zihkir@yahoo.com
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



MY LIFE MY STORY




Cerpen : Ayah



Syukur

"Marrying her is like a miracle"

"Marrying him is so not part of my plan

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 3

|1| 2| 3| 4| 5| 6|


Together

"Dia cikgu, aku pelajar"

"Eh, gila ke?"

Part 1

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 2

|1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|

Part 3

|1| 2|




Belajar Mengenal


"Kita sebagai manusia kena la tahu jaga batas!"

"Suka hati la aku nak buat apa!"

|Prolog| 1| 2| 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| end|


Part 2

|1| 2| 3| 4| 5|



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, October 11, 2009
Cerpen : Ayah

Fatin sibuk melayan kerja sekolahnya. Encik Fazril pula membaca surat khabar di ruang tamu. Masing-masing melayan kerja sendiri tapi telinga Encik Fazril ditajamkan daya pendengarannya agar dapat mendengar jika Fatin memanggilnya.

     “Ayah.” Fatin memanggil dari ruang makan. Habis berselerak meja makan dengan segala buku, kertas lukisan, pensel warna dan pensil-pensil kayu yang sudah pendek tapi masih boleh digunakan lagi.

      “Ye.” Encik Fazril menjawab di sebalik surat khabar. Isu pasal peperangan di Gaza. Masya-Allah! Zionis ni memang kejam. Kalau aku ada kat situ, memang aku dah lumat-lumat tentera rejim tu.

      “Ayah, meh la sini.” Rengekan Fatin mula kedengaran. Encik Fazril mengalah. Dia melipat dan meletakkan surat khabar yang dipegang tadi di sebelahnya.

      Encik Fazril berjalan mendekati anak perempuannya yang berusia 7 tahun. “Nak apa ni?” Lembut suaranya bertanya. Dia mengusap-ngusap rambut Fatin yang sudah panjang mencecah pinggang. Ah, wajahnya memang persis Lia. Serta-merta rindu kepada arwah isterinya bertandang.

       “Cikgu suruh Fatin lukis. Mana la Fatin tau.” Fatin merengek lagi. Encik Fazril melepaskan nafas.

       Sorang ni sahaja anak dia dengan Alia lepas Alia dah meninggalkan mereka berdua. Biarlah kasih sayang dia hanya tertumpah pada anaknya yang seorang ni. Encik Fazril mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Fatin. “Cikgu suruh lukis apa?”

      “Cikgu suruh buat …” Fatin buat-buat membetulkan suara. “Murid-murid, cikgu nak kamu semua lukis gambar ayah dan ibu kamu semua.” Fatin mengajuk cara guru Pendidikan Seninya memberikan arahan dan dia ketawa kecil.

      Encik Fazril senyap. Lia… Dia membalasnya dengan senyuman. Hambar

      “Okey, ayah tolong.” Encik Fazril mencapai pensil di sebelah kertas lukisan. “Tapi Fatin kena warna sendiri tau. Ayah tak reti colour la. Nanti muka ayah dengan ibu macam beruk pulak.” Encik Fazril tersenyum simpul.

      Pantas anak kecil itu mengangguk  dengan senyuman yang melebar di bibirnya.

      Selepas dua puluh minit dan selepas bertungkus-lumus menyiapkan lukisan yang dipinta oleh Fatin, Encik Fazril meletakkan pensil di atas meja. “Fatin dah boleh colour.”

       Gembira sekali anak itu. Bertepuk-tepuk tangannya apabila melihat kerja lukisannya sudah siap. Tidak perlu menyumbangkan apa-apa lakaran pun pada kertas putih itu tadi. Hanya perlu menyumbangkan warna untuk kemasan yang terakhir.

        Encik Fazril merenung anak kecil itu mewarnakan lukisannya dengan pensil warna LUNA.

        “Ayah.” Suara anak kecil itu keluar. Tangan yang tadi lincah mewarna berhenti.

        “Hmm…” Encik Fazril mengusap kepala anaknya.

        “I miss ibu.” Terdengar esakan di hujung ayat itu.

        Encik Fazril tersentak. Dia menggigit bibir. Rasa macam nak menangis bila terdengar ayat itu. “I miss ibu too.” Terus ditarik anak kecil itu ke dalam pelukan.

***

Encik Fazril duduk di atas sofa berangkai tiga itu. Singgah sekejap kat rumah umi nak lepaskan lelah. Fuh, penatnya dok berulang-alik Bangi-Sri Damansara. Sekali kena campak pergi tengok site kat Bangi tu. Dah la hari ni panas je. Awan pun tak adanya nak berkumpul nak bagi mendung. Tangan melonggarkan tali leher. Dia menyandarkan badan ke sofa itu.

      Umi keluar dari dapur menatang dulang yang berisi teko dan cawan. Tidak lupa beberapa kek pisang di dalam piring.

       “Penat?” Umi mengambil tempat di sebelah Encik Fazril setelah meletakkan dulang di atas meja.

      Encik Fazril mengangguk lemah. Dia bangun dari sandar mengambil kek pisang di atas meja. Terus disuap sekeping ke dalam mulut.

      “Jangan la kerja kuat sangat. Sekali-sekala ambil la cuti.” Umi menasihati anaknya.

      Encik Fazril terdiam. Umi ni… Ada pulak macam tu. “Saya kerja ni pun sebab nak sara Fatin, umi.” Dia berhenti sejenak. “Rasanya tak sanggup saya nak tengok dia kekurangan apa-apa benda lepas Lia dah tak ada.” Encik Fazril menghirup air teh pula.

      “Kamu tak nak kahwin?” Umi bertanya perlahan. Dia memandang wajah anak lelakinya. Wajahnya berubah riak tapi cepat-cepat riak wajah bekunya kembali semula.

      “Saya sayangkan Lia, umi.” Dah boleh agak jawapan itu yang akan keluar dari mulutnya. “Dan Sarah juga.” Cawan diletakkan di atas meja.

       “Lagi pun, Lia dah amanahkan saya jaga Fatin baik-baik. Sampai sekarang saya tetap pegang amanah dia tu.”

      Umi mengangguk faham. Dia mengambil cawan yang berisi teh di atas meja. Dihirup perlahan-lahan.

       Seketika ruang tamu itu senyap tanpa apa-apa perbualan.

      “Minggu depan bawa Fatin ke sini ye.”

      Encik Fazril mengangguk tanpa sepatah kata. Kek pisang kembali dikunyah di dalam mulut.

      Lia…

***

“One… Two… Jus…” Tangan Fatin membentuk genggaman manakala tangan Encik Fazril tidak membentuk apa-apa. Hanya dibukakan menampakkan tapak tangannya.

     Batu vs. Air

     “Ayah menang.” Encik Fazril hampir tergelak melihat muka anaknya yang sudah memuncung.

     “Ala, bagi la Fatin menang.” Fatin buat muka sedih. Cuba meraih simpati daripada ayahnya.

     “Aa… mana boleh. Ayah nak tengok Transformers jugak.”

     “But, I don’t want to watch Transformers. It’s really scared me.” Anak kecil itu memeluk kaki Encik Fazril. Hampir terbalik ke belakang dibuatnya.

      “Then, Fatin nak apa?” Encik Fazril cuba memujuk. Dia mengusap-ngusap kepala anaknya. Mata menala ke sekeliling. Ramai yang dah berasak ke dalam pawagam.

       “Kita shopping ye.” Mata Fatin dah bersinar-sinar. Kepalanya didongakkan memandang ayahnya yang tinggi daripadanya.

       Encik Fazril diam sejenak. Menimbang-nimbang cadangan anaknya. “Oo…key.”

       Fatin melepaskan kaki ayahnya. “Yay!!!” Dia melompat kegirangan.

      “Fatin!” Mencerun mata Encik Fazril memandang wajah anaknya yang dah bersinar-sinar. Saja je nak gertak.

      “Hehe… Sorry.”

      Encik Fazril mencangkung. Dia menarik tangan Fatin mendekatinya. “But kiss me first.” Jari telunjuk tangannya ditepuk-tepuk perlahan di pipi kanan.

      “Sayang ayah!” Fatin mencium pipi Encik Fazril dengan senyuman yang tidak cair.

***

Selepas 12 tahun…

 

“Ayah!!!” Fatin melompat kegirangan.

    “Apa dia?” Encik Fazril mengangkat muka dari surat khabar. “Anak dara menjerit masuk rumah tak bagi salam.” Perli Encik Fazril. Dia membetulkan duduk. Mata kembali pada ayat artikel di surat khabar yang dipegang.

     Fatin tersengih. “Sorry.” Dia meminta maaf dengan sengihan yang tak cair.

     “Cuba teka Fatin dapat apa?” Fatin duduk bersebelahan dengan ayahnya. Tubuh dirapatkan dengan Encik Fazril. Tangan pula disorokkan di belakangnya tidak mahu menunjukkannya terlebih dahulu.

     “Anak katak?” Encik Fazril menjungkitkan kening dengan senyuman nakal. Mata tidak lepas dari Star. Kepalanya beralih ke kanan pula, di muka surat yang lain.

     “Mana ada.” Fatin memuncungkan bibir. “Next?” Tangan dah rasa berpeluh sebab sorok kat belakang. Dah la tengah pegang ‘kejutan’ ni. Fatin senyum excited.

     “Anak lipan?”

     “Tak.”

     “Anak koala?”

     “Tak jugak.” Fatin menggeleng-gelengkan kepala.  Apa pulak ayah ni? Dia mengerutkan dahi. Semua pelik-pelik. Segala anak binatang nak keluar.

     “Anak ayam?” Sengihan Encik Fazril tidak cair. Apa la anak aku ni suruh teka? Ayah dah tua la Fatin oi.

     “Mana ada.”

     “Dah tu?”

     Fatin mengeluarkan sampul surat dari belakang badannya. “I’ve got Aberdeen!”

     “Masya-Allah! Really? Let me see.” Encik Fazril mencapai sampul surat di tangan anak perempuannya. Dibuka surat itu perlahan-lahan. “Alhamdulillah. You deserved it, dear.”

      “Thanks, ayah.” Fatin mencium pipi ayahnya. Terjungkit kening Encik Fazril.

      “What for?”

      “For everything.” Fatin memeluk lengan ayahnya.

***

Terdengar esakan di hujung sana. Panggilan antara benua.

    “Ayah.” Fatin menarik nafas. “I want to go home.” Lagi sekali terdengar esakan di sebelah sana.

    Encik Fazril macam nak ketawa saat itu tapi ditahan. Merajuk anak dara sorang ni pulak karang. “Why? Raya at Aberdeen isn’t too bad, right?” Umi di belakang dah terjungkit-jungkit bahu menahan tawa. Sengaja Encik Fazril memasang speaker supaya dapat didengari oleh semua orang di rumah umi. Semua saudara-mara dah berkumpul di tepi meja telefon itu.

    “Ayah, please come here. Sambut raya dengan Fatin kat sini la.” Insyirah dengan Farah dah meraung kat luar sana. Mana tak nya, first year dah kena raya kat sini!

    “I can’t, dear. Raya kat sini lagi best kat tanah Scotland tu.” Encik Fazril megusik.

    “Ayah, cut that off.” Nada merajuk dah kedengaran. Nak balik Malaysia!!!

    Encik Fazril mengangkat tangan membilang satu… dua… tiga; Bibirnya mengukir senyum penuh perisa. Dia mengenyitkan mata kepada sanak saudara yang berkumpul duduk di atas lantai.

    “Selamat Hari Raya, Fatin!!!” Gamat ruang rumah umi dengan ucapan hari raya daripada seluruh saudara.

     “Aarrgghh!!! Tak aci!” Fatin menjerit malu.

     “I’ve told you just now. Raya kat sini lagi best dari kat tanah Scotland tu.” Encik Fazril melepaskan ketawa yang ditahan tadi.

     Terdengar raungan antara benua di speaker telefon itu. “Ayah!”

***

Encik Fazril meletakkan pennya di atas meja bersebelahan dengan kertas projek sebesar meja di hadapannya. Nasib baik computer letak kat meja lagi satu. Kalau tak, memang tergolek jatuh la PC tu. Gambar Fatin dan dia menarik perhatiannya. Dicapai bingkai gambar berukir kayu itu.

    Fatin dah besar, Lia. Hatinya menggumam sayu.

    She’s really a good girl. Lia bertuah dapat anak macam dia. Tak pernah susahkan ayah dia dan seboleh-bolehnya sering setia di sisi ayahnya. Tapi sekarang ni dia tak ada sebelah abang. Dia dah sambung belajar kat Aberdeen. Dia memang pandai. Dia cakap dia nak jadi doktor sebab dia nak selamatkan orang yang sakit sama macam Lia. Abang bangga dengan dia. Lia pun mesti bangga, kan?

    Kemudian, tangannya menarik keluar beberapa helai kertas dari dalam laci. Result tentang kesihatannya.

     Kanser paru-paru.

     Minggu lepas, dia membuat pemeriksaan apabila menyedari dadanya sakit dan selalu muntah darah. Kadangkala, sesak nafas. Tak tahu macam mana boleh dapat kanser paru-paru ni. Dia tak merokok! Sebatang pun tak pernah disentuh. Tapi kenapa penyakit ini turun kepada dirinya yang sedang berjuang untuk hidup dan mahu melihat anaknya berjaya?

***

Air mata dah gugur entah kali ke berapa. Kelmarin Nek Wan call dari Malaysia ke Scotland.

   Cardiac tamponade… “Assalamualaikum.” Dia memberi salam kepada Nek Wan yang menelefon dari Malaysia. Mata masih tidak lepas dari kertas di hadapannya. Sekilas tangannya menulis laju; blood accumulating in the heart which is oppressing against so subject can’t breathe…

      “Fatin…” Nek Wan dah teresak-esak di hujung talian.

      Tangan berhenti menulis. Jantung dah berdegup kencang. Kenapa ni? Kertas yang berada di hadapan mata tadi sudak tidak menjadi perhatian lagi. “Nek Wan? Kenapa, Nek Wan?” Dia bertanya perlahan.

    “Ayah koma, Fatin. Balik la.”

    Tubuh Encik Fazril yang kaku di atas katil dipandang sekali lagi. Segala wayar ada kat badan. Macam wayar tu pulak yang dok baring kat atas baring. Yassin diletakkan di atas drawer bersebelahan katil yang dipenuhi dengan termos, jag dan gelas.

     “Ayah.” Lirih suaranya memanggil. “Bangun la. Fatin ada ni.” Makin gugur air matanya. Dah tak terkira berapa kali dia membuang air mata di pipi. Air mata itu hanya dibiarkan mengalir tanpa diseka.

     Dia menarik nafas dalam-dalam. Bangun, ayah. Fatin ada kat sini. Fatin ada kalau ayah nak borak. Fatin ada kalau ayah nak pergi jalan-jalan. Kat mana-mana ayah ada, kat situ pun Fatin ada. Jangan tinggalkan Fatin sorang-sorang. Fatin ada ayah dengan Nek Wan je kat dunia ni. Ibu dah tak ada. Takkan ayah pun nak tinggalkan Fatin jugak?

***

Encik Fazril bangun dari lelap. Dia memandang sekeliling. Macam ada kat padang yang besar. Ya Allah, kenapa gelap sangat ni? Dia menjerit memanggil umi dan Fatin.

    “Umi!!!”

    “Fatin!!!”

    Sayup-sayup hanya terdengar lantunan suara itu semula. Dia berjalan seperti orang yang tidak tentu arah. Dah puas menelek atas-bawah-kiri-kanan-depan.

    “Umi!!! Fatin!!!” Sekali lagi dia menjerit memanggil tetapi hampa. Tiada balasan yang diterima.

    Encik Fazril memandang sekeliling sekali lagi. Matanya memfokus ke arah suatu objek terang. Nun di hujung sana, ada cahaya yang bergerak-gerak. Mata digosok-gosok untuk memastikan objek di hadapan sana. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke arah objek itu.

    Lia!

    Wanita itu tersenyum ke arahnya. Dia membalas senyuman itu. Sungguh dia amat merindui wanita itu.

    “Lia?” Dia melangkah setapak mendekati wanita yang memakai telekung serba putih itu. “Abang rindu Lia.” Terlepas kalimah rindu itu dari bibirnya. Dia cuba menggenggam tangan Alia tapi pantas ditarik oleh Alia. Dia tersenyum memandang Encik Fazril.

     Berkerut dahi Encik Fazril dengan penolakan arwah isterinya. “Lia?”

     Perlahan-lahan Alia berpusing ke belakang dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat yang bercahaya itu.

      “Lia!” Dia mendekati Alia yang semakin menjauh. “Jangan tinggalkan abang!”

***

Fatin mengangkat kepala. Terdengar desahan nafas yang begitu kuat. Ayah! Dia memandang ke skrin monitor jantung.

     Heart rate dah turun! Masya-Allah!

     Dia mencapai wayar berwarna putih dan menekan alarm berulang kali. Tangan yang sebelah lagi menggenggam erat tangan Encik Fazril. Dia memandang sekilas ke arah pintu. Cepat la, mana nurse ni? Takkan nak suruh aku yang rawat kot. Aku belajar pun belum habis lagi! Dia menekan butang alarm yang berwarna merah itu sekali lagi.

      Mata memandang ke arah Encik Fazril yang bernafas dengan kuat. Air mata mengalir sekali lagi. Jangan tinggalkan Fatin, ayah! Tahan sikit je lagi. Nanti doktor masuk rawat ayah.

       Terdengar pintu bilik ditolak. Dia memandang ke arah tiga orang jururawat yang dah menyerbu masuk. “Nurse, tolong.” Dia merayu. Air matanya gugur sekali lagi.

      “Call Dr. Dania!” Jururawat yang bertudung memberikan arahan.  “Prepare for intubation.” Dia memberi arahan kepada jururawat yang memakai tag nama Nur. Dan yang menerima arahan itu mengangguk lalu keluar.

     Jururawat yang bertudung itu menolak Dania ke tepi. “Cik, sila ke tepi.” Dia memberikan arahan kepada Fatin apabila melihat Fatin masih lagi mengenggam erat tangan ayahnya.

     Fatin menggeleng pantas. Tak nak! Dia memandang wajah jururawat itu dengan air mata yang masih mengalir. Kemenangan berpihak kepadanya apabila jururawat itu mengalah dan membuka baju yang dipakai oleh Encik Fazril.

     Fatin memandang sayu wajah bapanya. Ayah, bertahan untuk Fatin! Jangan jadikan Fatin anak yatim piatu. Fatin nak ayah!

    Encik Fazril mengerang kuat seperti menahan kesakitan. Fatin menekup mulutnya. Tidak mahu mengeluarkan sebarang esakan. Astaghfirullah! Ya Allah, selamatkan ayahku. Otak tak boleh menerima saat itu. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Tak mungkin! Jangan! Malaikat maut sedang menjemput ayah! Jangan ambil ayah dari Fatin! Jangan!!!

    Erangan yang tadi bergema kuat mula beransur hilang. Tangan yang menggenggam erat tangan Encik Fazril masih tidak terlepas.

    “Innalillah…”

    Fatin terjelopok di atas lantai.

***

Fatin duduk di depan pintu rumah. Rombongan yang membawa jenazah Encik Fazril ke kawasan kubur dah pergi. Dia sendiri tidak berani hendak pergi ke kawasan kubur itu. Melihat sendiri ayahnya dimasukkan ke dalam liang lahad.

      Tangan mencapai mp3 di atas riba. Earphone disumbat ke dalam telinga. Ini sahaja cara nak tenangkan hati buat masa sekarang. Tangan menekan punat mp3 tanpa memandang ke skrin. Dah banyak kali dengar mp3 sampai dah tahu kat mana music file.

You tucked me in
Turned out the light
Kept me safe and sound at night
Little girls depend on things like that

    Butterfly Fly Away by Miley Cyrus… Dia menggigit bibir. Jangan menangis, Fatin.

Brushed my teeth and combed my hair
Had to drive me every where
You were always there when I looked back

     “Ouch, it’s hurt.” Fatin menjerit kecil. Encik Fazril berhenti menyikat.

     “Ooppss…Sorry. Rambut Fatin ni kusut sangat. Macam sarang tebuan.” Encik Fazril terkekeh ketawa.

    Fatin memuncung. Tangan disilangkan ke badan. Tak nak kawan ayah! Tapi dia tidak berganjak dari depan Encik Fazril. Menunggu dipujuk.

   Adoi… anak dara dah merajuk. “I’m sorry. Rambut Fatin cantik sangat. Lurus, berkilat…” Encik Fazril memuji. Dia menyambung menyikat rambut Fatin yang lurus.

   “Really?” Fatin memusingkan badan ke belakang dengan sengihan yang melebar. Encik Fazril membetulkan anak rambut Fatin di dahi.

   “Ye…” Jawab Encik Fazril.

   “Sayang ayah…” Dia menghadiahkan satu ciuman di pipi Encik Fazril.

You had to do it all alone

Make a living, make a home
Must have been as hard as it could be
And when I couldn't sleep at night
Scared things wouldn't turn out right
You would hold my hand and sing to me


Caterpillar in the tree
How you wonder who you'll be
Can't go far but you can always dream
Wish you may and wish you might
Don't you worry, hold on tight
I promise you there will come a day
Butterfly fly away
Butterfly fly away(butterfly fly away)

     “Ayah, nak telur goreng. Tak nak ikan!” Dia menggelengkan kepala tanda tidak menyukai makanan yang mempunyai banyak kandungan protein itu.

     “Nanti ayah masakkan.” Encik Fazril mengusap kepala Fatin.

Got your wings now you can't stay
Take those dreams and make them all come true
Butterfly fly away(butterfly fly away)
You've been waiting for this day
All along and known just what to do
Butterfly (3x)
Butterfly fly away
Butterfly fly away
Butterfly fly away

      Ayah…

     Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani daku. Kurniakanlah mereka dengan kasih sayang-Mu.

    


    maaf la kalau tak best..saya ni bukannya pandai tulis cerita sedih pun...Salam

Posted at Sunday, October 11, 2009 by zeekay

bulanhijau
October 13, 2009   11:38 PM PDT
 
sob sob sob

sdey sdey sdey.

**so, kpd kte2 yg still ada parents, appreciate them.
zatie
October 11, 2009   11:02 PM PDT
 
zk...!!
sedey maaa..
huhu..
besh2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry