itu pun hasil bantuan modal Tok Ayah. Kesian Tok Ayah. Sampai ke tua pun nak kena mengerahkan tulang empat kerat untuk anak-anak.
Dan hanya kerana tanah itu, sampai sekarang ayah merajuk dengan Tok Ayah. Tak tahu kenapa tak surut-surut lagi padahal benda tu dah jadi 4 tahun lepas? Ayah… Ayah… Kesian dengan Tok Ayah. Umurnya pun dah tak lama dah. Bila-bila masa je kena jemput. Bila la ayah nak jenguk Tok Ayah ye?
"Hafiz." Suara Dania pantas mencantas lamunannya. Terkebil-kebil Hafiz memandang Dania yang berada di hadapannya.
"Okey ke tak ni?" Dania bertanya risau. Dia beranjak sedikit ke hadapan mendekati Hafiz. Melihat wajah lelaki itu dengan lebih dekat.
"Aku okey. Dah la. Aku nak tidur." Hafiz memanjat katil dan terus merebahkan badannya. Mata terus dipejamkan.
Dania terpinga-pinga dengan tindakan Hafiz. Hati, tolong cakap kau tak sakit sekarang ni. Mata, jangan mengada-ngada nak menangis.
He's nothing to me. Hatinya bergetar sayu. Badan direbahkan di atas lantai. Bantal yang bersandar di dinding ditarik dan diletakkan di bawah kepala. Dia mengiring membelakangi Hafiz.
And I'm nothing to him. Kali ni air matanya terus mengalir di pipi.
***
"Tak, bukan macam tu." Dania menuangkan teh ke dalam mug hitam. Dia membetulkan kedudukan telefon bimbit di telinga yang dikepit dengan bahu. "Kan saya dah cakap projek tu bukan saya yang handle. Aiman yang handle semua tu."
Dania menghirup sedikit teh yang dah tinggal suam-suam kuku. "Takkan saya yang pulak yang kena in charge untuk benda ni?" Mug diletakkan di atas meja kopi. Dia duduk bersandar ke sofa. Hafiz yang melintas dibuat tak endah.
"Macam ni la, Encik Azril. Tunggu saya balik KL. Nanti kita bincang." Dania terus menekan butang end call tanpa mendengar sebarang jawapan daripada ketuanya. Dia merengus marah. Mug yang berada di atas meja kopi dicapai. Terus isinya diteguk rakus sehingga habis. Rasa macam nak cekik-cekik je si Aiman tu. Waktu macam ni la dia nak lari.
"Siapa yang telefon?" Hafiz duduk di sebelah Dania. Tok Ayah dengan Nek Wan pergi pasar. Tinggal diorang dua je kat rumah sekarang. Hehe. Ada peluang nak beramah-mesra.
"Bos." Jawab Dania sepatah. Dingin.
"Dia nak apa?" Hafiz bertanya selamba. Dia memandang wajah Dania yang tak menunjukkan apa-apa riak.
"Entah." Dania menjarakkan badannya dari Hafiz. Entah kenapa mood tiba-tiba rasa swing semacam.
Hafiz perasan dengan suara Dania yang dingin. Dia mengeluh. "Kenapa ni?" Lembut dia bertanya.
Dania mencebik ke arah lain. Dah keluar tone dia tu. A'ah. Kenapa dengan aku hari ni sampai nak merajuk-rajuk dengan Hafiz pulak ni?
"Kenapa ni?" Sekali lagi Hafiz bertanya. Kali ini disertakan tarikan di pinggang mendekati tubuh Hafiz. Hafiz mencium rambut Dania.
"Lepas la." Dania merengek. Tak nak la macam ni. Dah la dua orang je kat rumah. Buatnya ada benda yang tak pernah nak jadi, akan jadi pulak.
"Bagi tahu dulu, baru lepas." Hafiz mengugut. Makin rapat ditarik Dania ke tubuhnya.
"Tak ada apa-apa. Lepas la." Suara masih ditahan daripada menjerit. Buatnya aku menjerit, boleh terdengar satu kampung. Rumah jiran-jiran pun bukannya 100 meter. Kurang 50 meter je. Dekat tu.
"Betul?"
"Iye."
"Okey." Hafiz tetap tidak meleraikan pinggang Dania daripada tangannya.
"Bila nak lepas ni?" Off handed dia bertanya.
Hafiz menjungkitkan kening. Ada yang nak kena ni. Rambut Dania yang berlepas tidak berikat diselak menunjukkan lehernya yang kini terdedah. Sejak hari tu sampai sekarang, memang Dania dah tak pakai tudung kat depan dia. Mula-mula agak kekok la jugak budak ni sampai keluar dari bilik air pun pakai lagi tudung. Sekarang, dah tak la. Leher Dania yang bersih membuatkannya naluri lelakinya mula naik.
Dada Dania bergetar dengan kelakuan Hafiz. Apa dia nak buat pulak kali ni? Tangan Hafiz ditepuk banyak kali tapi tiada respons. Sekarang dah tak berani nak pandang muka Hafiz. Harap-harap tak ada apa-apa la jadi.
Perlahan-lahan Hafiz mendekatkan bibirnya ke leher Dania. Tepukan di tangannya tidak diendahkan lagi. Bukannya kuat pun budak ni tepuk. Rasa macam lullaby la pulak. Ehehe.
Dania menggeliat kegelian saat bibir Hafiz mendarat di lehernya. Ish, apa pulak ni? "Tak nak la macam ni." Tegas dia menegah kelakuan Hafiz.
"Apa nak ditakutkan lagi? Kita dah halal pun kan?" Lembut suara itu mencecah gegendang telinga Dania.
"Kalau orang cakap tak nak, tak nak la." Entah mana kekuatan yang dia ada, Dania terus menolak badan Hafiz dan dia terus berdiri. "Gila ke?!" Dania bertanya kasar.
Hafiz terus berdiri. "Apa salah aku pulak?! Aku suami, kau isteri! Salah ke aku buat macam tu?!" Hafiz menjawab dengan nada yang sama juga. Kasar.
Memang la tak salah, bahalul. Tapi aku tak nak. Apsal tiba-tiba mamat ni jadi siot semacam ha?! "Aku nak balik KL!" Kaki dah melangkah ke bahagian belakang. Hafiz mengejar dari belakang.
Dia menarik lengan Dania. Terhenti langkah Dania yang tadi berdesup tak cukup tanah. Mata mereka bertentang. Masing-masing dah berapi.
"Apsal dengan kau ni ha?!" Hafiz bertanya. Garang.
"Hands off! Damn!" Dania menarik tangannya kasar.
"Kau memang tak pernah setuju dengan marriage ni kan?" Suara Hafiz mulai kendur. Dia meraup rambut ke belakang. Dia memandang lantai.
"Aku memang tak pernah setuju!" Dania membalas. "Pasal rombongan kau yang bodoh tu, aku kena paksa kahwin. Kau tahu tak yang aku langsung tak nak kahwin." Air mata dah merembes keluar. Tak tahu kenapa rasa sakit sangat bila keluarkan ayat ni.
Hafiz mengangkat wajah. Dia memandang tajam wajah Dania yang berada di hadapannya. "Dah tu, kenapa kau setuju?"
"Aku tak pernah setuju! Papa yang cakap setuju. Dah la tak bagi tau aku." Dania berhenti mengumpul nafas. "Dulu masa kecik-kecik, aku pernah cakap dengan mama yang aku tak nak kahwin. Mama marah aku. Dia tanya kenapa? Aku cakap yang aku nak jaga mama dengan papa sampai bila-bila. Tapi kenapa aku tak boleh capai cita-cita aku tu?" Dania mencangkung.
Kita yang merancang, Allah yang menentukan, Dania. Kenapa kau tak pernah nak realize benda macam ni? Kenapa kau tak boleh terima aku sebagai suami kau?
"Sekarang kau fikir this marriage doesn't work at all?" Hafiz bertanya perlahan.
Dania tidak berani menjawab. Dia tak tahu nak jawab ya ataupun tidak. Entah kenapa semenjak duduk kat kampung, dia macam dah sayang dengan Hafiz. Tapi tak tahu nak letak dalam which level. Sebagai kawan? Abang? Macam sayang kat mama dengan papa? Atau sebagai suami?
"Aku nak balik KL." Dania bangun dan terus melangkah masuk ke dalam bilik.