zihkir@yahoo.com
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, October 11, 2009
syukur 23

Dania menyusun bantal kusyen dengan kasar. Satu-persatu bantal yang dicampak ke atas lantai tadi disusun semula. Hafiz yang berdiri di sliding door dipanjang dengan hujung mata. Bengong punya mamat! Sesuka hati nak marah aku. Ingat aku ni apa? Nasib baik aku tak ungkit benda yang jadi kat Sarang Burung semalam. Tapi kalau ungkit pun dapat apa? Dapat malu ada la. Memang aku terasa nak campak je bantal ni kat muka dia. Tapi difikirkan balik, sah-sah kena tengking sekali lagi.

      Hafiz memandang Dania yang sedang mengemas ruang tamu dengan wajah yang serius. Macam nak tergelak je tengok budak ni hentak bantal tu kat atas kusyen. Gaya macam Triple H mengamuk je. Siapa suruh sepahkan ruang tamu? Ingat aku ni penyepah macam dia ke?

       Lepas balik dari kampung, memang dah jadi macam dulu. Tak bertegur sapa. Tapi kira okey la, kepala tu tak bersarung tudung balik.

       “Ibu ajak pergi rumah dia.” Hafiz bersuara dengan nada yang tenang. Mata memandang ke luar rumah melalui sliding door. Senyap je kat luar.

       Dania menjulingkan mata. “Hmmm…” Malas mahu melayan. Dia duduk di atas sofa apabila kerjanya sudah siap. Badan disandarkan. Fuh, penat. “Bila?” Off-handed dia bertanya.

       Hafiz bergerak ke sofa berhadapan dengan Dania. Dia duduk terus. “Minggu depan. Ada kenduri sikit.”

        Dania bangun dari sofa. “Okey.” Takkan nak cakap tak pergi. Nanti ibu fikir apa-apa karang. Walaupun kena pergi dengan mamat tak bertauliah ni dan berpenyakit tak tentu pasal. Dia terus berlalu ke dapur.

        Hafiz melepaskan nafas perlahan. Dania…

***

Dania menatang dulang dari dapur ke hadapan. Hati-hati dia membawanya. Takut terkena baju kurung yang berwarna hijau cerah ni. Sekilas matanya memandang ke arah Hafiz yang lengkap berbaju Melayu cekak musang yang sedang berbual dengan para tetamu yang datang. Aduyai, apsal la aku nampak Hafiz tu handsome sangat? Dah la, colour baju Melayu tu pun sama dengan aku. Ish, tak boleh jadi ni!

     Orang dah ramai kat depan. Berborak-borak. Bunyi pun dah serupa macam lebah hurung kat sarang. Berdengung semacam. Dia hanya membalas senyuman kepada tetamu yang hadir. Daripada yang kecil comey lote sampai la kepada nenek-nenek yang dah berkedut. Cakap pasal nenek, teringat pulak Nek Wan kat kampung. Dah la hari tu balik KL pun tak jumpa Nek Wan dulu. Agak-agak ibu dengan ayah jemput Nek Wan dan Tok Ayah ke?

      Dania meletakkan dulang yang dipegangnya tadi di atas meja. Mangkuk yang berisi kuah kacang dialihkan dari dulang ke atas meja. Mana aku nak angkat mangkuk kuah kacang tu dengan tangan je. Mahu jadi tragedi yang tak diingini. Heh! Ayat skema la pulak aku ni. Dania mengangkat dulang itu untuk dibawa ke dapur.

***

Dia meletakkan dulang yang digunakan tadi di dalam singki. Badan disandarkan perlahan ke dinding. Nak kena buat apa lagi ye?

     Mangkuk kuah kacang yang gedabak tu dah dibawa ke depan… Buah dah habis potong… Air, orang lelaki yang buat…

     “Dania.” Lauk semua dah complete…

     “Nia.” Jumpa tetamu belum lagi… Tak apalah, benda small matter macam tu kejap lagi je la.

     “Nur Dania Ramli!”

     Pandangannya dialihkan ke pintu dapur. Tercegat Hafiz di situ. Tangannya diselukkan ke dalam saku baju Melayu yang dipakainya. Di sebelahnya, berdiri seorang perempuan.

     Perempuan kat Sarang Burung tu!

     Bukan susah kalau nak ingat balik perempuan yang beramah mesra dengan suami sendiri dan yang buat air mata untuk lelaki tiba-tiba je mengalir.

     “Meh sini kejap.” Hafiz menggamit dari pintu dapur.

     Berkerut dahi Dania. Apa gaya panggil aku macam panggil kucing je ni? Tak boleh datang ke sini je ke? Tau la awek dia kat sebelah. Ni panggil-panggil aku aphal pulak? Nak kenalkan minah tu sebagai bakal bini nombor dua pulak ke? Walaupun hati dah merungut tak ingat dunia, kakinya tetap melangkah mendekati Hafiz.

     Dania menjungkitkan kening bertanya. Hafiz hanya tersengih.

     “Sebagai lelaki tunggal kat dalam family ni, aku nak kenalkan…” Dania menjulingkan mata. Show-off pulak laki aku ni!

     “…Hanisah, adik ipar kau.” Hafiz menarik nafas. “Dan Hanisah, ni Kak Dania.” Hafiz menyambung kata.

     Bulat mata Dania mendengar ayat itu. What?! Adik ipar aku! Malaun punya Hafiz. Apsal kenalkan aku dengan Hanisah ni lambat sangat?

Posted at Sunday, October 11, 2009 by zeekay

misz nana
October 20, 2009   05:11 AM PDT
 
nasib baik adik..
L
October 19, 2009   03:43 AM PDT
 
haha mangkuk gila hafiz. aku dah ingat dia main kayu tiga. cehh kurang asam. kesian dania xD
zatie
October 11, 2009   11:05 PM PDT
 
yeayyyy...
hafiz xmen kayu tiga..
hahah..
ske2..

nk lgii..!!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry