Dania masih diam merenung kedua-dua insan di hadapannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Salah sendiri sebab salah sangka pasal hal ni. Ni kan padah bila dah fikir bukan-bukan pasal orang lain.
“So, ni kira adik kau la?” Dania bersuara tenang. Dia memberikan senyuman kepada Hanisah. Gadis kecil molek itu membalasnya.
“Kalau dah adik ipar kau tu, adik aku la.” Ha, kan dah kena sedas! Muka Dania tak beriak tapi terasa jugak. Ada pulak cakap kat depan adik dia macam tu?
“Kenapa tak pernah nampak sebelum ni?”
“Sebab masa majlis kahwin Kak Nia hari tu saya dah final year kat Warwick. Tau je la kan final year tu macam mana?” Hanisah menjawab sedari dia hanya diam memerhati tadi.
Dania mengangguk faham. Business school… Adik minat business, abang minat…? Entah, aku pun tak tahu. Dia tersenyum tawar. “Akak nak pergi depan dulu ye.” Dia terus berlalu ke ruang hadapan rumah.
Mata Hafiz hanya menghantar Dania. Mintak diri kat adik je ke? Abang dia macam mana pulak? Dia merenung Hanisah yang tersengih di sebelahnya. Dengan perlahan, dia meluku kepala adiknya.
“Adoi!” Hanisah memegang kepalanya. “Abang ni.”
***
Dania menyalami tangan tetamu yang bergerak keluar untuk pulang ke rumah. Puan Hafizah membalas senyuman dan menyalami tetamu-tetamunya. Sesekali ketawa pecah dari bibir Puan Hafizah dan dia hanya tersenyum hambar. Happy benar ibu hari ni! Tak apalah, sesekali macam ni okey jugak. Jangan sampai laughing gas tu semput-semput sudah.
“Dania.” Puan Hafizah memanggil Dania lembut. Dania menoleh ke arah ibu mertuanya. Dia mengangkat kening bertanya.
“Semua tetamu dah habis keluar. Tutup pintu tu. Tolong ibu mengemas ye.” Puan Hafizah sudah melipat lengan baju kurungnya.
Tangan menutup pintu yang terbuka tadi tapi tidak dikunci sebab ayah mertuanya ada kat luar lagi. Hafiz? Entah la…
“Er…” Dania menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takkan nak kemas pakai baju kurung kot? Baju ni dah la colour terang. Buatnya tercalit kuah kacang macam mana pulak. “Dania tukar baju dulu boleh?” Dia meminta izin.
Puan Hafizah membuka tudung yang dipakainya. “Pergi la. Ibu kemas dulu. Nanti turun tau. Jangan tak turun pulak.” Puan Hafizah senyum mengusik.
Panas pipi Dania mendengar usikan ibu mertuanya. Merah ke pipi ni? Sejak bila pulak dah start blushing ni? Tuhan… Dia memegang pipinya dan mengangguk pantas. Terus sahaja dia berlalu menaiki tangga menuju ke tingkat atas sementara Puan Hafizah melakukan kerjanya di dapur.
***
Dania menolak perlahan pintu biliknya yang dikongsi bersama Hafiz. Dia mencebik sendiri. Ha, yela.. Kongsi la sangat.
Tidur dengan aku? Boleh bla.
Mintak benda bukan-bukan? Aku bagi flying kick dengan karate maut kat atas badan tu.
“Allah!” Dania memusingkan badannya mengadap ke pintu yang sudah ditutup.
Hafiz di belakang mengerut dahi pelik. Apsal pulak ni?
“Pakai baju!” Keras suaranya keluar. Dia menelan liur yang terasa berpasir. Masya Allah! Macam mana pulak aku boleh masuk time macam ni? Tangan mengipas-ngipas pipi yang terasa panas. Aku tak tahu la kenapa pipi ni senang panas. Tak boleh ke cool macam biasa je. Orang lain rileks je.
“Yela…yela…” Hafiz menyarungkan baju ke badannya. Ini pun nak takut ke? “Dah pakai…” Hafiz merebahkan badannya ke atas katil. Fuh… nikmat dapat baring lepas satu hari asyik melayan tetamu.
Dania menoleh sekilas. Betul la dah pakai… Dia memusingkan badan dan berjalan ke arah wardrobe. Pintu wardrobe dibuka. Tangan mencapai baju lengan panjang dan track suit. Takkan nak pakai kain batik bila nak buat kerja. Sungguh aku tak boleh. Lepas balik dari kampung tu, terbuka juga la hati nak pakai kain batik. Tapi nak pakai depan Hafiz? Dengan rasminya aku menyampaikan, JANGAN HARAP!
Pintu wardrobe ditutup. Tangan kiri memeluk baju dan seluar. Dia memandang badan Hafiz yang dah baring di atas katil. “Nak tidur dah ke?” Tanya Dania perlahan.
Hafiz mengangkat lengan dari mukanya. Badan diangkatkan sedikit memandang Dania yang berdiri di wardrobe. “Ha’ah. Kenapa?”
“Dalam bilik ni ada toto tak?” Teragak-agak dia bertanya.
“Nak buat apa pulak?” Hafiz terus bangkit dari baring. Dia duduk bersila di atas katil.
Boleh lagi tanya soalan bodoh! “Nak tidur atas tu la.” Jawab Dania.
Dah agak! Budak ni degil betul la… “Cik adik sayang, katil ni punya la besar. Buat apa nak tidur atas toto pulak?”
Cik adik sayang? “Er, aku…” Dania dah tergagap-gagap nak menjawab. “Aku pergi tukar baju dululah.” Pantas kakinya melangkah menuju ke bilik air.
Di atas katil, Hafiz tersengih sendiri.